Thursday, May 6, 2010

Lama tak apdet...

Huuuu...
Sudah lama saya tak apdet!!!
Saya sungguh bz... ditambah pula dengan limited penggunaan internet di tempat keje saya...
Cehhh...sungguh kejam sekarang ini! Hanya boleh bukak website2 lain (yg tiada kaitan dgn keje) sebelum pukul 9 pagi dan selepas pukul 5 ptg shj!!!
Arggghhhhhh.... saya sgt tensen!!!

Apa yg nak diapdet?
Hmmm... saya telah menghadiri majlis perkahwinan rakan sekolah saya, Iylia Hani pd mlm sabtu (1 mei 2010) di Kuala Selangor...
Tahniah kpd Iylia dan En. Kamil...
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ya! (*_*)

Kemudian, pd keesokan harinya, Ahad (2 mei 2010) saya menghadiri majlis perkahwinan bekas rakan serumah saya, Azizah @ Azie di Kg. Pandan, KL..
Tahniah kpd Azie dan En. Mail...
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat juga ya! (*_*)

Tapi, saya tidak sempat melihat beliau bersanding kerana lebih kurang setengah jam saya tiba dirumah beliau, saya mendapat panggilan telefon mengkhabarkan atok saya (bapa tiri ibu saya) meninggal dunia di Paya Jaras.. Kemudian saya bergegas ke monorail Times Square - KL Sentral, naik komuter ke Sg. Buloh...
Alhamdulillah, saya sempat melihat jenazah sehingga dikapan dan dikebumikan...
Arwah atok saya meninggal kerana menghidap kanser di tahap kronik... =(
Semoga arwah atok ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman... Ameenn...
Saya masih bersedih di atas kehilangan arwah atok...
Masih teringat2... arwah selalu bagi duit kalau datang rmhnya dan selalu bagi duit raya pd semua cucu2nya, walaupun kami hanya cucu2 tiri...

Apa lagi mahu diapdet?
Mahu aplod gambar... malas nak tunggu internet yg rasa mcm nak pengsan tunggu lama sangat ni... Lagipun, gambar pun tak banyak sgt diambil masa majlis2 itu...
Owh... tanpa disedari... saya berjaya mengapdet! Huh... hilang sudah sawang2an di blogku ini...


** TAHNIAH!!! kepada Azie & Iylia...
** Moga roh atok dicucuri rahmatNya... isskkk...

No comments: