Wednesday, May 26, 2010

23 - cerita ceritu

Memang banyak je nak taip...
Tapi, bila jari dah kat keyboard, mata kat monitor, tetibe je dah takde idea plak nak citer apa...
Huisshhh....kekeringan idea sungguh laa...!!!

Ehmm...apa nak citer eh?
Ok...citer pasal kawan2 kelas dulu laa.. (nape tetibe je ni?? - suka hati aku laa...ni blog aku kan?? ada aku kesahh??) ;p





Ok...ini gambar kelas saya masa form 5...diambil sebab ada sessi fotography bebas utk majalah sekolah. Semua ada, kecuali Faiz jawa (tak tau la dia gi mana masa time ktorg tgh dok sibuk2 berposing2 ni). Kelas kami cuma ada 11 lelaki, 8 perempuan, sgt sikit ok..
Majoriti dorang semua dah pun berumahtangga dan dah ada anak pun! =)

Ketua kelas ialah : Umar Faruq @ Beng (dah kawen, ada anak sorang, menetap di Adalaie, Australia). Ketua kelas yg berkaliber (ye ke??) serta terel Add Math dan ktorg slalu curik buku Add Math dia, pastu tiru keje skolah dia! hahahaha...
Penolong kelas : Nadiatul Raihan @ Ann Romantik. Seorang yg cool dan romantik! hehehe... tak marah ktorang pun kalau tak wat tugasan kelas ok! sangat cool... ;p

Dari kiri (lelaki) : Walid, Beng, Apai, Salleh, Syahid, Tugiman, Suhaidi, Firdauz, Syam & Pojie
Dari kiri (perempuan) : Nad, Aimi, Farah, Betty, Yunon, Saya, Mira & Ann





Ok...ini adalah gambar semua budak perempuan kelas saya... Sangat suka gambar ini sbb saya kurus lagik! hahahahaha...
From left : Nad, Ann, Yunon, Betty, Aimi, Farah, Saya dan Mira...


Bila nak wat gathering kelas ni weihh?? Sangat seronok kalau dapat jumpa nih!!!


** miss my school's time... huuuu....

No comments: