Monday, July 27, 2009

terimbas..Al-Fatihah..

Sedang saya menggodek2 @ menggodam2 folder dan file dlm pc di opis dan pen drive lama saya, tiba2 saya terjumpa satu gambar ini..
Hati saya rasa sebak + pilu dan sangat sedih apabila menatap gambar ini...

Gambar yg semestinya mengingatkan saya pd seseorang...
Gambar yg mengimbau dan mengimbas kenangan zaman2 persekolahan..zaman2 riang remaja sekolah...
Saya rasa ia bukan sahaja mengimbas kenangan saya seorang, tetapi rakan2 lain di SMKAKS dahulu...


Arwah & Saya ketika berusia 18 tahun...



Ya...inilah gambar yg mengimbau dan mengimbas kenangan saya, dan mungkin rakan2 lain juga...
Inilah rakan sekolah saya dahulu, dari form 1 - 5 dahulu...

Allahyarham Mohd Syukri Bin Senin...

Gambar ini diambil semasa majlis Gathering Ke2, Batch PMR 98 & SPM 2000, SMKAKS di Laman Seri, Shah Alam (tepi tasik Shah Alam). Saya dan arwah telah mendapat Anugerah Makan Paling Sopan...huhu...
Allahyarham telah meninggalkan keluarga, rakan2 dan alam ini pd tahun 2002 yg lalu... (kalau tak silap, thn 2002 kot, ketika waktu itu sibuk dgn World Cup). Terlibat dlm nahas jalan raya, di lebuhraya, ketika dlm perjalanan pulang dr Melaka ke Shah Alam.

Ketika itu, arwah baru sahaja transfer dr UiTM Dungun ke UiTM Melaka. Dan hanya kami ber2 shj yg berada di UiTM Melaka (rakan sekolah), jd tak hairanlah kalau kami sering berjumpa dan borak2 kosong di cafe atau di kampus kalau berjumpa..

Arwah mmg agak rapat dgn saya sejak di sekolah lagi, maksud saya, rapat sbg seorang rakan, walaupun kami tak pernah pun satu kelas. Namun, mungkin sbb arwah mmg seorang yg sgt 'happening' dan gila2 orangnya, serta suka tegur-menegur org lain, membuatkannya disukai ramai dan mudah didampingi oleh org lain...


Perkara yg paling saya ingat dan tak dpt saya lupakan, 2 hari sebelum kejadian, (arwah meninggal pd hari Jumaat), arwah ada menelefon saya. Arwah ingin berjumpa dgn saya di cafe, sekadar ingin berborak2 kosong dan menemankannya makan malam. Tetapi, saya menolak kerana ingin menyiapkan assignment yg perlu dihantar pd esok harinya. Kemudian, pd hari Khamis malam, saya pula mengajaknya sbb tidak dpt berjumpa pd hari sebelumnya. Arwah pula tidak dpt, kerana ingin menonton Piala Dunia pd mlm itu. Jadi, hinggalah ke saat akhir hayatnya, kami tidak dpt berjumpa dan berborak2 kosong setelah beberapa kali merancang! (sangat saya terkilan...dan sedih...)


Seingat saya, kali terakhir saya berjumpa arwah, ketika di foyer Blok Akademik, UiTM Melaka. Ketika itu saya sdg duduk2 di foyer bersama rakan, utk menunggu bermulanya kelas seterusnya.
Tiba2 arwah muncul, dan duduk di hadapan saya dan berkata, "Ooiii ngah...sehat btol ko sejak dok Melaka ni ye...! Ni mesti ko kuat makan kat sini, kan?"

Mcm biasa, semua org kenal arwah dr dulu...suka berckp kuat mcm satu negara nak dgr dan akan tergelak2 kuat2... Hmm...tapi, saya mmg dah faham perangainya dan tak pernah pun nak ambil hati..

Saya hanya menjawab, "Ye laa..kat sini makanan sedap2, murah plak tu...Tu yg aku semakin sehat..Ok la, drpd kurus kering, nnti orang ckp aku tak cukup makan plak, kan?"

Huu..lagi laa arwah tergelak2 besar kat foyer tu, sampai semua orang pun pandang..Hehehe...saya pun turut tergelak2 dan menganggap itu hanyalah gurauan biasa "Syukri" yg dr dulu suka sgt menyakat orang! =)


Saya amat terkejut mendengar berita di kolej (announcement) tntg kemalangan yg sekaligus meragut nyawa arwah...Memandangkan berita itu saya hanya tahu sudah ptg, memang tak sempat utk terus bergegas pulang ke Shah Alam. Saya dan Zaim (dari MMU) akhirnya bercadang utk menaiki bas paling awal ke Shah Alam dari bandar Melaka. Kami sgt berharap agar sempat utk melihat jenazah buat kali terakhir...
Tetapi, malangnya...kami tidak sempat...Kami tiba setelah jenazah sudah selamat dibawa ke tanah perkuburan... =(


Bagi saya, arwah Syukri adalah seorang rakan yg baik..
Walaupun arwah mmg suka menyakat orang dan kdg2 bermulut 'laser', tetapi bg saya itu semua mmg sikapnya yg semulajadi dan bersahaja. Itulah yg membuatkan arwah dikenali sbg "Syukri"... Secara jujurnya, saya tidak pernah pun ambil hati dgn segala kata2nya dan gurauannya itu sepanjang saya mengenali arwah...

Entry ini didedikasikan khas buat Arwah...
Semoga roh mu dicucuri Rahmat Allah SWT dan semoga tenang di alam sana...
Al-Fatihah...

Saturday, July 18, 2009

Kenduri Kawen Yg Lampau

# 101


Ini adalah entry saya yg ke 101..

Huuu...punya laa sikit! Walaupun dah 2 thn ada blog! (adakah ini menunjukkan saya seorang yg mempunyai sikap malas?? ataupun menunjukkan saya seorang yg komited kpd kerjaya, sehingga tiada masa utk mengapdet2 blog?) huuuu...

Pada entry kali ini, saya ingin mempamerkan antara wedding2 yg dijalankan secara serentak pd tarikh yg sama...(yg saya terima kad la)



- 30 Mei 2009 -
(1) Farah @ Poonz (Kedah)
(2) Tugiman (Bkt Changgang)


- 31 Mei 2009 -
(1) Shima @ my sister (Kg Kuantan)
(2) Hazwany Alwi (Muadzam Shah)
(3) Zatul Iffah (Taiping)

Cuba teka? Antara semua wedding tersebut, mana yg saya pegi???
Huhu...teka..teka..Tet...tet...
Mesti laa aku tak pi mana2, kan? Mesti laa aku berada di wedding adik aku, kan? =)








Ini ialah gambar perkahwinan sahabat saya dr skolah menengah hingga saat ini. Beliau bernama Farah dan telah berkahwin dgn pilihan hatinya, En. Anas. Beliau bernikah pd 29 Mei 09 dan majlis pd 30 Mei 09 yg lalu di Kedah. Saya amat sangat terkilan kerana tidak dapat menghadiri majlis beliau yg gilang-gemilang itu disebabkan rumah saya juga mengadakan kecduri kawen adik saya (bukan saya ya!). Sama cantek, sama padan mereka ini! Saya mendoakan agar mereka bahagia hingga ke akhir hayat serta mendapat baby yg comei2...ameen...
** poonz, sowi...aku curik gmbr ni kat blog ko! ;p






Ini pula rakan sekerja saya dahulu di MSU. Nama beliau ialah Zatul Iffah. Sekarang beliau menjadi lecturer di UiTM Dungun dan telah berkahwin dgn pilihan hatinya, saya tak ingat lak nama suami beliau ni. Majlis beliau berlangsung pd 31 Mei 09 (ahad) di Taiping, Perak.
Saya doakan mereka bahagia sampai bila2...







Ini pula rakan segedikz saya semasa di UiTM Shah Alam. Beliau bernama Nur Hazwany Alwi dan sekarang bertugas sbg pendidik anak bangsa @ chekgu di Johor. Kami sekelas semasa mengambil BASc di UiTM dan saya selalu juga menumpang skuter ego beliau yg pernah hilang, pastu boleh jumpa balik lepas 3 bulan (aku takkan lupa kejadian nih Wany!). Beliau juga telah melangsungkan perkahwinan pd 31 Mei 09 di Muadzam Shah, Pahang dgn jejaka pilihan hatinya. Saya mendoakan beliau berbahagia hingga ke akhir hayat dan diharap tidak menggedikz2 lagi spt masa zaman2 belajar dulu ya! Hehehe...



Ini ialah adik saya yg kedua, iaitu anak ke4 dlm keluarga, Norashimah. Beliau telah selamat dinikahkan dan melangsungkan perkahwinan pd 31 Mei 09 yg lalu di rmh kami, Kg Kuantan Kuala Selangor. Beliau berkahwin dgn pilihan hati yg berasal dr Pahang. Saya tidak kisah walaupun sudah 2 org adik saya telah berkahwin dan 'langkah bendul', sebab saya untung dpt macam2...cincin, kain, tudung...
Sekarang adik saya telah menetap di Pahang, dan tiadalah saya kawan utk pergi tengok wayang sama2, karaoke, balik kg dan rakan utk tawaf MidValley & KLCC lagik!!!
Waaaaaaaaa...





Ini ialah gambar kami sekeluarga bersama kedua pengantin, termasuk abg ipar dan adik2 ipar saya. Tetapi, seorang adik saya, Hanif tiada dlm gambar sebab masa kami amek gambar ni, dia pegi mana ntah, tak dpt carik! Siannya Hanif...
Dari kiri (berdiri) : Manja (adik pompuan bongsu), Mak, pengantin lelaki (Azahar), Abg Apeng (abg ipar), pengantin pompuan (Shima), Bapak & Mamat (adik ipar)
Dari kiri (duduk) : Ayong (akak sulung), Haziq (adik bongsu), Saya & Alang (adik bwh saya)Tiada dlm gambar : Hanif @ Abg Mok


Selain itu, pd tarikh 30 Mei 09 (sabtu) seorang rakan sekelas masa sekolah menengah saya juga turut melangsungkan perkahwinannya, iaitu Tugiman Sabudin. Majlis beliau diadakan di Bkt. Changgang, Banting. Beliau berkahwin dgn wanita pilihan hati yg berasal dr Pulau Pinang, tp tak ingat nama dia la...
Saya tidak dpt mengaplod gmbr perkahwinan beliau sebab tak jmpe pun kat mana2...
Apa2 pun, saya mendoakan agar beliau dan isteri hidup bahagia sehingga ke akhir hayat...


Memang sungguh banyak kenduri kawen yg berlangsung pd waktu itu memandangkan pd waktu itu ialah cuti sekolah. Saya mohon maaf pd rakan2 yg saya tidak dpt hadir ke perkahwinannya. Tetapi, yg pasti, saya akan sentiasa mendoakan agar anda2 semua berbahagia hingga akhir hayat dan sentiasa di bawah Rahmat & perlindunganNYA...
Ameen....


** sape nak kawen, jgn lupe jemput aku ya! =)

Saturday, July 4, 2009

Durian, Coklat & Ais Krim...

Huh...lama sungguh saya tidak menjenguk blog ini serta mengapdetnya..
Saya rasa sudah bersawang-sawangan... =)
Kesibukan bekerja serta permasalahan mengakses website tertentu di opis membataskan saya untuk selalu mengapdet blog seperti puan-puan : Pn Farah, Pn Rafidah, Pn Nadiah dan Pn Amrah...
Walaupun mereka sudah bergelar puan, namun kegagahan serta ketekunan mereka mengemaskini blog, friendster dan facebook amat mengagumkan dan menterujakan saya...
--> huhu...ni ayat pujian secara ikhlas ya...menunjukkan betapa gigihnya anda... =)

Maka, di pagi Sabtu yg tak berapa nak bizi sangat ni, saya cuba mencari topik utk mengapdet blog yg semakin bersawang spider ni..

Antara durian... coklat... dan ais krim... (tajuk mcm karangan ke novel?)
Antara ketiga-tiga ini, apakah yg menjadi pilihan serta kegemaran anda?
Saya terfikir secara tak sengaja, kenapa semua orang suka makan durian, coklat dan ais krim?
Mungkin ada yg suka salah satunya, kedua-dua ataupun ketiga-tiganya sekali...
Tetapi, tidak bagi saya! Antara ketiga-tiga makhluk tersebut, hanya ais krim sahaja yg menjadi pilihan saya...

Durian...si raja buah?
Memandangkan sekarang mungkin musim durian kot...sampai kepala saya pening melihat begitu banyak buah durian dijual di tepi-tepi jalan terutama sekali di sekitar daerah Kuala Selangor. Tidak di situ sahaja, di tapak pasar Seksyen 7 juga menjadi port utama peniaga buah durian menjual duriannya setiap hari dan setiap masa.
Kepada sesiapa yg nak beli durian, cari je kat Seksyen 7 (dekat2 Medan Selera)

Aduhhh...saya sangat-sangat tidak dapat menghidu bau durian yg sangat kuat, membuatkan kepala saya pening, apatah lagi utk makan secara bersungguh2 seperti org lain. Bukannya saya tidak boleh makan langsung buah durian, tetapi saya tidak terlalu gemar, saya hanya mampu makan beberapa ulas sahaja dan makan sekiranya dicampur dlm bubur. Saya sendiri tidak faham, kenapa saya tidak seperti org lain yg sungguh2 menggemari buah durian sampai demam-demam disebabkan makan durian.
Seingat saya, semasa di zaman kanak-kanak saya amat menggemari raja buah ini, sehinggakan saya pernah demam seminggu disebabkan terlalu panas.
Semenjak itu, saya mengurangkan makan buah durian ditambah lagi saya tinggal di asrama yg sememangnya membataskan saya menjumpai buah yg berduri ini. Dan akhirnya saya langsung kurang meminati raja buah ini disebabkan saya tidak tahan baunya yg menusuk hidung!
Tahniah buat mereka yg sangat meminati raja buah ini!!! =)

