Thursday, May 21, 2009

Pisang dan Hati...

Ini cerita yang saya terima di email saya. Saya suka cerita ini...
Mari kita hayati bersama...
Begini ceritanya...

Azizah adalah seorang guru kelas Tadika. Pada suatu hari, dia telah menganjurkan satu permainan yang cukup menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid adalah diminta untuk membawa beg plastik yang berisi buah pisang yang tertulis nama-nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada keesokan harinya. Jadi, jumlah pisang yang mereka perlu bawa adalah bergantung kepada jumlah orang yang mereka benci.

Pada keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik yang berisi buah pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, lima biji, dan yang paling banyak lapan biji. Semuanya telah ditulis dengan nama orang-orang yang paling mereka benci.

"Sekarang kamu semua perlu simpan pisang itu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah peraturan permainan ini ya. Selepas seminggu, kita akan tahu apa keputusannya", kata Cikgu Azizah kepada anak-anak muridnya.
Kemudian, kanak-kanak tersebut pun menyimpan pisang masing-masing di dalam beg mereka serta mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan.

Hari demi hari berlalu. Pisang tersebut mula berbintik-bintik, lebam-lebam dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain daripada beg mereka berat, badan mereka juga berbau busuk. Ada yang menangis serta tidak mahu meneruskan permainan ini.

Seminggu telah pun berlalu. Pagi-pagi lagi anak-anak murid Cikgu Azizah sudah bersorak kegembiraan kerana permainan ini telah pun tamat. Tiada lagi beban yang perlu dibawa serta bau busuk.

"Okey anak murid semua.. Apa rasanya bawa pisang ke sana ke mari selama seminggu?", tanya Cikgu Azizah.

Kesemua mereka serentak mengatakan mereka tidak suka serta benci dengan permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan dipinggirkan. Lebih teruk lagi, mereka terpaksa tidur, mandi, makan, bermain dan menonton tv dengan bau busuk bersama.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati kita. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana sahaja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau busuk buah pisang itu hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian itu sepanjang hidup kamu.." , beritahu Cikgu Azizah kepada murid-muridnya.

Cikgu Azizah mengingatkan anak muridnya agar membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan itu adalah yang terbaik dan menyayangi itu adalah lebih baik daripada membenci...

Oleh itu, sayangilah sesama insan...

>> masa berlalu begitu pantas... aku masih di sini...huh...

Wednesday, May 6, 2009

Cerita Lama ke Perlis - Part 2

Ini sambungan daripada entry yg lalu..
Cerita bergambar laa..senang sket..

Ini adalah hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.. Ada 9 hantaran kalau tak silap saya.. Saya sungguh berminat dengan bekas hantaran kayu itu..sangat menarik! Menurut Hani, bekas kayu itu diborong di Padang Besar..

Pada malam pernikahan Hani.. Ini gambar ketika selepas akad nikah, beliau menerima mas kahwin berjumlah RM5,555.55...Gambar kurang jelas kerana kamera yg digunakan amatlah 'canggih'...hehehe..


Saya & Kak Earni pada malam majlis pernikahan Hani (pengantin perempuan). Berposing sebelum beliau diijab kabulkan...


Ini gambar di majlis resepsi Hani di Hotel Putra Palace, Kangar..satu-satunya hotel yang ada di negeri Perlis? ;p



Sedapnya air bandung itu...huhuu...Yang kaler hijau tu adalah gift untuk para tetamu yg hadir pada malam resepsi pengantin..



Gambar pengantin ketika bersanding. Gambar sungguh tak clear sebab kamera yang amat 'canggih'.. Takpe, nanti saya akan beli kamera yang benar2 canggih suatu hari nanti...hehe...


Bas Transnasional yang membantutkan perjalanan pulang kami... rosak di Kedah, saya pun tak ingat di mana.. tapi, yang penting kerosakan bas ini menyebabkan saya mengambil mc keesokan harinya kerana terlalu keletihan dan betapa bestnya rasa bercuti di weekdays, tapi tak sakit, pastu jalan2 gi jusco!!! hehehe...

Memang sangat seronok sekiranya anda dapat berjalan2, dan menghabiskan masa dengan bersiar2 di hari yg sepatutnya anda bekerja..sebab, anda tidak perlu bersesak2 dengan orang ramai!!! Oleh itu, sekiranya anda ingin sekali merasai suasana ini, ambil la mc! hehehe...

** bz sungguh di kala ini!