Wednesday, January 28, 2015

Aku manusia lupa..

Salam...

Manusia..
Manusia memang suka meminta..
Manusia juga amat mudah lupa..
Itu lumrahnya..

Tetapi MEMINTA lah pada yang sepatutnya..pada yang sebenarnya..
MINTA lah padaNYA...pada Yang Maha Esa...yang punya segala-galanya...
Janganlah meminta-minta kepada yang tak sepatutnya..

Tapi..manusia memang tidak puas dengan apa yang ada..
Mudah lupa pada Penciptanya..pada pemberi rezekinya..
Tidak bersyukur atas apa yang telah dikurniakanNYA..
Itu juga lumrahnya..
Begitulah dinamakan MANUSIA..

Manusia itu ialah HAMBA..
HAMBA kepada ALLAH Yang Maha Kuasa..

 Manusia,
Jangan kau meminta terlalu berlebih-lebihan..
Jangan kau meminta apa yang tidak sepatutnya kau minta..

Mintalah... Mohonlah...
Berdoalah dengan sewajarnya..
Berdoalah sentiasa..
Jangan kau putuskan doamu kepadaNYA..
Kerana DOA itulah senjata..
Yakinlah kepadaNYA..

Ya.. benar...
Aku juga manusia..
Aku juga hamba..
Manusia dan hamba yang mudah lupa..
Manusia yang seringkali lupa pada segala nikmat-nikmatNYA..
Manusia yang seringkali lalai pada suruhanNYA..
Layakkah aku SELALU MEMINTA kepadaMU Ya Allah???
Layakkah???

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku yakin...Kau tahu apa yang tersirat dihatiku..
Segala yang tersimpan dilubuk hati kecilku ini..
Aku yakin itu...

Aku hambaMU yang hina dan kerdil ini..meminta..memohon dan berdoa padaMU Ya Rahman..
Kau perkenankanlah...
Kau perkenankanlah...
Kau perkenankanlah...
Segala yang tersirat dihatiku...  :(

Ameenn... Ameenn...
Ya Rabbal 'Alameenn..







>> ku titipkan jua doa buatmu...

No comments: