Wednesday, March 16, 2011

13 - Anyone? Hikayat Merong Mahawangsa..

Hikayat Merong Mahawangsa...


Okey, saya memang suka juga tengok wayang sbb memang feel dia ialah sangat lain berbanding tengok tiwi...bak kata Cik Pid... huhuhu...

Tapi, memang sudah lama tak gi tengok movie kat wayang sbb takde masa serta takde sape2 nak belanja tiket! hahaha... (sila lempang aku sbb tak nak pakai duit sendirik! harap nk org belanja saje) ;p

Saya sangat ingin menonton filem terbitan KRU Studios ini - Hikayat Merong Mahawangsa...
Macam best saje.. baru saje ditayangkan di pawagam2 seluruh Malaysia mulai 10 mac, tapi dgr2 khabarnya asyik full house saje! Huhhh..sangat kagum!

Hikayat ini ada dalam buku sejarah (buku pelajaran sejarah yg lama tu, yg takde gambo2, kaler2), kalau tak silap saya masa form 2 ke form 3 kot...sejarah negeri Kedah, kerajaan Langkasuka...

Filem epik mitos Hikayat Merong Mahawangsa ini adalah filem arahan Yusry KRU dan dibintangi oleh para pelakon yg terel2 gak. Pelakon utamanya adalah Stephen Rahman Hughes yg memegang watak sbg Merong Mahawangsa. Antara pelakon2 lain ialah Dato' Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Umie Aida, Maya Karin, Wan Hanafi, Kuswadinata, Jing Lusi, Gaven Stenhouse, Craig Fong dll..

Hikayat Merong Mahawangsa ataupun sejarah Kedah adalah hikayat yg menceritakan susur galur Merong Mahawangsa yg juga pengasas kerajaan Langkasuka, ditukar nama kpd Kedah. Beliau didakwa drpd keturunan Iskandar Agung dari Macedonia dan merupakan penganut Hindu.



Fakta mengenai filem ini :-

* Filem ke2 termahal diterbitkan dlm industri perfileman Malaysia (RM8 juta) slps PGL
* Menggunakan teknik CGI (Computer-Generated-Imagery) atau imej Janaan Komputer
* Dikeluarkan dlm 2 versi; versi Malaysia dlm Bahasa Malaysia dan versi pasaran antarabangsa dlm Bahasa Inggeris
* Skrip filem ini disemak sebanyak 17 kali
* Penggambaran mengambil masa selama 52 hari (90% di Terengganu)
* Hak tayangan kpd 72 buah negara, dipasarkan oleh syarikat pengedaran filem antarabangsa; Epic Pictures (Amerika Syarikat)
* Menggunakan judul "Malay Chronicles:Bloodlines" untuk pasaran antarabangsa
* Menggunakan khidmat 10 orang pelagak ngeri (stuntman) dari Hong Kong yg pernah bekerja dgn Jackie Chan
* Kesemua senjata yg digunakan (diimport dari China & Amerika Syarikat) terpaksa dilupuskan selepas selesai penggambaran atas arahan Kementerian Dalam Negeri
* KRU Studios bekerjasama dgn Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) utk menghasilkan skor muzik yg memakan masa 3 hari berturut2
* Anuar Zain - penyanyi lagu tema filem ini - "Sedetik Lebih" dlm 2 versi; Bahasa Melayu & Inggeris



Ini buku yang dikeluarkan oleh DBP (tak tahu tahun bila) yang menceritakan hikayat
mitos Merong Mahawangsa serta sejarah pembukaan kerajaan awal Kedah




Penuh dgn aksi yang mendebarkan... Ohoho...saya nak tengok!!!


Poster filem Hikayat Merong Mahawangsa - sangat hebat dan menarik!




Ummi Nazeera sbg Embok, kekasih si Merong dan yang berjambang putih itu ialah
Dato' Rahim Razali sbg Kesum, pawang yang merawat Merong



Owh...gille cantik! Ni kat Terengganu aku rasa...



Wahhh.. dah macam filem omputih plak aku tengok!
Tak sabar nak gi tengok!!! Huuuu...
>> Semua gambar adalah credited to en google



Okey...penat saya meng'google' tentang filem ini... Sungguh teruja saya nak gi menontonnya!
Ada tak sape2 tak nak tengok ngn saya??? ;p
Anyone? Anyone?
Hahhh... lagik best kalau ajak si Shai! Mesti banyak komen aku leh dengar! huhuhuu...
Jommmm!!! (*_*)
** nak tengok!!!

4 comments:

iza...affa said...

aku mmg nak tgk! tapi entah biler. sabar je la. tak berkesempatan lagi. huhu

Cik AnGaH said...

fiza : aku ponggg sama!!!
tapi tatau bile! tunggu sampai kuar kat astro first je laa..pastu tgk je sampai muntah2..
huhuhuhu...

Shai Kamarudin said...

hahaha, ko nak ajak AKU tengok? Aku benci filem2 KRU drpd Cicakman, Duyung sampailah MAGIKA. Mmg buat sakit hati je ajak aku. wahahahaha

merongmahawangsa said...

Pewaris Mutlak Takhta Kerajaan Merong Mahawangsa Ada Disini..