Friday, March 20, 2009

Foto - Wedding Hezlin @ Elyn

Majlis perkahwinan : Hezlin @ Elyn dan Muhammad Haikal
Tarikh : 1 Mac 2009
Tempat : Telok Panglima Garang

Antara foto-foto semasa majlis tersebut...












Penat sungguh mengaplod gambar2 ini...
Ini sahaja yg mampu saya aplod...
*** To Elyn & Husband : May Allah bless both of u...

Thursday, March 5, 2009

Perjumpaan di KLCC

Bermula dengan berbalas-balasan sms dan komen di blog, Onique mencadangkan agar diadakan pertemuan atau perjumpaan dengan rakan-rakan lama kami yang telah terpisah sejak selepas tamat PMR dahulu. Ditambah pula dengan beliau yang ada banyak masa lapang memandangkan beliau masih lagi mencari-cari pekerjaan baru serta sangat sibuk menghadiri sesi temuduga yang tidak terduga..
Secara tidak langsung, saya dan Onique menjadi pihak penganjur dalam perjumpaan ini.
Setelah berusaha menjejaki rakan-rakan (x-2A & x-3A), akhirnya hanya saya, Onique, Qiena, Dayang dan Kenet sahaja yang dapat meluangkan masa untuk menghadiri perjumpaan ini. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim antara kami (dah bertahun-tahun tak jumpa!) serta bertukar-tukar cerita tentang kehidupan masing-masing (ala-ala bergossip!) =)
Perjumpaan telah diadakan pada 22 Februari 09 (Ahad), bertempat di KFC, KLCC dan bermula pada jam 11 pagi.
Sungguh teruja perasaan saya pada hari itu kerana tidak sabar-sabar rasanya ingin bertemu rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa dan mendengar cerita-cerita terbaru mereka. Terutamanya Dayang dan Qiena yang telah pun mendirikan rumahtangga. Qiena datang ditemani suaminya manakala Dayang datang bersendirian dengan membawa album-album perkahwinan beliau. Saya dan Onique datang menaiki putra lrt, manakala Kenet memandu bersendirian dari KL.
Antara foto-foto yang sempat dirakamkan sepanjang perjumpaan ala kadar itu. Tak sangka, semuanya masih lagi seperti dulu...'sawan gambar'!!! hehehe...
Suria KLCC - foto diambil di depan taman KLCC




Yang hadir (dari kiri - duduk) - Saya, Qiena, Onique.
(dari kiri - atas) - Dayang & Kenet





Qiena dan suaminya, En Faizal (ustaz yg cool)





Saya dan Onique yang sangat gembira mengambil gambar sendiri... (gambar gedikz!)



Saya dan Dayang yang telah bergelar Puan Dayang...





Saya dan Puan Qistina @ Qiena yg sdg pregnant 2 bln...





Saya dan Cik Najiah @ Kenet yg serba hitam...



Ini gambar outdoor...di taman KLCC...
Onique masih gedikz seperti dulu...hehehe....




Saya dan Dayang...ala-ala gambar outdoor ...

(ada album kawen Dayang dalam beg yang dikendongnya itu)



Pose outdoor yang sangat saya suka...berlatar belakangkan air pancut...
semua orang dah gosok gigi ya??? =)


Cenderamata tanda ingatan yang sempat disediakan oleh pihak penganjur
untuk mereka yang hadir - bookmark dan sapu tangan yang comel...



Perjumpaan tersebut sangat menyeronokkan dan menggembirakan walaupun tidak lama. Sekurang-kurangnya kami dapat berkongsi-kongsi cerita serta mengenang kisah-kisah silam di zaman persekolahan dulu...
Kepada mereka yang hadir, terima kasih banyak-banyak dan semoga kita semua dirahmati Allah SWT selalu dan bahagia sentiasa hendaknya...
Frenz Forever...

** Onique - bila nak jadik penganjur lagi??? huhuu....dah siap baju kurung??? ;p