Wednesday, September 16, 2009

Buka Puasa - 1

Ramadhan masih berbaki lagi 3 hari...
Kalau bulan Ramadhan ni, bercerita tentang Terawikh...malam Lailatul Qadar... 7 likur laa (aku sendiri pon x tau ape sbnrnya 7 likur nih!) dan yg paling best...berbuka puasa @ Iftar!!!
Pada Ramadhan thn ini, alhamdulillah...saya berkesempatan berbuka puasa bersama rakan2 rumah dan rakan2 sekerja di pelbagai tempat..Sekadar untuk berbuka bersama2 di samping mengeratkan lagi silaturrahim sesama kami...

Hanya berbuka di sekitar Shah Alam dan dekat2 kwsn rmh shj; Anggerik Mall, Plaza Alam Sentral, Padang Jawa, Big Plate dan Hilton Hotel...Memang seronok berbuka secara beramai2 @ berjemaah ni...
Saya dan rakan2 serumah selalu juga berbuka di luar, kadang2 kami juga pergi bersahur diluar...sbb takde siapa pun yg ada masa dan ada idea nak masak sendiri..Kami juga selalu ke Masjid Negeri utk menunaikan Terawikh di sana, memandangkan kat sana mmg selesa dan jauh dr kebisingan kanak2 bermain mercun dan berlari2an ketika org sdg menunaikan solat mcm kat surau berdekatan rmh kami! Tensen sungguh ngn kanak2 ini!
Antara foto2 semasa keluar berbuka bersama rakan2 serumah (yg sempat bawak kamera la). Gambar mknn x sempat plak nak snap sbb dah x ingat..sibuk nak makan je..Huhuhu...

Ni kat food court Anggerik Mall... (atas dr kiri - Fanny & Syu, duduk dr kiri - saya, Azie & Anis)Kat sini menu yg paling best, murah serta berbaloi adalah Western Food nya serta jus mango! terutama ialah Chicken Chop yg best, hanya berharga RM8 shj, manakala jus mango asli yg terdapat sekali ricihan2 mangga berharga RM2 shj.. (adakah aku sdg mempromosi mknn di situ? huuu...)

Ye...inilah jus mango yg dinyatakan...berserta set chicken chop yg x clear sgt gambarnya...Model tersebut adalah Syu yg menunjukkan keadaan makanan dan minuman tersebut sungguh sgt lazat! (tapi, beliau ni mcm nak posing cantik jerk! hehe..)


Gambar di atas menunjukkan 2 org perempuan yg berbaju hitam sedang menanti waktu berbuka di samping menunggu kedatangan makanan yg diorder. Dlm gambar itu juga kelihatan 2 gelas jus mango, teh ais dan kuih-muih.. Perempuan tersebut adalah Fanny dan Syu (manusia yg suka sgt nak interprem muka! heh)

Ini adalah kali ke-berapa ntah kami berbuka lagi di Anggerik Mall... Kalau rasa nak berbuka makan Western Food, tp x high cost sgt, di sini la kami akan pergi...Kelihatan jus mango (again!), teh bunga, bandung cincau @ bancau, carrot susu dan kuih-muih sebagai pembuka juadah..
Dari kiri - saya, Anis, Azie dan Lela.


Saat menanti azan berkumandang serta kedatangan makanan yg diorder, kita perlu ambik gambo dulu!!! hehehe...
Sedapnya jus mango itu!!! =)

Ahli2 rumah yg sentiasa bersama2 membayar duit rumah sewa...hehehe...
Ambik gambar lepas dah setel makan...dan balik! Ready to Masjid Negeri ok!
Seronok tau berbuka puasa bersama rakan2...
** berbuka seadanya...
** dah nak raye rupanya! =)

No comments: