Friday, March 18, 2011

Penyakit jiwa...

Salam Jumaat semua,

** scheduled entry yg serius..

Di hari Jumaat ini, marilah kita dengar tazkirah... =)
Semua manusia ada penyakit jiwa... maknanya penyakit dalam jiwa... bukan penyakit jiwa yg disama kategorikan ngn orang gila tu... tapi, penyakit yang melanda jiwa manusia...

Ada lapan (8) penyakit yang melanda jiwa manusia...

1- Resah/Gelisah/Keluh kesah (al-hamm)
Manusia suka berkeluh kesah dan resah terhadap sesuatu, lebih2 lagi jika perkara itu belum berlaku. Menanti dan menunggu sesuatu, dia resah. Ok, sebagai contoh, seorang pelajar yg sedang menunggu result SPM, dia resah dan gelisah menanti keputusannya keluar. Bukankah baik jika kita banyakkan berdoa dan bertawakal, dan bukannya resah sahaja?

2- Dukacita/Sedih (al-hazan)
Manusia mmg suka bersedih dan berduka ke atas apa yg berlaku dan yg menimpanya. Itu mmg tidak dinafikan, mmg sifat semulajadi dan lumrah seorang manusia. Manusia bersedih atas sesuatu yg menimpanya, bersedih jika tidak dapat apa yg diinginkan dan diimpikan, bersedih atas musibah dan malapetaka yg menimpanya, bersedih dan berduka atas apa shj yg mengguris dan melukakan hatinya...
'La Tahzan...'

3- Lemah (al-'ajz)
Lemah bererti tidak mempunyai kemampuan dan kekuatan dalam apa jua bidang dan perkara. Paling ditakuti, manusia lemah dalam iman dan akhlaknya. Jika ini berlaku, manusia akan tersasar dalam perjalanan hidupnya...

4- Malas (al-kasl)
Malas adalah sifat syaitan. Tiada siapa yang suka kepada orang yang malas. Malas bekerja, malas belajar, malas mengurus diri dan malas segala2nya..Sifat malas ini membelenggu manusia sehingga menjadi seorang yang tidak produktif, tidak boleh diharap dan tidak boleh diberi tugas dan tanggungjawab. Sifat malas ini haruslah dijauhi...

5- Pengecut/Takut (al-jubn)
Takut dan pengecut dalam menyatakan yang hak dan kebenaran. Ini juga salah satu penyakit yang melanda jiwa manusia. Takut berkata dan melakukan sesuatu yang benar. Kita haruslah berani dalam menegakkan kebaenaran terutama dalam menegakkan syiar Islam..

6- Kedekut (al-bukhl)
Rasulullah ada mengatakan bahawa orang yang kedekut atau kikir itu jauh daripada Allah dan manusia, tetapi dekat dengan neraka. Janganlah bersikap kedekut, sentiasalah bersedekah dan berkongsi rezeki yang dikurniakan Allah SWT itu sesama manusia supaya ianya bertambah berkat..

7- Banyak berhutang (ghalabatid-dain)
Beban hutang yang banyak juga merupakan penyakit yang melanda jiwa manusia. Oleh itu, sentiasalah merasa cukup atas segala rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT terhadap kita dan seboleh2nya elakkan berhutang, lebih2 lagi kepada benda2 yang tidak perlu dan tidak bermanfaat..

8- Penindasan/Kezaliman manusia (qahrir rijal)
Penindasan dan kezaliman manusia memang berlaku dari zaman dahulu sehingga sekarang. Bezanya, zaman dahulu penindasan lebih kepada berbentuk fizikal. Tetapi, pada zaman sekarang pelbagai bentuk penindasan terhadap manusia telah dilakukan; dari segi fizikal dan mental, ekonomi, budaya, dan pelbagai lagi yang bertentangan dengan ajaran Islam..


Itulah lapan penyakit jiwa yang melanda manusia..
Bagi memelihara jiwa kita daripada jangkitan penyakit jiwa ini, Rasulullah SAW ada mengajar satu doa yang baik untuk diamalkan dan dibaca pada waktu pagi dan petang (ada dlm Ma'thurat)

Doa tersebut;
" Allahumma innii a'uthu bika minal hammi wal hazan, wa a'uthu bika minal 'ajzi wal kasal, wa a'uthu bika minal jubni wal bukhl, wa a'uthu bika min ghalabatid daini wa qahrir rijal "

Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu drpd sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepadaMu drpd sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu drpd sifat penakut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu drpd beban hutang dan kezaliman manusia.



sekadar gambar hiasan


Oleh itu, rajin2lah membaca Ma'thurat dan amalkanlah doa di atas agar kita tidak mendapat penyakit2 jiwa seperti yang tertera di atas...
Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT...Insya Allah... (^_^)



** bersyukur atas kurniaanNYA...

No comments: