Wednesday, February 6, 2013

Gossip B.O.L.A di thn baru...

AsSalam...

Ini entry pertama di bulan Februari...huhuhu...
Rasanya takde cerita ataupun gosssssippp yg lebih hangat melanda negara selepas cerita pasal politik/PRU yg bakal menjelang... melainkan... gossssippp tentang BOLA! (tetiba blog aku ni jadik blog cerita sukan bola kah???)

Gossip pertama 
Okeyy..paling sensasi adalah kisah kepulangan mengejut bekas pemain Harimau Muda, Mohd Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia baru2 ini...
Ini mmg laa gossip yg sangat sensasi lagik hangat okeyy...!!!

Begitu banyak spekulasi tentang punca sebenar kepulangan beliau ke Malaysia yg meninggalkan kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beria-Mar dan menyertai pasukan PKNS, mengikat kontrak selama 3 tahun...
Beliau adalah satu2nya anak Malaysia yang layak secara merit bermain di Eropah, tapi tindakan beliau pulang ke Malaysia secara mengejut selepas hampir 8 bulan sahaja beraksi di sana menjadi tanda tanya semua pihak terutama pemerhati dan peminat bola sepak...

Kalau dikaji2, beliau pulang selepas isu di twitter yg mengatakan Aidil Zafuan ada skandal dgn bekas teman wanita beliau, Tengku Fiella tu...
Maka, adakah benar beliau pulang disebabkan masalah peribadi? Atau beliau ada masalah kah dgn kelab kat sana tu?
Ehmm.. jawapannya hanya beliau sahaja yang tahu...sehingga sekarang Nazmi masih mengunci mulutnya dgn tidak memberikan penerangan terperinci berkenaan kepulangan beliau..
Tapi, kita tak boleh laa nak buat spekulasi dan membuat tuduhan melulu sesuka hati kat beliau sbb hanya beliau aje yg tahu apa yg berlaku sebenarnya kann... lagipun, beliau pun masih muda dan perjalanan hidup masih panjang lagi...
Apa2 pun Nazmi... GOOD LUCK lah buat kamu! =)


Nazmi Faiz sudah mula menjalankan latihan dgn PKNS


Gossip kedua
Coach Rajagobal, kisah Piya dan skuad Harimau Malaya di kempen kelayakan Piala Asia 2015...
Ini juga sensasi...
Rajagobal tak nak amek kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri @ Piya menjadi salah seorang pemain negara??  Walaupun beliau dilihat sangat berpotensi..ditambah lagi dgn ketiadaan tonggak utama negara seperti Mat Yo, Safee Sali, Wan Zack, Bunyamin, K. Kunanlan...
Owhhh... ini memang musykil!!! Kenapakah???
Ramai yg berpendapat mungkin coach Rajagobal ada masalah peribadi dgn Piya kot... ini semua poyo!!! Apakah masalah kamu ni Rajagobal???


Ini ialah PIYA...


Malam ini (6 Feb 2013) - Skuad Harimau Malaya akan bertemu Qatar untuk perlawanan pertama di kempen kelayakan ini! Kita tengok la siapakah kesebelasan utama yg bakal diturunkan oleh coach Rajagobal!
Ko nak bagi si Apek lagikah jaga gol? Lepas dah teruk dibelasah Iraq 3-0!
Huuuhhh... anti betol aku ngan si Apek nih!



"Saya akan meletak jawatan sekiranya Harimau Malaya tak berjaya menempah tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2015"


Gossip ketiga
Ahmad Fakri Saarani - adakah kamu akan ikut jejak rakan seperjuangan kamu, Nazmi Faiz itu?
Ye...ini juga antara gossip bola yg juga sgt sensasi!
Setelah negara dikejutkan (di'surprise'kan) dgn kepulangan terkejutnya Nazmi Faiz, timbul pula spekulasi dan gossip2 liar mengatakan yg Ahmad Fakri juga akan turut menjejaki langkah Nazmi!
Owhh...ini memang gossip yg sangat liar! Kasihan sungguh Fakri...beliau juga turut terpalit dgn kisah Nazmi itu... =(
Beliau telah berikrar akan menggunakan dan memanfaatkan peluang utk menimba ilmu dgn kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico S.C...
Maka, tidak benarlah gossip dan spekulasi yg mengatakan Fakri akan kembali semula ke Malaysia...
Apa2 pun, GOOD LUCK juga utk kamu wahai Fakri! =)


Fakri...stay cool laa di Portugal itu ok!


Jangan ingat kat Malaysia ni kecoh dgn gossip artis saje... gossip BOLA pun sama kecoh jugak tau!
Huhuhuhuhu...


>> tetiba blog saya sibuk citer pasal bola plak! hehehe...

No comments: