Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan...

Salam Ramadhan buat semua umat Islam...

Sabda Nabi SAW;
Diberi kpd umatku 5 perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya,
1) Bau mulut org berpuasa lebih harum drp kasturi di sisi Allah
2) Segala perbelanjaan dan derita lepas puasanya adalah Syurga balasannya
3) Diampunkan dosa-dosa mereka pd malam Lailatul Qadar
4) Amalan yg dilakukan pd bln Ramadhan digandakan kpd 10-700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kpdnya yg berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnya keranaKu
5) Dan mereka dikurniakan nikmat kpd mereka keseronokan ketika berbuka & ketika menemui Tuhan di Akhirat

Marilah sama-sama kita menambah pahala di bulan yg mulia ini...

Selamat Berpuasa!
* Jangan lupe bangun sahur ya!
* Pegi solat terawikh! =)

Wednesday, August 12, 2009

Berhati-hati... H1N1

H1N1...

Setiap hari saya mengikuti berita perkembangan penyakit ini, penyakit dunia yang semakin menular di serata dunia dan membunuh pelbagai golongan masyarakat. Penyakit yang kita sendiri tidak tahu penghujungnya, dan bilakah pengakhirannya...

Semua golongan tidak terkecuali berisiko dijangkiti penyakit ini..Hanya bergantung pada daya ketahanan diri individu serta kehendak dariNYA... Namun, sebagai seorang manusia, kita harus ada usaha untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti dan menjaga diri kita sendiri daripada mendapat penyakit ini, juga atas kehendakNYA...

Setiap hari, saya cuba mendapatkan dan mengumpulkan info + maklumat mengenai cara pencegahan dan pengelakan penyakit ini...Sebagai manusia, kita perlu berusaha, walaupun kita sendiri tidak tahu apa kesudahannya...

Alhamdulillah, saya baru sahaja pulih daripada demam, batuk dan sakit + bengkak tekak..
Tapi, saya tidak positif penyakit ini, bermakna saya hanya demam biasa yg mungkin disebabkan jerebu yg melanda shah alam..

Semasa saya berjumpa doktor, beliau menasihati saya agar membanyakkan minum air masak setiap hari... Selain itu, minum juga air 100 Plus... Saya mengamalkan nasihat doktor ini, dan hasilnya, bengkak di anak tekak saya cepat pulihnya...Alhamdulillah...

Selain itu, saya juga ada mendapat pelbagai email berkenaan pencegahan penyakit ini..
Antaranya ialah berkenaan dengan mengamalkan doa ini selalu;






Banyakkanlah membaca doa perlindungan ini serta minumlah air susu dan makanlah buah-buahan segar terutama buah epal hijau. Makanlah sekurang-kurangnya 6 biji epal hijau sehari, dan blend buah ini dan minum airnya + berselawatlah 3x, Insya Allah...
Selain epal hijau, amalkan jua minum jus oren segar (fresh orange). Sekiranya anda mempunyai anak yg berusia 1-12 thn, berilah mereka makan Scott Emulsion (Orange flavour).

Menurut kajian, makan dan minum makanan yg berunsur buah2an, mampu untuk membersihkan atom2 H1N1..Tetapi, saya bukan seorang doktor pakar atau seorang yg banyak ilmu mengenai hal ini. Namun, sebagai seorang manusia...tidak salah rasanya jika kita mencuba selagi ianya tidak memudaratkan dan menyusahkan..betul tak?

Kepada semua, berhati-hatilah dengan orang sekeliling kita... (mungkin mereka penyebar virus ini!)
Banyakkan minum air masak, dan mandilah selalu...
Berdoalah kepadaNYA agar kita sentiasa dilindungi daripada virus bahaya ini!