Friday, June 5, 2009

Tidak Sombong & Angkuh...

Janganlah kita bersifat sombong serta angkuh...

Ini adalah antara beberapa panduan daripada Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong serta angkuh ;


1- Jika kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita...


2- Apabila bertemu dengan orang tua pula, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat...


3- Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui berbanding kita...


4- Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui...


5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas segala kesalahannya...


6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah...





Oleh itu, janganlah selalu menganggap diri kita terlalu mulia dan sangat mulia di sisi manusia...kerana hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui tahap kemuliaan seseorang itu...
Dan jangan juga menganggap seseorang itu hina...kerana hanya Dia jua Yang Maha Mengetahui segalanya...




sekadar gambar hiasan...

>> sungguh pantas masa berlalu...tapi...aku masih di sini...