Friday, April 16, 2010

17 - Tembikai merah...

Owh...
Jiwa saya sedikit kacau sejak akhir2 ini...
Nak hilangkan kekacauan jiwa ini, meh laa kita baca citer pasal tembikai merah ini..

Begini ceritanya...

Di dalam sebuah kampung, ada seorang pemuda menjual buah tembikai di tepi jalan. Pada suatu hari, ada seorang makcik yg sangat bergaya singgah di gerai pemuda tersebut utk membeli buah tembikai di situ. Kemudian, makcik bergaya itu pun membelek-belek buah tembikai sambil teragak-agak utk membelinya.

"Ye ke tembikai ni merah? manis?", tanya makcik bergaya tersebut.

"Eh...betul la makcik...saya jamin 110% tembikai2 saya ni semuanya warna merah sungguh...betul..saya tak tipu...", jawab si pemuda.

Sedang makcik itu membelek-belek buah tembikai itu, tak disangka-sangka salah sebiji buah tembikai itu terjatuh dan terlepas, lantaran menampakkan isinya yg keputihan dan bukannya merah menyala seperti yg diwar-warkan oleh pemuda itu!!!
Bagi meng'cover' diri beliau drpd dikatakan penipu, beliau pun berkata,

"Eh..eh..tadi merah...ni sebab dia takut ngn makcik ni, terus dia jadik pucat...jadik putih!"

Makcik bergaya tersebut terus meninggalkan gerai sang pemuda selepas membaling dgn penuh aksi yg bergaya buah tembikai yg telah pucat ketakutan itu kepada beliau...
Busssshhhhhhh......

"Adoiiii...."

Huhuhuu....ada kah buah tembikai yg pucat sebab takut???

Moral of the story : Sila jatuhkan buah tembikai yg nak dibeli utk memastikan ianya benar2 merah ok...!!! (*_*)


** huuu... jiwaku kacau... =(

1 comment:

aNnE 'S said...

owh..gitu ye cara nk beli buah tembikai...huhu sungguh sengal..nk tau merah ke idok suruhla dia belah..hehe