Thursday, February 26, 2015

HATI

Salam,

H.A.T.I

 ~ Adalah segumpal darah yang berada dalam diri manusia / makhluk ciptaan Allah SWT...

Jika ianya baik...maka baiklah seluruh tubuh manusia itu, tetapi jika ianya jahat, maka jahatlah juga tubuh manusia itu...

Hati kita ini milikNYA Yang Maha Esa...
Milik DIA sepenuhnya...

Hati ini berbolak-balik sifatnya...
Tidak langsung teguh...sering berubah...sering bertukar-tukar...

Jika hari ini kau katakan dan kau pilih A, tidak mustahil, esok lusa, kau katakan dan kau pilih B pula...
Jika hari ini kau sukakan dan rindukan si A, entah esok lusa, hati kau berubah, sukakan dan rindukan pula si B... (owhh...ini mungkin hati saya!)

Ya.. itulah dinamakan HATI...
Hati seorang manusia...
Sering berubah... tidak sentiasanya lurus, tidak sentiasanya teguh...
Hanya kau sendiri...dan hanya kau seorang sahaja yang tahu apa yang ada dalam hatimu...
Apa yang tersirat di dalam hatimu itu...
Namun, Allah itu Maha Mengetahui atas apa sahaja yang ada dalam hati manusia...
Kerana DIA lah yang Maha Berkuasa ke atas segala makhlukNYA!
Kerana DIA lah yang mencipta hati-hati itu...
Bukan kamu!

Manusia... ya, akulah manusia itu...
Berdoalah sentiasa padaNYA...
Agar ditetapkan HATIku ini...
Ditetapkan HATI ini ke atas agama, iman serta amal...

Ya Allah... Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa...
Yang Maha Mengetahui... Yang Maha Mendengar...
KAU tetapkanlah hatiku... KAU tetapkanlah imanku...
Tetapkanlah hatiku dalam mentaatiMU...menyayangiMU...merinduiMU...dan mengingatiMU dalam setiap bibit-bibit doaku...

Ya Allah...Ya Tuhanku...
Jauhkanlah aku dari rasa sedih di dalam hatiku...rasa pedih dalam hatiku...rasa kecewa dalam hatiku...rasa sebak dan sadis dalam hatiku...
KAU jauhkanlah Ya Tuhanku...
KAU jauhkanlah jua aku dari rasa dengki, tamak, dan benci di dalam hatiku...
Peliharalah hatiku dari anasir-anasir jahat itu...

Ya Allah...
Kau tetapkanlah hatiku padaMU Yang Satu...
Kau tetapkanlah hatiku dalam membuat pilihan yang tepat.. yang diredhaiMU...
Hanya KAU tempatku mengadu...
Hanya KAU yang Maha Tahu apa yang tersirat dihatiku...
Hanya KAU... KAU Tuhanku Yang Satu...

Ameen... Ya Rabbal 'Alameen...



BERDOA lah!



...H A T I...




** luahan nukilan hati sendiri, cik angah lee - feb 2015



>> semoga ketemu dengannya yang telah KAU takdirkan..

No comments: