Monday, October 26, 2009

Jejak Kasihan...

" Jejak Kasihan..." Chewaahhh...tajuk cam poyoss jerk...

Ye..tapi, memang itu lah realitinya... Saya telah berjaya menjejaki rakan2 semasa di zaman2 persekolahan dahulu...especially rakan2 yg pernah satu kelas dgn saya (suatu masa dahulu...waahhh..dah tua rupanya aku!)


Ini rakan saya semasa form 1 & form 2. Beliau telah berpindah skolah ketika di pertengahan form 2, kemudian kami hanya berkontek2 melalui surat shj (dulu2 x maju lg, x reti email2 ke, sms ke). Nama beliau ialah Suraya, dan kami panggil masa beliau mase skolah dgn panggilan 'Surey'.
Saya terjejak kasihan dgn beliau semasa di mjlis perkahwinan rakan saya yg sama2 belajar di UiTM Melaka dahulu. Kami sangat terharu atas perjejakan kasihan ini...
Huuu...excited sungguh dpt jmpe beliau setelah hampir 12 thn tak bersemuka!!!
Ketika ini beliau sedang pregnant hampir 4 bulan setengah dan sekarang menetap di Kepong.
Tarikh jejak & foto diambil : 10 Okt 2009 (Dewan UKM, Bangi)


Lagi gambar bersama Surey. Di sebelah kanan sekali ialah rakan skolah dan sekelas kami juga, Nur Adila. Sekarang Adila bekerja di PPUM dan menetap di Subang Jaya.
Bestnya...jmpe rakan2 lama... =)


Ini baby rakan sekelas saya, dari form 1-3, serta rakan yg sama2 tggl dlm satu dorm dan yg selalu kejutkan saya kalau tertidur ketika dlm kelas, lebih2 lagi semasa subjek BM.
Rakan saya yg bernama Nurul Arlita, seorang perempuan yg sgt tinggi lampai dan kurus kering! hehehe...
Kemudian beliau telah berpindah ke MRSM Muar dan menyambung pengajian di USM. Saya pergi melawat beliau yg baru melahirkan baby pd sehari sebelum hari raya..Baby yg diberi nama Muhammad Aidil Haziq (baby hari terkahir Ramadhan)
Tarikh jejak & foto : 11 Okt 2009 (Serendah, Rawang)


Ini dia si ibu baby tersebut. Nurul Arlita yg memangku Aidil yg nampaknya sgt marah apabila gambarnya diambil bersama ibunya, sebab dia nak ambik gambar sorang2 aje..huhuhu...
Tapi, dlm gambar tu...baby tu nangis ke ketawa eh? Musykil plak seketika..


Ok...ini baby sape plak?
Ini ialah baby lelaki rakan sekelas saya dr form1-3 juga...Beliau telah menyambung pengajian di Maktab Tahfiz selama 5 thn dan kemudian ke UIA. Beliau bernama Nurul Qistina dan sekarang menetap & bekerja di Rawang.
Beliau melahirkan baby yg diberi nama Luqman Al-Haqeem ini pada 1 Syawal 1430H di Hospital Selayang.
Tarikh jejak & foto : 11 Okt 2009 (Btg Kali, Rawang)


Ye...ini dia si ibu dan ayah Luqman Al-Haqeem, Qistina @ Qiena dan suami beliau, Ustaz Faizal.
Ketika ini beliau masih lagi berpantang di rmh ibunya.

Ini gambar kali terakhir kami berjumpa sebelum Qiena melahirkan baby nya. Ketika ini beliau sedang pregnant (tak ingat lak mase ni baper bulan beliau preggy)
Foto diambil bersama Dayang, Kenet, Qiena & Onique di KFC, KLCC pd awal thn 2009.
** seronoknya bila terkenang zmn muda2 masa skolah2 dulu...huuu...
nak pakai uniform skolah!!! huwwaaaaaa....

Saturday, October 24, 2009

Pegi Wedding - 101009


Ini antara gambar2 wedding yg saya hadiri semasa 10 Okt 2009 yg lalu
10 Okt 2009 - Sabtu..





