Friday, February 11, 2011

7 - Novel lagi!

Novel lagi?
Hehehehe... (*_*)
Ye...saya mmg pembaca novel tegar... ;p
Sejak di bangku sekolah saya mmg suka membaca..lagi2 laa kalau baca novel..tapi, membaca buku2 sekolah + pelajaran tidak sama sekali sehebat membaca novel! fuhhhh...

Okey, yg ni la novel terbaru lagi terkini Ramlee Awang Murshid (my feveret thriller novelist!)
Rayyan Fantasi...




Saya dah beli novel ni lama dah, sejurus lps dpt tau dah keluar di pasaran!
Saya mmg sukakan novel2 yg thriller dan sedikit menjangkaui pemikiran normal dan diluar jangkauan (beyond expectation laa omputih kata)
Supaya saya akan rasa saspen2 sket ditambah ngn kena pikir2 apa akan terjadi seterusnya dan menyebabkan perasaan ingin tau semakin membuak2 (betul ke tatabahasa ni?)

Novel ni mengisahkan Rayyan yg sebenarnya adalah makhluk asing dr planet lain dan turun ke bumi sejak bayi lagi bersama bapanya yg juga makhluk asing untuk menyelamatkan diri..
Bermulalah kisah 2 beranak ini yg hidup sbg manusia di muka bumi..
Okey, sampai ni je boleh saya cerita, nak tau lagi..kena beli sendiri ye! ;p

Sebelum novel Rayyan Fantasi ni, beliau keluarkan novel ini...
Cinta Sufi...




Okey, novel ini adalah kesinambungan drpd Tetralogi Bagaikan Puteri (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sufi)
Kisah Laksamana Sunan... huuuu... memang adventure!
Saya nasihatkan pd anda, kalau nak rasa ke'adventure'an dan ke'thriller'an tetralogi ini, anda perlu baca novel yg awal dan mengikut turutan, baru best!
Tak rugi beli...mmg bestt! (bagi penggemar novel shj)
Saya sedang menantikan novel seterusnya, juga kesinambungan drpd Tetralogi Bagaikan Puteri ini (yg saya dgr2 laa)..Huhh..sungguh saya tak sabar!

Okeh..saya juga sdg menanti2kan novel terbaru rakan saya yg juga sorang novelis... yg menulis novel yg-buat-aku-tak-benti-tersengih-dan-tergelak-sorang2 (Aku Kan Novelis!)
Tadaaaa... Cik Shy-da kita...
Oittt...bile mu nak kuarkan novel baru weihh???

Beliau juga menulis novel ini... (novel pertama beliau kalau tak silap saya)
Plain Jane...





Sebenarnya sampai skrg saya cari novel ni di sekitar Shah Alam...tapi, tak jumpa...
Saya nak sangat beli! Aku Kan Novelis! saya dah beli, cuma nak dpt sign si penulis ni, bukan main susah lagik! Al-maklum laa..beliau sgt bz! Huuu...
** Weih Shai...dah setahun aku beli weih...bile ko nak sign ni! Huhuhuhu...

Ada lagi satu novel tulisan kwn saya si Shai ni..
Soalnya Hati...






Okey..sama jugak.. Saya masih tak jumpa novel ini di area shah alam...
Atau saya sendiri yg tak nampak kah? ;p
Kepada sesiapa yg tau kedua2 novel ini ada terjual di mana2 kedai di area shah alam, sila bgtau saya ye! Dengan segera saya akan pegi beli! (^_^)

Kepada Shai : aku dah carik, tak jumpa... kat mana boleh jumpa nak beli kat shah alam ni? huuu.. susah2 sgt, ko bg free je laa kat aku eh! hehehe...

Walaupun saya bz bekerja, tapi..hobi membaca novel ini saya tak akan abaikan! ;p
Bila saya meluangkan masa baca novel?
Hehehehe... saya akan baca masa tunggu bas dan juga sebelum tido (kdg2 kalau ada mood)
Saya membaca novel sekadar mengisi masa lapang, menyokong penulis dan sekadar memenuhi hobi je...
Tiada sebab lain... dan setiap individu tu ada sebab2 tersendiri mengapa dia suka membaca, tak kira apa jua jenis bacaannya.. terpulang...
Yang penting.. "Marilah membaca!" (^_^)



** Shai : sila keluarkan novel terbaru kamu cepat dan pastikan ko sign kat buku aku! ;p
** bila pulak aku nak jadik novelis ni? hahahaha...

2 comments:

Shai Kamarudin said...

uih ko kene carik kat bookfair je weyh. sbb buku tu dah lama, mmg susah nak carik. :P

Cik AnGaH said...

OMG!!!
aku kene tggu sampi bookfair ada laaa ni ek?
kalu ade, ko roger gtau bile dan di mana ye! =)