Friday, February 5, 2010

7 - Kawan skolah rendah...

Pada Sabtu yg lepas (masa cuti Thaipusam), kawan skolah rendah saya yg mmg sangat rapat sejak kecik lagik telah pun menamatkan zaman bujang beliau. Beliau telah bernikah pd hari tersebut, tapi majlis resepsi blom buat lagik, akan diadakan pd cuti raya cina (CNY) nnti..



Nama beliau ialah Eirwani, saya memanggil beliau sbg Wanie. Rumah beliau sgt berdekatan dgn rmh saya, boleh jalan kaki aje. Sekarang beliau menjadi seorang guru sekolah rendah di daerah Kuala Selangor. Bernikah dgn jejaka pilihan hati beliau, Awaluddin berasal dr Johor (tak ingat plak kat mana)




Huhuhu..ada kisah di sebalik pertemuan pertama (1st dating) beliau dgn Awal ni..Saya la org yg membawa beliau bertemu dgn kekasih maya (sbb dorang kenal mase ceting) buat pertama kalinya di Shah Alam lebih kurang 3 thn yg lepas... Masa tu ktorg ke Shah Alam, sbb ada test DPLI dan saya yg mencadangkan beliau berjumpa dgn Awal (sbb dah alang2 ada kat Shah Alam ni kan). Maka, dijadikan cerita saya dan Afiza (Fiza, ko ingat lagik tak kite bwk Wanie ni gi flat Seksyen 16??) memaksa beliau berjumpa gak dgn si Awal ni walaupun beliau sgt tak nak laa jumpe sbb sgt laa pemalu...(pemalu kah kamu Wanie??) ;p
Dan drpd perjumpaan itu, akhirnya...mereka berjaya mengekalkan perhubungan hingga laa ke jinjang pelamin...Alhamdulillah....
Wanie - u owe me n Fiza tau! hehehe.... =)





Dan...saya masih lagik ingat, mase zaman kecik2 dulu, ktorg slalu gi skolah agama sama2, naik basikal..(uissshh..lamanya aku dah tak kayuh beskal!). Kemudian, slps UPSR, saya masuk skolah menengah biasa sekejap dan pegi skolah naik bas ngn beliau sama2 gak..Saya hanya sempat skolah menengah ngn beliau lebih kurang sebulan je, pastu saya masuk asrama. Walaupun saya duduk asrama, tapi beliau adalah kwn skolah rendah saya yg sgt setia. Beliau akan dtg melepak2 di rmh saya atau saya yg akan dtg melepak2 ke rmh beliau utk berborak2 kalau saya pulang bercuti hujung bulan. Almaklum laa, susah nak jmpe kwn2 skolah rendah, sbb masing2 dah tak dok kat kampung lagik, ditambah pulak saya mmg dr form 1 sampi masuk U, dok asrama dan tak dok kat kampung sgt...huhu...


Sehinggalah saya belajar di UiTM Melaka, Shah Alam, dah bekerja pun, beliau masih juga datang melepak2 di rmh saya dan begitulah sebaliknya. Kami juga selalu pergi ke wedding kwn2 skolah rendah bersama2...huuuu... sooo sweeeettt...



Tapi, sekarang beliau sudah bergelar isteri orang...

Tak mungkin laa beliau akan slalu lepak2 bersama saya lagi sambil borak2, makan2 keropok, minum sirap sama2 lagik kat rmh saya...huuuu...touchinggnyaaa!!!


Antara gambar2 di majlis pernikahan beliau...





Pasangan pengantin, Awaluddin dan Eirwani (my best buddy)
selepas dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan, pakcik Romsani..





Bergambar bersama pengantin sementara menunggu rombongan pengantin lelaki..
Dari kiri - Saya, Wanie, Azillah, Ikin dan Sue (rakan2 skolah rendah)





Bergambar bersama pasangan pengantin sebelum balik rmh jalan kaki...huuu...




"Haziq pun nak amek gambar dgn Kak Wanie laa.."
Adik saya yg bermuka tak photogenic langsung...ngeh..ngeh...





Amek gambar dulu sebelum balik rmh...Wanie dan saya... (uisshh..pendeknya aku??)







Gambar kami masa pegi ke wedding Wan Zarina (kwn mase skolah menengah sekejap).
Huuu..lepas ni saya dah tak dpt gi wedding kwn2 skolah rendah ngn Wanie lagik!!! waaa....




To Eirwani & Awal;
- Selamat Pengantin Baru...
- Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat... Ameeennn...






** Good life!