Friday, February 8, 2013

Gossip lagiK! ;p

As Salam di hari Jumaat...

Ini gossip lagi berkenaan sukan Malaysia...
Huuu...seronok pulak bergossip2an tentang sukan kat negara ni... (^_^)

Gossip pertama
Tentulah gossip pasal kekecundangan (ada ke word ni?) Harimau Malaya ke atas Qatar kelmarin!
Nampaknya Harimau Malaya tidak dapat menunjukkan taringnya untuk menang pada perlawanan pertama kempen Piala Asia 2015 ini...
Harimau Malaya kalah (ohh..tak sedap perkataan ini, tukar la jadik tunduk) 2-0 kepada Qatar pd separuh masa kedua dan dikatakan itu adalah jaringan yg mudah sekali! Owhhh...benarkah?
Takpe laa Harimau Malaya... cuba lagi utk perlawanan kedua pada bulan Mac nnti ok!


Aksi Azamuddin Akil...ketika melepaskan diri dr genggaman pemain Qatar...



Gossip kedua
Ini kisah Nazmi Faiz Mansor lagi... (cukup laa gossip2 pasal dia ni..sian mamat 19 thn ni wehhh)
Semalam bekas girlfren beliau, Tengku Fiella (tetiba minah ni jadik glemer plak!) ada mengeluarkan kenyataan yg mengatakan Nazmi pulang ke Malaysia bukan sbb dia ataupun cinta, tapinya sebab gaji yg dibayar rendah kat Portugal tu...
Owhhh... ini mmg gossipp... benarkah??? Kalau benarlah, memang patut pun beliau balik je kat negara sendiri kann..
Tapi, Nazmi sendiri pun tak nak buat apa2 komen dan tak nak mengulas kesahihan atau kebenaran kenyataan si Tengku Fiella tu...
Ntah...sibuk je minah tu dok keluar2 statement bagai... sukati laa mamat tu nak balik sini ke..nak dok sana ke... dah dia bukan boipren ko lagik.. yg ko nak sibuk2 tu apesal??? (cehhh..tetibe aku plak yg emo! huuu...)



Ini Tengku Fiella wif Nazmi Faiz - mase tgh cintan cintun lagi laa..

Gossip ketiga
Gossipingggg pasal sukan Badminton pulak! ;p
TAHNIAH!!! Pemain Malaysian Tigers (badminton) - Mohd Arif Abd Latif berjaya kalahkan Taufik Hidayat!!! Owhhh... biaq btoi!!! Kagum nih!
Taufik Hidayat tu bukankah antara jaguh badminton Indonesia?
Saya rasa Taufik dah kurang stamina atas faktor usia, ditambah pula dgn semangat berkobar2 Arif! Itu kemungkinan laa...
Kemenangan Arif ini sekaligus melayakkan Malaysian Tigers mara ke separuh akhir Superliga Badminton Indonesia 2013...
Nampaknya mungkin Malaysia dah ada pengganti jaguh badminton dunia, Lee Chong Wei! Cuma bakat mereka perlu ditambah gilap lagi serta perlu banyak lagi yg dipelajari... (ayat tak tahan, macam coach! hahhhh!!!)
Go Malaysia! Go!


Mohd Arif Abd Latif - yg kalahkan Taufik Hidayat semalam! Congrats! =)

Ini antara gossip2 perkembangan sukan kat Malaysia dalam awal 2013 ini...
Majulah sukan utk negara!



>> SHAI - jom join aku main badminton kat dewan belakang rmh ko tu wehhh! huhuhu...

1 comment:

Shai Kamarudin said...

jom. tetapi ketahuilah oleh ko bahawasanya dah berpuluh tahun aku tak main badminton dan aku punya stamina macam sampah. ahahhaha. ada kemungkinan badminton 1% gosip 99%