Gambar wedding Khairul Azhar Norhan atau dipanggil Apek semasa skolah dulu.
Beliau ialah rakan skolah semasa form1-3, tapi tak pernah pun satu kelas dgn saya. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan ke MRSM Beseri dan ke Lanchester University dan akhirnya bertemu jodoh dgn Fatin Izzati.. (chewaahh..mcm tulis karangan bergambar plak! ;p)






Gambar pengantin baru bersama saya yg menyibuk2 di situ...huhuhu...
Pengantin : Khairul Azhar & Fatin Izzati
Tarikh foto : 10 Okt 2009 (Sabtu)
Tempat : Dewan Serbaguna, Bandar Botanic Klang




Ini gambar wedding my best buddy masa blajar kat UiTM Melaka dulu, Lt Noor Azreen @ ZaZa.
Kelihatan saya yg menyibuk2 di tgh2 pengantin...huhuu...
Rendah kah saya?? Tidak...itu chomel namanya...hahaha....





My best buddy's wedding... wif ZaZa...
Tarikh : 10 Okt 2009 (Sabtu, malam)
Tempat : Dewan UKM, Bangi
Tema : White + Purple




Mari berposing aksi bebas....hehehe...
Pengantin : Lt Noor Azreen @ ZaZa dan Lt Maswari
Tengok pengantin lalu bawah pedang lagik...huuuuu...

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ya... =)



** semoga kedua2 pasangan pengantin akan berbahagia hingga ke akhir hayat dan cepat2 dpt baby...huuu.. (^_^)

Tuesday, October 13, 2009

Kemaskini kah?

Sungguh lama saya tidak mengemaskini blog ini...
Nasib baik lah labah2 tidak berani bersawang di sini...huhuhu...

Tidak tahu dari mana ingin dimulakan pengemaskinian blog saya ini ya...
Cerita semasa hari raya kah...Cerita semasa selepas habis bercuti raya kah...Cerita dah masuk opis semula kah...Cerita menghadiri rmh2 terbuka kah...Cerita ke kenduri2 kawen rakan2 kah...
Nak cerita apakah???
Uhhhh...banyak sungguh ni...Tidak tahu yg mana satu yg perlu diceritakan...Sebab nak menaip pun sedikit malas...(cehh...pemaleh sungguh aku nih!)

Aidil Fitri jatuh pd 20 September (bln lepas).. Saya bercuti selama seminggu dgn harapan dpt beraya puas2 dgn berbekalkan 4 pasang baju raya baru...hehehe...
Namun, disebabkan terlalu keletihan dan kepenatan pd hari raya pertama dan kedua (penat basuh pinggan dan melayan sedara mara yg dtg), saya demam dan tidak dpt bangun selama 2 hari berikutnya...dan pd hari raya ke3, saya gagahkan jua diri utk menghadiri majlis pertunangan kwn saya, Cik Akmar @ Minah di Tg Karang...dan waktu itulah barulah saya dpt pakai baju raya ok!

Balik semula ke Shah Alam, pd hari Ahad dan bekerja semula pd hari Isnin dlm keadaan yg masih tidak sihat..Sampai opis, sungguh gembira sbb dpt duit raya dr boss lama..huhuhu...bestnya!
Duit raya saya yg ke3...syukur...sekurang2nya masih dpt duit raya walaupun dah besar! ;p
Thanks boss! (actually ex-boss sbb beliau telah resigned, skrg aku masih tadak boss kat opis dah sebulan lebih nih!)

Kalau sebut hari raya tu, mcm biasa laa...mesti banyak sgt rmh2 terbuka ni...dan semestinya di hujung2 minggu...Jadi, di hujung minggu pasti ke rmh terbuka...huuuu...dpt makan free! hehe...sangat penting bagi org bujang yg duduk di rmh sewa spt saya, buleh bajet duit makan nih..

Juga sibuk menghadiri majlis2 perkahwinan rakan2... (akan dikemaskini kemudian laa + letak gambar nnti) =)
Aduuuhhhh...tiba2 tangan saya rasa sgt lemah utk menaip lagi banyak cerita... (alasankah sbb mmg malas??) ;p

Yang penting...walaupun saya tidak dpt beraya sakan spt yg diharapkan, namun saya tetap gembira dan bahagia di Syawal 1430H ini kerana dpt berkumpul dgn semua ahli keluarga...
Dan saya sgt bersyukur kerana masih diberi peluang olehNYA utk menyambut Syawal lagi utk kesekian kalinya dlm hidup saya...
Alhamdulillah...
Sebab...saya sendiri tidak tahu sama ada masih adakah SYAWAL lagi utk saya pd thn hadapan...
kan?

** salam aidil fitri...