Begitu jua dgn coklat!
Ada org kata, "chocolate is heaven..." --> ya kah???
Sejak kecil, saya mmg tidak sukakan coklat! Mungkin semasa kecil2, cikgu saya selalu berpesan supaya "jangan makan coklat, siapa makan nnti gigi berulat" membuatkan saya takut utk makan coklat...sebab ada perkataan "ulat"!!! Huh...saya membayangkan ulat-ulat ada dalam mulut sendiri!!! Geliiisssss...
Jadi, janganlah hadiahkan atau bagi saya coklat, mesti saya akan bagi pada orang lain pulak!

Tetapi, ini bukanlah bermaksud saya langsung tak pernah makan dan merasai bagaimana rasanya coklat itu...pernah laa jugak...cumanya saya akan makan kunyah scr perlahan2 dan dalam kuantiti yg sgt sedikit, sekadar merasa sahaja.
Seingat saya, semasa di sekolah menengah, org yg paling bertuah yg akan mengambil serta menghabiskan semua coklat bar yg saya dapat dr sesiapa adalah Adik @ Aimi. Beliau lah org yg paling gumbira sekiranya secara selamba saya menghulurkan 2-3 bar sekaligus coklat2 yg saya terima, kan Poonz??
Dan saya pula hanya memerhatikan saja reaksi beliau mengunyah coklat itu dgn penuh perasaan, sedangkan saya tiada apa2 perasaan dan hanya membayangkan akan terkumpullah ulat-ulat dlm mulut! (huh...mati aku kalau Adik tau yg selama ni itu yg aku pikir setiap kali org kunyah coklat!)
Tetapi, sebenarnya saya sendiri tiada alasan yg spesifik utk menyatakan kenapa saya tidak sukakan coklat! Ada org mengatakan saya ingin berdiet la, tak nak gemok la, nak jaga gigi la dan mcm2 lagi! Namun yg pastinya, saya sendiri tiada alasan yg sgt kukuh...

Jika ada yg bertanya, "kenapa ko tak makan coklat?"

Hanya ini yg mampu saya jawab... "Aku tak suka!"

Jadi, Tahniah juga kepada mereka yg sgt menggemari coklat!

Ais Krim...
Huu...memang menjadi kegilaan saya! Tetapi, sudah pasti bukan ais krim yg ada coklat ya! =)
Saya sgt suka makan ais krim, penuh dgn kesejukan...huhuhu...sedapnya!!!

Semasa di sekolah menengah, seingat saya setiap kali sebelum masuk prep petang, saya pasti akan membeli ais krim terutama bersama Bitun dan duduk di tepi2 tembok sambil memerhatikan @ mengushar adik2 junior lelaki... (aktiviti wajib kitorang masa sebelum prep ptg..kantoi plak! hehehe)
Lepas tu, satu ais krim lagi ketika balik prep malam! Huu..tapi yg ni bukan laa setiap malam, kalau tak, mau kembong perut asik makan ais krim je malam2...

Dan juga pernah kitorang (saya, Poonz & Adik) secara tamak nya telah membeli ais krim mangkuk besar (dulu2 mcm sgt kaya laa kalau sape makan eskem ni), simpan kat peti sejuk koop, habis prep malam, makan senyap2 ber3 kat belakang blok asrama! Dengan tujuan, tak nak bagi org lain mintak sebab kitorang tamak! (huh..betapa kejinya kita kan Poonz?? huhu)
Sehingga sekarang makan ais krim memang menjadi kegilaan dan kegemaran saya... (^_^)

Memang best sungguh dapat makan ais krim...
Perasaan ini hanya dpt digambarkan sekiranya anda sendiri merasainya... chewaahh...agaknya mcm ni jugak la perasaan anda yg menggemari durian dan coklat kan???
Jadi, belanja lah saya makan ais krim... pasti saya tidak akan menolak!!! ;p

Begitulah...
Setiap orang ada kesukaan dan kegemarannya tersendiri...
Dan setiap perkara itulah ada alasan dan sebabnya yg tersendiri...namun, kadang kala kita sendiri tidak tahu kenapa kita suka...gemar...tidak suka...tidak gemar...sesuatu itu...
Yang pasti, jawapannya ada dalam diri kita sendiri!


** Sape nak ajak aku gi tengok Transformers nih??? ;p