Friday, October 15, 2010

31 - Rezeki & Sedekah

Salam semua,

Lama sungguh saya tak apdet blog ni... (^_^)
Asik tak berkesempatan je... ada gak rasa macam nak tutup je blog ni...
Sebab... tak rajin sangat nak apdet... Huuu....
Last entry masa hari Raya...sekarang, dah habis raya...
Owhh...cepat sungguh masa berlalu kan...
Ye, masa mmg tak menunggu sesiapa...

Takde idea sgt nak post apa kat sini...
Ehmm...sekali-sekala, marilah kita sama2 kongsi ilmu...
Tazkirah di hari Jumaat ni... =)

Rezeki & Sedekah...

Rezeki ialah segala apa yg dapat dimanfaatkan oleh manusia sama ada halal atau haram, baik ataupun buruk. Pengertian rezeki bukan sahaja berupa harta yg diberikan oleh Allah, malah nikmat kesihatan, pandangan mata yg terang, kemurahan hati dan ketenangan jiwa juga merupakan salah satu merupakan rezeki yg dikurniakan Allah SWT.
Rezeki yg berupa harta seeloknya dikongsi sesama manusia agar rezeki yg dikurniakanNYA itu akan bertambah dan diberkati.

Oleh itu, banyakkanlah bersedekah. Orang yg pemurah (suka bersedekah, menderma dan suka menolong org lain), Allah SWT akan berkati dan murahkan rezekinya. Ini berdasarkan ayat al-Quran;


Ertinya : "Perumpamaan mereka yg mendermakan harta bendanya di jln Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh pokok dan tiap2 pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kpd sesiapa shj yg dikehendakNYA dan Allah Maha Luas (anugerahNYA), lagi Maha Mengetahui" (Al-Baqarah:261)


Jadi, marilah kita sama2 rajin2 bersedekah.
Kalau kita ada rezeki lebih tu, apa lah salahnya kita kongsi dgn org lain, bagi mak ayah sikit, adik2, belanja kwn2 makan ke, buat kenduri kesyukuran ke, derma pd anak2 yatim ke atau apa shj, asalkan mengikut landasan agama.
Tapi, semua ni perlulah dilakukan dgn hati yg ikhlas... baru dpt keberkatan, kan...Kalau tak ikhlas, tak guna jugak kan...

Okey rakan2...
Selamat beramal dan renung2kan...
Semoga kita semua juga rajin bersedekah ya... =)
Dan semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki olehNYA serta sentiasa diberikan kesihatan yg baik...




sekadar gambar hiasan...



** semoga murah rezeki...

No comments: