Thursday, January 13, 2011

3- Untungnya jadi WANITA...

Untungnya jadi wanita kan.. (^_^)

Okey... semua ada yg dikhaskan untuk WANITA SAHAJA!!! diulangi WANITA sahaja ok!
Bas Wanita - Rapid KL...
Koc Wanita - KTM...

Semalam saya telah menggunakan kemudahan2 awam yg dikhaskan untuk WANITA ini...
Jadi, semalam adalah hari penggunaan kenderaan awam WANITA untuk saya... hehehe...

Pada hari semalam (betul ke ni?) - saya rasa salah!
Semalam (baru betul!), saya telah diarahkan oleh boss untuk membawa wakil pelajar sebagai peserta pertandingan ke KL Sentral.. Disebabkan kami men'decide' untuk naik train aje, maka saya haruslah datang ke opis awal untuk membawa peserta2 tersebut. Selama ini, saya memang dah tau kewujudan Bas Wanita Rapid KL yg bermula pd 1 Dis lps, tapi masih tak berkesempatan menaikinya sbb dr hab UiTM, bas tersebut hanya ada pd jam 6.45 dan 7.30 pagi sahaja..
Oleh kerana semalam saya keluar rmh awal, dan berada di Seksyen 2 pd jam 6.40 pagi, maka dengan secara otomatiknya saya dpt la merasa naik bas wanita tersebut..

Ok, bas tu takde berapa nak ada beza sgt pun, tetap juga bas jenama Rapid KL, cuma ada sticker kaler pink (spt yg ditunjukkan kat bwh ni), harga tambang yg sama gak (takde diskaun pon) dan drebar tetap gak PAKCIK rapid (means drebar adalah lelaki).

Cuma, bas ini hanya dinaiki oleh penumpang WANITA shj... tiada penumpang lelaki dibenarkan... Sekiranya ada penumpang lelaki tahan2 bas ni kat mana2 pon, dgn pelbagai gaya sekalipun, tetap pakcik rapid dgn sombongnya serta dgn muka selambanya takkan berenti amek dorang ye... ;p

Pastu, bas ni dipandu dgn kadar kelajuan yg tak berapa nak laju sgt oleh pakcik drebar... jadi memang kena laa ngn dia nya tagline tu "lebih selesa, lebih selamat"
Oleh itu, beruntung ye saya dan wanita2 lain yg mnggunakan kemudahan ini! Terima kasih syarikat Rapid KL! =)
Remarks : hampir 100% berjaya terlaksana sbb pengguna lelaki tak dpt guna kemudahan wanita ini... ngeh..ngeh...



bas wanita aje ye! - lebih selesa... lebih selamat...



ini rupa bas rapid wanita tu...
takde beza ngn bas2 rapid lain, cuma ada sticker pink kat depan ngn tepi2 (nampak tak?)



Ok, sambung citer lagik. Slps 'lebih selesa dan lebih selamat' naik bas wanita, saya pun sampai di opis. Peserta2 telah menunggu saya dan kami pun bertolak ke stesen komuter utk naik komuter pulak..

Koc WANITA KTM ni dah lama dilaksanakan, kalau tak silap saya sejak April thn lps... dan saya banyak kali jugak la naik koc pink nih! =)
Koc or gerabak WANITA ini berada di tgh2, dan ada sticker pink jugak (mcm kat bwh ni), memang khas utk wanita shj ye..

Cuma, saya rasa yg koc wanita ni pelaksanaannya tak berapa nak jaya sgt..
Sebab setiap kali pun saya naik koc ni, mesti ada gak org-lelaki-yg-rasa-dia-tu-wanita berada dlm koc ini..
Apa? tak reti baca ke? ke buta hurup? ke buta mata? atau buta hati kah? huhhh... kdg2 rasa mcm geram, rasa nak pegi kat org-lelaki-yg-rasa-dia-tu-wanita tu, pastu tunjuk kat dia sticker (yg byk lekat kat koc), suruh dia eja, baca kuat2..kalau tak paham gak, rasa nak pijak2 je dorang nih sampai dorang tak reti baca langsungg!! - saya emosi!

Ye la, sbb semalam saya dan peserta2 wanita lain dgn gembiranya naik koc pinky2 tu, tapi hampa... sbb kena berdiri (sampai KL Sentral ok!), pastu paling rasa mcm nak ngamuk spt incredible hulk yg ijau tu sbb ada je org-lelaki-yg-rasa-dia-tu-wanita kat koc tu (bukan sorang dua je, tapi lebih 5 org!) dan yg paling adalah sgt geram dorang dpt DUDUK!!!! - huuuuuhhhh... aku emosi lagik!!!
Dgn takde rasa bersalah dan buat-muka-bodo-seposen je even semua WANITA kat situ pandang2 dorang ngn pandangan yg sgt meluat serta menyampah, dorang boleh rileks je dan takde ape2 pon yg berlaku!!!
Huhhh... pastu, nape laa aku tak nak sound je dorang ehh?? Ntah... mebi sbb saya tgk org lain pon mcm tak berani je nak sound2 dorang tu kot! Uhhh... gile keji btol org-lelaki-yg-rasa-dia-tu-wanita!!! pergghhhhh...meh sini rasa nak lempang!

Sepatutnya, sbg warganegara yg prihatin, dorang2 ni kena laa paham kan... Cuba laa baca btol2 sticker dan poster2 yg tertera kat koc tu!
Ke mebi mende tu kecik sgt kot sampai dorang tak nampak... Adakah begitu? Tapi, tak jugak! Sbb kan ke kaler2 pink tu... mesti laa sepatutnya dorang tertarik utk tgk dan baca kan? ehhmmmm...
Ke mebi dorang ni mmg dilahirkan tak prihatin pd alam sekeliling?? Hahhh... ini mungkinn!!!




wanita sahaja ye! - mesti nak pink jugak kah?






kaler pink di luar? dah ada ke kat Mesia?

ni mcm kat US je...heheh...pinkyysss nye! =)

Kesimpulannya, beruntungnya ye kita dilahirkan sbg WANITA...banyak lagik keistimewaan menjadi seorang WANITA, kan? kalau tulis kat sini, memang tak abis2 laa entry saya ni.. huu..

** bersyukur menjadi makhluk NYA yg bergelar WANITA...

No comments: