Wednesday, August 25, 2010

Tazkirah Ramadhan - I

Panduan untuk diri sendiri & semua...
Renung2kan...

1- Puasa adalah rukun Islam yg ke4 dan adalah syariat Islam yg dilaksanakan berdasarkan keikhlasan. Ia menjadi rahsia antara hamba dengan Allah.
Dalam sebuah hadis qudsi;
"Seluruh amalan perbuatan anak cucu Adam menjadi milikNYA, kecuali puasa. Sesungguhnya, puasa menjadi milik-KU dan AKU yang akan membalasnya"

2- Kelebihan orang yg berpuasa, dalam hadis qudsi yg bermaksud;
"Orang yg berpuasa memiliki 2 kegembiraan. Kegembiraan saat dia berbuka dan juga kegembiraan saat dia bertemu Tuhannya"

3- Sunat bersahur dan melambatkannya.
Sabda Rasulullah SAW; "Makanlah sahur kerana di dalam sahur itu ada keberkatan"

Hadith yg diriwayatkan oleh al-Bukhari drpd Anas bahawa Zaid bin Thabit r.a berkata;
"Kami makan sahur bersama Rasulullah SAW, kemudian baginda bangkit utk melakukan solat. Aku bertanya baginda, berapakah jarak masa dia antara azan dan sahur? Baginda menjawab, Masa yg diambil utk membaca 50 ayat"

4- Sunat menyegerakan berbuka puasa.
Sabda Rasulullah SAW; "Seseorang terus berada di dlm kebaikan selagi dia menyegerakan berbuka puasa"

5- Apakah hukum bersugi pd siang hari di bulan Ramadhan?
Jawapan : Disunatkan bersugi sepanjang masa sama ada semasa berpuasa atau tidak, pd permulaan hari atau pd penghujungnya.

Abu Hurairah r.a berkata bahawa sabda Rasulullah SAW;
"Jika tidak kerana ia akan membebankan umatku, atau ke atas manusia, nescaya aku akan perintahkan mereka bersugi pd setiap kali solat"

"Orang yg berpuasa disunatkan bersugi atau memberus gigi sepanjang hari. Jika dia telah meludahkan segala yg ada di dlm mulutnya semasa bersugi, kemudia menelan air liurnya, puasanya tidak terjejas" (Fatwa al-Sa'diyyah)


Ok, ini sahaja tazkirah puasa utk hari ini..
Kalau ada masa lagi, saya akan taip lagik di lain entry..
Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan keimanan...Insya Allah...


** tak sangka dah 15 ramadhan...dah nak dekat raya!!! yeayea..!!!

No comments: