Friday, March 1, 2013

Jom try Hot PINDANG Kitchen pulak!

Salam...

Ini entry pasal makanan lagik... huhuhu...
Memang dah lama saya tak review pasal kedai2 makan, restoren, makanan2 yg enak2... sebab? Malas nak taip... Tetiba sekarang macam ter 'rajin' pulak...

Disebabkan saya ni tinggal dan keje di Shah Alam, jadinya saya akan jalan2 cari pasal makan kat sekitar lembah Shah Alam je laa kannn...(takkan la ko sesaje gi lunch kat Sarawak pulak kan nyahhh oiiii!) ;p

Pada minggu lepas (tak ingat hari ape), saya dan kawan2 sepasukan opis, telah keluar lunch bersama2... Seperti biasa, apabila telah masuk ke dlm kete, maka soalan biasa kakak-yg-drive ialah; "haa..cepat, kita nak makan kat mana pulak hari ni?"
Dan jawapan standard drpd penumpang2 ialah..."tak tau...sukati laa..."
Owhhh...jawapan yg sangat mengecewakan si kakak-yg-drive itu..
 
Okeyyy, jika anda mengatakan yg waktu bekerja di opis adalah stress, sesungguhnya waktu makan (sebab nak carik tempat makan) pun adalah STRESS ye!!!
Disebabkan dah tak tau sgt nak makan kat mana, maka seorang penumpang ini pun mencadangkan restoren Hot Pindang Kitchen, di Seksyen 10, Shah Alam...Kami hanya cuba sbb nama pun jalan2 carik pasal makan kannn...

Lokasi : Restoren ini terletak di Seksyen 10 (dlm kawasan perumahan, sebaris dgn Restoren Azira, berhampiran dgn Restoren Pak Mal Nasi Ayam)
Restoren ni takde laa nasik campur yg selalu ada kalau kat restoren2 biasa or kedai2 makan di waktu makan tghari...tetapi, menu adalah perlu di'order' atau dlm erti kata lain ialah ala-carte..
Ada pelbagai menu goreng2 serta set nasik tengahari dgn harga berpatutan...
Disebabkan kami semua adalah sangat lapar di tengahari, maka semua pun order nasik set...
Bak kata owner kedai ini (makcik ni jalan ke setiap meja customer dia sambil puji2 laa mknn kat kedai dia ni) makanan kat restoren dia adalah resipi dari Melaka & Negeri 9... (mungkin beliau adalah org sana kottt)

Ini antara gambar2 yg sempat di snap sebelum dimakan hingga abis sbb sangat lapar serta nak hilangkan stress carik tempat makan...huhuhuhu...Maafkan laaa sekiranya gambar2 yg di'snap' itu tidak memuaskan kerana menggunakan nokia ku yg 'canggih' itu...


Nama : Ini set nasi + daging masak lemak cili api dgn belimbing buluh
Harga : RM 8.80 satu set (nasik putih + sambal belacan +  ikan masin + sedikit ulaman)
Komen : Masak lemaknya terasa pedas, ditambah dgn belimbing buluh yg masam2 tu, dan portion hirisan daging yg banyak dan mencukupi, tapi bagi saya kuahnya sedikit cair kurang pekat santannya (cehhh..memandai je ko nyahhh, kurang santan laa, kurang pekat santan laa...huhuhu)



ini set nasi + daging masak lemak cili api dan belimbing buluh 


ok...kita zoom sket masak lemak daging itu...nmpak tak belimbing bulh ngn kcg pjg?


Nama : Ini set nasi + asam pedas ikan pari dgn bendi
Harga : RM 8.80 satu set (nasi + telur masin + kopok + sedikit ulaman)
Komen : Asam pedas memang pekat dan terasa pedas, ada 3 ketul ikan pari yg sederhana besar dlm mangkuk tu,cukup utk anda order nasik tambahan, 3 biji bendi, tetapi kuahnya kurang masam (mungkin tekak aku je kot yg rasa kurang masam!hehhhh)


set nasik dgn asam pedas ikan pari


zoom sikit... ada 3 ketul ikan pari sederhana besar serta 3 biji bendi


Nama : Ini ialah set nasi + masak pindang ikan kembung
Harga : RM 6.50 satu set (nasi + ikan masin + sambl belacan + sedikit ulaman)
Komen : Ikan kembung besar dan segar, kuah pindang sedap, terasa semuanya (mungkin ini antara set yg paling sedap antara ketiga2 order kami).. Sebab tu nama restoren dia Hot PINDANG Kitchen kot...memang specialize dia!


ini set nasik nya...


ini laa masak pindang ikan kembung...


Kesimpulannya, boleh laa datang lagik.. Next time boleh try makanan lain pulak...yg goreng2 ke...
Maka, kalau anda nak try makanan ala2 dari Melaka & N9, boleh la berkunjung di sini beramai2 bersama keluarga ataupun seisi kampung! (^_^)


>> nanti nak pegi makan mana lagik? any suggestion?

1 comment:

yaya cendana said...

yaya dah follow sini... harap sudi follow yaya juga
www.yayacendana.com
:)