Tuesday, February 26, 2013

Makan di Adam Lai...

Salam,

Okeyyy...stop on sport's gossiping! Tukar pulak laa.. ;p
Dah lama jugak tak buat entry pasal makan2 ni...huhuhu..

Sangat best sekiranya anda mendapat boss yg suka belanja makan...kannn?
And I'm one of the lucky person because since I worked here, my boss and ex-bosses all are the "pemurah" persons and like to treat us..
And usually, my boss will treat us once or twice a month...either for breakfast, lunch or dinner..  :))

Last month, we went to Adam Lai Restaurant, located at Seksyen 15, Shah Alam for lunch..
Landmark : dekat dgn Dataran Automobil Toyota, Petronas, KFC dan deretan kedai, barisan kedua, corner lot..
This is the chinese-muslim-restaurant, owned by Ebby Yus (the famous Malaysian's actor & comedian) with his partners, Muhammad Adam Lai Abdullah, Mohd Faizal Abdul Jabar and Helmy Harun..
This restaurant has been operated since March last year..

Restoren ini menawarkan pelbagai makanan chinese yg dimasak oleh Adam Lai yg mempunyai pengalaman luas dlm bidang masakan..



adam lai restaurant...


We ordered and booked the set meal about an hour before, through the phone call.. And when we arrived, our lunch set had already prepared in the VIP Room that can suit 10 persons..
We ordered the Set B (4 combination, shark fin soup, thai style wif apple sauce fried fish kerapu, salad prawn, longevity bailing brocoli, crab meat fried rice, longan wif fruit as dessert) and plus the side order (butter prawn, salted egg crab, adam lai chicken, sotong goreng rangup and baby kailan garlic)
The VIP Room has been equipped with LCD TV and air cond..sangat selesa okeyy.. 
These are some pictures that I sempat snap before makan sampai kenyang...huhuhu...



ini la suasana dalam bilik VIP (ni yg kecik sikit)


ini antara lauk-pauk-yg-sedap-lagi-enak yg kami order...yg paling best ialah salad prawn itu!


nasik goreng and shark fin soup yg sgt sedap! thumbs up!


ini ialah salted egg crab...pun sedap!


yg ini termasuk dlm our set -nama dia 4 combination...sos dia sgt la awesome!






Kesimpulannya...memang makanan di sini sangat sedap dan awesome! Thumbs up!!! (^_^)

Saya sangat mencadangkan anda mencubanya dan makan laa bersama ahli keluarga atau makan secara berjemaah beramai2... sbb kalau makan sorang2, memang laa tak rasa kesedapan itu...huuhuhuu....

Dan lagik laa sedap sekiranya makanan tersebut adalah dibelanja oleh orang!!! ngehhh..ngehhh..
Thanks a lottt boss!!!
Lenkali belanja laa lagik! (*_*)



>> owhh..baru perasan, tak amek pun gambo boss yg belanja dan gambo lepas abis makan! hehehe...

Friday, February 8, 2013

Gossip lagiK! ;p

As Salam di hari Jumaat...

Ini gossip lagi berkenaan sukan Malaysia...
Huuu...seronok pulak bergossip2an tentang sukan kat negara ni... (^_^)

Gossip pertama
Tentulah gossip pasal kekecundangan (ada ke word ni?) Harimau Malaya ke atas Qatar kelmarin!
Nampaknya Harimau Malaya tidak dapat menunjukkan taringnya untuk menang pada perlawanan pertama kempen Piala Asia 2015 ini...
Harimau Malaya kalah (ohh..tak sedap perkataan ini, tukar la jadik tunduk) 2-0 kepada Qatar pd separuh masa kedua dan dikatakan itu adalah jaringan yg mudah sekali! Owhhh...benarkah?
Takpe laa Harimau Malaya... cuba lagi utk perlawanan kedua pada bulan Mac nnti ok!


Aksi Azamuddin Akil...ketika melepaskan diri dr genggaman pemain Qatar...



Gossip kedua
Ini kisah Nazmi Faiz Mansor lagi... (cukup laa gossip2 pasal dia ni..sian mamat 19 thn ni wehhh)
Semalam bekas girlfren beliau, Tengku Fiella (tetiba minah ni jadik glemer plak!) ada mengeluarkan kenyataan yg mengatakan Nazmi pulang ke Malaysia bukan sbb dia ataupun cinta, tapinya sebab gaji yg dibayar rendah kat Portugal tu...
Owhhh... ini mmg gossipp... benarkah??? Kalau benarlah, memang patut pun beliau balik je kat negara sendiri kann..
Tapi, Nazmi sendiri pun tak nak buat apa2 komen dan tak nak mengulas kesahihan atau kebenaran kenyataan si Tengku Fiella tu...
Ntah...sibuk je minah tu dok keluar2 statement bagai... sukati laa mamat tu nak balik sini ke..nak dok sana ke... dah dia bukan boipren ko lagik.. yg ko nak sibuk2 tu apesal??? (cehhh..tetibe aku plak yg emo! huuu...)



Ini Tengku Fiella wif Nazmi Faiz - mase tgh cintan cintun lagi laa..

Gossip ketiga
Gossipingggg pasal sukan Badminton pulak! ;p
TAHNIAH!!! Pemain Malaysian Tigers (badminton) - Mohd Arif Abd Latif berjaya kalahkan Taufik Hidayat!!! Owhhh... biaq btoi!!! Kagum nih!
Taufik Hidayat tu bukankah antara jaguh badminton Indonesia?
Saya rasa Taufik dah kurang stamina atas faktor usia, ditambah pula dgn semangat berkobar2 Arif! Itu kemungkinan laa...
Kemenangan Arif ini sekaligus melayakkan Malaysian Tigers mara ke separuh akhir Superliga Badminton Indonesia 2013...
Nampaknya mungkin Malaysia dah ada pengganti jaguh badminton dunia, Lee Chong Wei! Cuma bakat mereka perlu ditambah gilap lagi serta perlu banyak lagi yg dipelajari... (ayat tak tahan, macam coach! hahhhh!!!)
Go Malaysia! Go!


Mohd Arif Abd Latif - yg kalahkan Taufik Hidayat semalam! Congrats! =)

Ini antara gossip2 perkembangan sukan kat Malaysia dalam awal 2013 ini...
Majulah sukan utk negara!



>> SHAI - jom join aku main badminton kat dewan belakang rmh ko tu wehhh! huhuhu...

Wednesday, February 6, 2013

Gossip B.O.L.A di thn baru...

AsSalam...

Ini entry pertama di bulan Februari...huhuhu...
Rasanya takde cerita ataupun gosssssippp yg lebih hangat melanda negara selepas cerita pasal politik/PRU yg bakal menjelang... melainkan... gossssippp tentang BOLA! (tetiba blog aku ni jadik blog cerita sukan bola kah???)

Gossip pertama 
Okeyy..paling sensasi adalah kisah kepulangan mengejut bekas pemain Harimau Muda, Mohd Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia baru2 ini...
Ini mmg laa gossip yg sangat sensasi lagik hangat okeyy...!!!

Begitu banyak spekulasi tentang punca sebenar kepulangan beliau ke Malaysia yg meninggalkan kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beria-Mar dan menyertai pasukan PKNS, mengikat kontrak selama 3 tahun...
Beliau adalah satu2nya anak Malaysia yang layak secara merit bermain di Eropah, tapi tindakan beliau pulang ke Malaysia secara mengejut selepas hampir 8 bulan sahaja beraksi di sana menjadi tanda tanya semua pihak terutama pemerhati dan peminat bola sepak...

Kalau dikaji2, beliau pulang selepas isu di twitter yg mengatakan Aidil Zafuan ada skandal dgn bekas teman wanita beliau, Tengku Fiella tu...
Maka, adakah benar beliau pulang disebabkan masalah peribadi? Atau beliau ada masalah kah dgn kelab kat sana tu?
Ehmm.. jawapannya hanya beliau sahaja yang tahu...sehingga sekarang Nazmi masih mengunci mulutnya dgn tidak memberikan penerangan terperinci berkenaan kepulangan beliau..
Tapi, kita tak boleh laa nak buat spekulasi dan membuat tuduhan melulu sesuka hati kat beliau sbb hanya beliau aje yg tahu apa yg berlaku sebenarnya kann... lagipun, beliau pun masih muda dan perjalanan hidup masih panjang lagi...
Apa2 pun Nazmi... GOOD LUCK lah buat kamu! =)


Nazmi Faiz sudah mula menjalankan latihan dgn PKNS


Gossip kedua
Coach Rajagobal, kisah Piya dan skuad Harimau Malaya di kempen kelayakan Piala Asia 2015...
Ini juga sensasi...
Rajagobal tak nak amek kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri @ Piya menjadi salah seorang pemain negara??  Walaupun beliau dilihat sangat berpotensi..ditambah lagi dgn ketiadaan tonggak utama negara seperti Mat Yo, Safee Sali, Wan Zack, Bunyamin, K. Kunanlan...
Owhhh... ini memang musykil!!! Kenapakah???
Ramai yg berpendapat mungkin coach Rajagobal ada masalah peribadi dgn Piya kot... ini semua poyo!!! Apakah masalah kamu ni Rajagobal???


Ini ialah PIYA...


Malam ini (6 Feb 2013) - Skuad Harimau Malaya akan bertemu Qatar untuk perlawanan pertama di kempen kelayakan ini! Kita tengok la siapakah kesebelasan utama yg bakal diturunkan oleh coach Rajagobal!
Ko nak bagi si Apek lagikah jaga gol? Lepas dah teruk dibelasah Iraq 3-0!
Huuuhhh... anti betol aku ngan si Apek nih!



"Saya akan meletak jawatan sekiranya Harimau Malaya tak berjaya menempah tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2015"


Gossip ketiga
Ahmad Fakri Saarani - adakah kamu akan ikut jejak rakan seperjuangan kamu, Nazmi Faiz itu?
Ye...ini juga antara gossip bola yg juga sgt sensasi!
Setelah negara dikejutkan (di'surprise'kan) dgn kepulangan terkejutnya Nazmi Faiz, timbul pula spekulasi dan gossip2 liar mengatakan yg Ahmad Fakri juga akan turut menjejaki langkah Nazmi!
Owhh...ini memang gossip yg sangat liar! Kasihan sungguh Fakri...beliau juga turut terpalit dgn kisah Nazmi itu... =(
Beliau telah berikrar akan menggunakan dan memanfaatkan peluang utk menimba ilmu dgn kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico S.C...
Maka, tidak benarlah gossip dan spekulasi yg mengatakan Fakri akan kembali semula ke Malaysia...
Apa2 pun, GOOD LUCK juga utk kamu wahai Fakri! =)


Fakri...stay cool laa di Portugal itu ok!


Jangan ingat kat Malaysia ni kecoh dgn gossip artis saje... gossip BOLA pun sama kecoh jugak tau!
Huhuhuhuhu...


>> tetiba blog saya sibuk citer pasal bola plak! hehehe...