Sunday, January 13, 2013

Ini 2013! Apa atau siapakah Azam?

Salam semua,

Percayalah...saya memang ada banyak idea utk menulis di blog ini... (ini memang benar!)
Tapi...saya sangat bz amat... Maka, saya memang tak sempat2 nak reka2 ayat utk dikeluarkan dari minda ini... (ohhh..apakah ayatku ini?)

Sibuk? Bz? Atau hanya LLB (Looks Like Busy)??? Huuuu... tanya laa diri kamu sendiri wahai cik angah!
Saya masih tidak lagi dapat bercuti sepanjang weekend semenjak bermulanya 2013 ini!
Argghh... saya tensenn!
Saya sibuk dengan keje! Keje! Keje!
Sehinggakan saya rasa tak cukup keenakan kepala saya ber'landing' atas bantal yg empuk + tilam di rumah itu... Ini memang rugi!
Setiap hujung minggu saya perlu bekerja... (owhh kamu, bukankah ini antara azam baru kamu untuk gigih bekerja?) - saya cakap pada diri sendiri, jadi tak perlu la mahu salahkan sape2 kannn... :P

Setiap tahun, saya dan juga kamu semua pasti akan membuat dan menanam azam baru.. ini benarkan?
Persoalannya, adakah azam2 yang lalu itu telah selamat dicapai lagi digapai sama sekali?
Huuu... ini soalan yang hanya ada jawapannya pada diri saya serta diri kamu sendiri...

Ada azam yang sukar untuk dicapai dan memerlukan ia di'repeat' setiap tahun... (sila fikir sendiri utk cari contohnya)
Ada azam yang sangat mudah untuk dicapai... (ini pun kena fikir sendiri)
Ada juga azam yang mudah untuk dicapai, tapi memerlukan istiqamah yang berpanjangan dalam melakukannya... (kamu pasti boleh fikir sendiri apakah)
Juga.... ada azam yang tak mungkin boleh dicapai sama sekali... (kenapa nak jadikan ia sebagai azam?)

Saya dan kamu semua...
Walau apa pun azam kita....
Yang paling utama tanamkan azam kita untuk menjadi hambaNYA yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan iman dan takwa kepadaNYA, menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakanNYA serta memohon agar sentiasa mendapat perlindungan, rahmat serta sentiasa dilimpahi kasih sayangNYA yang tidak bertepi...
Ameenn...

Ingatlah semua... walau bagaimana pun episod hidup kita pada tahun sebelum ini, bersyukurlah...redhalah...kerana segalanya telah berlalu...
Dan sedarlah, segalanya adalah percaturan dan susunan yang terbaik serta yang terindah dariNYA... (ini benar kan?)
Dan ingatlah, setiap orang mempunyai episod hidup, rezeki dan percaturan hidup yang berbeza sama sekali...
Dan sentiasalah ingat... walau apa pun yang berlaku...
Ku tahu ku adaMU...



>> Bersyukur atas segalanya...setiap tahun AZAM akan glemer...huhuhu...

No comments: