Wednesday, March 23, 2011

15 - Red Velvet plz..

OMG!!!
RV Cake!!!

Anyone knows where can I find this lovely and nice Red Velvet please???
Huhuhu... of course with the affordable price per slice yaa! =)

I only knew that this Red Velvet Cake can be found at one of the outlet at Empire Shopping Gallery, Subang named Whisk Espresso Bar and Bake Shop..
But, it is really affordable? With RM11.90 per slice?? OMG!!!
Tapi..kalau btol2 sedap... sekali-sekala, its okey kot... huhuuuu...

Okey, lets learn Maths ;-
Huuhuuu... a slice = ~RM12... ohhh...sila pengsan!
For me, one slice is not enough kot... huuuu...
If you buy 2 slices = ~RM24!!! (sila pikir 18x ye cik angah!)

So, anyone can buy it for me?
Or even bake it for me? andddd... of course free jer... ;p

If I'm not mistaken, there is no RV at Secret Recipe kan?
Oho... kalau ada, mampu laa sikit I nak beli sampai 2 slices kottt!
So... any cafe? or restaurant? or outlet? or any kedai kek? or kedai basikal ke yg ada jual RV ni?? - yg penting murah sket + sedap hingga ke kunyahan terakhir...!!!





a slice of lovely Red Velvet cake...nyumm...nyumm..




ehmmm... besttnyaaa kalau dapat sebijik!!!





> huuu...sedapnya kalau dpt red velvet satu!!!

Friday, March 18, 2011

Penyakit jiwa...

Salam Jumaat semua,

** scheduled entry yg serius..

Di hari Jumaat ini, marilah kita dengar tazkirah... =)
Semua manusia ada penyakit jiwa... maknanya penyakit dalam jiwa... bukan penyakit jiwa yg disama kategorikan ngn orang gila tu... tapi, penyakit yang melanda jiwa manusia...

Ada lapan (8) penyakit yang melanda jiwa manusia...

1- Resah/Gelisah/Keluh kesah (al-hamm)
Manusia suka berkeluh kesah dan resah terhadap sesuatu, lebih2 lagi jika perkara itu belum berlaku. Menanti dan menunggu sesuatu, dia resah. Ok, sebagai contoh, seorang pelajar yg sedang menunggu result SPM, dia resah dan gelisah menanti keputusannya keluar. Bukankah baik jika kita banyakkan berdoa dan bertawakal, dan bukannya resah sahaja?

2- Dukacita/Sedih (al-hazan)
Manusia mmg suka bersedih dan berduka ke atas apa yg berlaku dan yg menimpanya. Itu mmg tidak dinafikan, mmg sifat semulajadi dan lumrah seorang manusia. Manusia bersedih atas sesuatu yg menimpanya, bersedih jika tidak dapat apa yg diinginkan dan diimpikan, bersedih atas musibah dan malapetaka yg menimpanya, bersedih dan berduka atas apa shj yg mengguris dan melukakan hatinya...
'La Tahzan...'

3- Lemah (al-'ajz)
Lemah bererti tidak mempunyai kemampuan dan kekuatan dalam apa jua bidang dan perkara. Paling ditakuti, manusia lemah dalam iman dan akhlaknya. Jika ini berlaku, manusia akan tersasar dalam perjalanan hidupnya...

4- Malas (al-kasl)
Malas adalah sifat syaitan. Tiada siapa yang suka kepada orang yang malas. Malas bekerja, malas belajar, malas mengurus diri dan malas segala2nya..Sifat malas ini membelenggu manusia sehingga menjadi seorang yang tidak produktif, tidak boleh diharap dan tidak boleh diberi tugas dan tanggungjawab. Sifat malas ini haruslah dijauhi...

5- Pengecut/Takut (al-jubn)
Takut dan pengecut dalam menyatakan yang hak dan kebenaran. Ini juga salah satu penyakit yang melanda jiwa manusia. Takut berkata dan melakukan sesuatu yang benar. Kita haruslah berani dalam menegakkan kebaenaran terutama dalam menegakkan syiar Islam..

6- Kedekut (al-bukhl)
Rasulullah ada mengatakan bahawa orang yang kedekut atau kikir itu jauh daripada Allah dan manusia, tetapi dekat dengan neraka. Janganlah bersikap kedekut, sentiasalah bersedekah dan berkongsi rezeki yang dikurniakan Allah SWT itu sesama manusia supaya ianya bertambah berkat..

7- Banyak berhutang (ghalabatid-dain)
Beban hutang yang banyak juga merupakan penyakit yang melanda jiwa manusia. Oleh itu, sentiasalah merasa cukup atas segala rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT terhadap kita dan seboleh2nya elakkan berhutang, lebih2 lagi kepada benda2 yang tidak perlu dan tidak bermanfaat..

8- Penindasan/Kezaliman manusia (qahrir rijal)
Penindasan dan kezaliman manusia memang berlaku dari zaman dahulu sehingga sekarang. Bezanya, zaman dahulu penindasan lebih kepada berbentuk fizikal. Tetapi, pada zaman sekarang pelbagai bentuk penindasan terhadap manusia telah dilakukan; dari segi fizikal dan mental, ekonomi, budaya, dan pelbagai lagi yang bertentangan dengan ajaran Islam..


Itulah lapan penyakit jiwa yang melanda manusia..
Bagi memelihara jiwa kita daripada jangkitan penyakit jiwa ini, Rasulullah SAW ada mengajar satu doa yang baik untuk diamalkan dan dibaca pada waktu pagi dan petang (ada dlm Ma'thurat)

Doa tersebut;
" Allahumma innii a'uthu bika minal hammi wal hazan, wa a'uthu bika minal 'ajzi wal kasal, wa a'uthu bika minal jubni wal bukhl, wa a'uthu bika min ghalabatid daini wa qahrir rijal "

Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu drpd sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepadaMu drpd sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu drpd sifat penakut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu drpd beban hutang dan kezaliman manusia.



sekadar gambar hiasan


Oleh itu, rajin2lah membaca Ma'thurat dan amalkanlah doa di atas agar kita tidak mendapat penyakit2 jiwa seperti yang tertera di atas...
Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT...Insya Allah... (^_^)



** bersyukur atas kurniaanNYA...

Wednesday, March 16, 2011

13 - Anyone? Hikayat Merong Mahawangsa..

Hikayat Merong Mahawangsa...


Okey, saya memang suka juga tengok wayang sbb memang feel dia ialah sangat lain berbanding tengok tiwi...bak kata Cik Pid... huhuhu...

Tapi, memang sudah lama tak gi tengok movie kat wayang sbb takde masa serta takde sape2 nak belanja tiket! hahaha... (sila lempang aku sbb tak nak pakai duit sendirik! harap nk org belanja saje) ;p

Saya sangat ingin menonton filem terbitan KRU Studios ini - Hikayat Merong Mahawangsa...
Macam best saje.. baru saje ditayangkan di pawagam2 seluruh Malaysia mulai 10 mac, tapi dgr2 khabarnya asyik full house saje! Huhhh..sangat kagum!

Hikayat ini ada dalam buku sejarah (buku pelajaran sejarah yg lama tu, yg takde gambo2, kaler2), kalau tak silap saya masa form 2 ke form 3 kot...sejarah negeri Kedah, kerajaan Langkasuka...

Filem epik mitos Hikayat Merong Mahawangsa ini adalah filem arahan Yusry KRU dan dibintangi oleh para pelakon yg terel2 gak. Pelakon utamanya adalah Stephen Rahman Hughes yg memegang watak sbg Merong Mahawangsa. Antara pelakon2 lain ialah Dato' Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Umie Aida, Maya Karin, Wan Hanafi, Kuswadinata, Jing Lusi, Gaven Stenhouse, Craig Fong dll..

Hikayat Merong Mahawangsa ataupun sejarah Kedah adalah hikayat yg menceritakan susur galur Merong Mahawangsa yg juga pengasas kerajaan Langkasuka, ditukar nama kpd Kedah. Beliau didakwa drpd keturunan Iskandar Agung dari Macedonia dan merupakan penganut Hindu.



Fakta mengenai filem ini :-

* Filem ke2 termahal diterbitkan dlm industri perfileman Malaysia (RM8 juta) slps PGL
* Menggunakan teknik CGI (Computer-Generated-Imagery) atau imej Janaan Komputer
* Dikeluarkan dlm 2 versi; versi Malaysia dlm Bahasa Malaysia dan versi pasaran antarabangsa dlm Bahasa Inggeris
* Skrip filem ini disemak sebanyak 17 kali
* Penggambaran mengambil masa selama 52 hari (90% di Terengganu)
* Hak tayangan kpd 72 buah negara, dipasarkan oleh syarikat pengedaran filem antarabangsa; Epic Pictures (Amerika Syarikat)
* Menggunakan judul "Malay Chronicles:Bloodlines" untuk pasaran antarabangsa
* Menggunakan khidmat 10 orang pelagak ngeri (stuntman) dari Hong Kong yg pernah bekerja dgn Jackie Chan
* Kesemua senjata yg digunakan (diimport dari China & Amerika Syarikat) terpaksa dilupuskan selepas selesai penggambaran atas arahan Kementerian Dalam Negeri
* KRU Studios bekerjasama dgn Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) utk menghasilkan skor muzik yg memakan masa 3 hari berturut2
* Anuar Zain - penyanyi lagu tema filem ini - "Sedetik Lebih" dlm 2 versi; Bahasa Melayu & Inggeris



Ini buku yang dikeluarkan oleh DBP (tak tahu tahun bila) yang menceritakan hikayat
mitos Merong Mahawangsa serta sejarah pembukaan kerajaan awal Kedah




Penuh dgn aksi yang mendebarkan... Ohoho...saya nak tengok!!!


Poster filem Hikayat Merong Mahawangsa - sangat hebat dan menarik!




Ummi Nazeera sbg Embok, kekasih si Merong dan yang berjambang putih itu ialah
Dato' Rahim Razali sbg Kesum, pawang yang merawat Merong



Owh...gille cantik! Ni kat Terengganu aku rasa...



Wahhh.. dah macam filem omputih plak aku tengok!
Tak sabar nak gi tengok!!! Huuuu...
>> Semua gambar adalah credited to en google



Okey...penat saya meng'google' tentang filem ini... Sungguh teruja saya nak gi menontonnya!
Ada tak sape2 tak nak tengok ngn saya??? ;p
Anyone? Anyone?
Hahhh... lagik best kalau ajak si Shai! Mesti banyak komen aku leh dengar! huhuhuu...
Jommmm!!! (*_*)
** nak tengok!!!

Monday, March 7, 2011

12- Pegi ke Lagenda 17..

Restoren Lagenda 17...


Okey, ini ialah restoren milik lagenda bola sepak, En Zainal Abidin Hassan, bekas pemain negara, pemain Pahang dan Selangor..

Nama restoren beliau ialah "Lagenda 17" - terletak di Seksyen 13, di area2 dekat ngn Kelab Golf SAAS, Kolej PTPL, Laman Seri...

Walaupun dah agak lama jugak ia dibuka, tapi baru je tetiba rasa nak try makan kat situ sbb dah takde idea nak gi makan kat mana lagik kat Seksyen 13 ni, lagi2 kalau time2 lunch.. Huhuhu..

Oleh itu, pd waktu lunch Khamis lepas, ktorang pun gi laa try makan di situ..









Ni laa muka depan restoren tersebut.. Lagenda 17...
Huuu... nape nape ada no 17 eh?
Okey, yg saya baca2, no 17 tu banyak significant dan simboliknya pd beliau.. Tapi, yg saya paling ingat ialah, mmg beliau punya no jersi ialah 17...huhhh..itu je yg aku ingat! ;p
Restoren beliau spesifik pada Nasi Ayam Hainan.. cuba tgk gambar atas tu, ada tulis Hainanese Chicken Rice...









Yang paling menarik ialah dekorasi dlm restoren tu... memang terbaikkk! Semuanya berkaitan dgn bola sepak serta tentang kejayaan2 beliau, Zainal Abidin Hassan..
Okey, gambar kat atas tu ada nama beliau, siap ngn signature life lagik ye!
Diletakkan di satu sudut, masuk2 je restoren, terus dah nampak.. =)






Ini pulak Silver Boot Award...yg beliau terima masa main utk Malaysia kot..
Ntah..tak berapa nak ingat, ye laa..saya ni kan tak berapa minat sangat ngn bola sepak, jadi tak laa berapa nak tau sangat kan..pasal sejarah2 dan perkembangan2 bola sepak ni...sikit2 je yg aku tau...huhu... (sila rasa nak lempang saya banyak2 kali ok! spesis warganegara apo kah kau ini??) ;p






Award berupa kasut ini diletakkan kat kaunter pembayaran...
Okey, tengok betol2...siap ada nama beliau di kasut itu...
Kau ada?? huhuhu... takde kannnn... ;p






Ini jersi no 17 milik beliau yg dipamerkan dlm frame kat dinding restoren..
Agak2nya laa jersi ni kot yg beliau guna masa jadik pemain Malaysia, sebab ada bendera Malaysia kat sebelah kiri jersi tu dan dibawah tajaan Adidas ye..
Sila lihat betol2...




Ini pulak kawasan yg dipenuhi dgn keratan2 akhbar yg original berkenaan beliau dan dunia bola sepak serta koleksi jersi2 beliau yang semuanya bernombor 17 ye...
Uisshhh...Dah jadik macam pelancong asing plak aku kat restoren tu, gi jalan2 tangkap gambo bagai..nasib baik time tu org belum ramai lagik! huhuhuhu...




Ini pun jersi2 beliau yg diframekan serta dipamerkan...
Memori sungguh ok! Ntah2 ada lagi kesan2 kat jersi2 tu rumput ke tanah ke...peluh beliau ke...hehehe...
Waahhhh...sungguh memoriiii.... =)





Kat dinding..pun boleh belajar main bola ye...terutama untuk saya, manusia yg memang tak berapa nak minat sgt bab2 bola ini...
Siap boleh tunjuk strategi cane nak masukkan bola dlm gol okey!




Gambar2 kenangan Zainal Abidin Hassan sepanjang membabitkan diri dlm dunia bola sepak..
Ada gambar2 beliau masa zaman muda2 dulu...rambut ala2 algogo lagik tau...




Hahh...dah nak abis makan, baru ingat nak amek gambar makanan eh! ;p
Ni set Asam Pedas Bunian... saya pun tak tau nape nama dia 'bunian'...huhuuhu...
Set Asam Pedas ini (ikan tenggiri) ialah berharga RM7.90, tetapi tidak termasuk air seperti dlm gambar di atas... (cehh..siap promote harga lagik tu! kene mintak komisyen nih!)
Ini makanan Kak Farah, bukan saya punya... =)





Ini makanan saya, Mee Rebus Muar, berharga RM5.00 shj..
Tapi, biasa kita dengar Mee Bandung Muar kannn?? ni lain ye, mee rebus...
Dah nak abis, baru nak amek gambar! hahhhh...


Kesimpulannya, jika anda inginkan suasana kelainan ketika makan (rasa mcm nak main bola ke masa tgh makan), boleh laa berkunjung ke sini... Lagenda 17, milik Zainal Abidin Hassan...huhu..

Tapi, secara jujurnya (ala2 pengkritik JJCM), saya rasa makanan nya biasa2 sahaja, takde laa terlalu sedap sangat sampai rasa nak mintak tambah 2-3 pinggan ke kann...dan takde laa rasa 'impressss' sgt2 bila makan... ok2 jer laa... =)

Service ok..tak berapa lambat sgt...tak berapa cepat sgt...takde laa kena tunggu makanan lama sgt2...ok2 jer...

Dan pilihan makanan nya tak berapa banyak sangat, mungkin sbb more specialized kat Nasi Ayam Hainan dia kott...
Huuu...dah siap promote nih! =)

Lain kali sila carik tempat makan lain plak laa... =)
To Shai - uitttt...manakah tempat makan2 bessttt lagik kat shah alam bdr anggerik ni?? aku dah kering kontang idea nak makan kat mana lagik!!!
Q : Ape kah ko nak jadikan blog ni ibarat program Jalan2 Cari Makan kahhh??? hahahaha...
A : Suka ati aku laa kannn??? Ini blog aku!!! huhuhhu...Ada aku kesahhh??? ;p

** rest in peace...huuuu...

Wednesday, March 2, 2011

11 - Itu benar...

Itu benar...
Ya...memang benar...




Memang benar... dan sangat benar...
Kita memang tidak dapat memuaskan hati semua orang...dan orang lain pun tidak akan dapat memuaskan hati kita sepenuhnya...
Itu realiti...itu fakta...
Sebab... manusia itu bukan sempurna...
We are not perfect! kan?

Tapi, perlukah kita menuding jari?
Perlukah memaki2? Kutuk mengutuk? Tuduh menuduh? Bersangka buruk?
Arrrrggggggggghhhhhhhhhhh.... sungguh keji!!!

Huhhh... kdg2 manusia itu tidak sedar atas apa yg dia buat...atas apa yg dia katakan...atas apa yg dia lakukan...atas apa yg dia luahkan...dan atas apa yg dia lemparkan...
Uhhh...lidah manusia itu lebih tajam dari pedang! Kata2 manusia itu lebih pedih dari sembilu!
Itu benar... dan sangat benar...

Manusia sering membuatkan hati seseorang itu kecewa...terasa...terkilan...punah...parah...
Namun... jarang sekali manusia itu sedar atas segalanya...atas apa yg berlaku...atas apa yg diluahkan...atas apa yg dilemparkan...
Itu benar...

Manusia...
Belajarlah drpd kesilapan...
Belajarlah drpd pengalaman...
Kesilapan dan pengalaman itu guru paling berharga...
Membuatkan manusia itu semakin dewasa...
Semakin mengerti...
Erti sebuah kehidupan...

Kehidupan ini masih panjang...tapi...benarkah???
Jika DIA ingin mencabut nyawamu saat ini...masih panjangkah kehidupanmu itu?
Oleh itu...sedarlah...
Manusia...ohh...manusia...sedarlah...
Jangan mudah melatah...
Jangan mudah tersilap langkah...

Itu benar...
Sangat benar...
Kehidupan ini penuh dengan liku...banyak cabaran...banyak rintangan...

Hanya kepadaNYA ku bermohon...
Lindungi aku dari segala kejahatan dunia...dlm menempuhi kehidupan ini...
Bersabarlahh...atas segalanya...
Ya...memang benar...


- Entry puisi luahan hati... =(


** people...stop bothering others! sick with u! huhhh...