Monday, July 27, 2009

terimbas..Al-Fatihah..

Sedang saya menggodek2 @ menggodam2 folder dan file dlm pc di opis dan pen drive lama saya, tiba2 saya terjumpa satu gambar ini..
Hati saya rasa sebak + pilu dan sangat sedih apabila menatap gambar ini...

Gambar yg semestinya mengingatkan saya pd seseorang...
Gambar yg mengimbau dan mengimbas kenangan zaman2 persekolahan..zaman2 riang remaja sekolah...
Saya rasa ia bukan sahaja mengimbas kenangan saya seorang, tetapi rakan2 lain di SMKAKS dahulu...


Arwah & Saya ketika berusia 18 tahun...



Ya...inilah gambar yg mengimbau dan mengimbas kenangan saya, dan mungkin rakan2 lain juga...
Inilah rakan sekolah saya dahulu, dari form 1 - 5 dahulu...

Allahyarham Mohd Syukri Bin Senin...

Gambar ini diambil semasa majlis Gathering Ke2, Batch PMR 98 & SPM 2000, SMKAKS di Laman Seri, Shah Alam (tepi tasik Shah Alam). Saya dan arwah telah mendapat Anugerah Makan Paling Sopan...huhu...
Allahyarham telah meninggalkan keluarga, rakan2 dan alam ini pd tahun 2002 yg lalu... (kalau tak silap, thn 2002 kot, ketika waktu itu sibuk dgn World Cup). Terlibat dlm nahas jalan raya, di lebuhraya, ketika dlm perjalanan pulang dr Melaka ke Shah Alam.

Ketika itu, arwah baru sahaja transfer dr UiTM Dungun ke UiTM Melaka. Dan hanya kami ber2 shj yg berada di UiTM Melaka (rakan sekolah), jd tak hairanlah kalau kami sering berjumpa dan borak2 kosong di cafe atau di kampus kalau berjumpa..

Arwah mmg agak rapat dgn saya sejak di sekolah lagi, maksud saya, rapat sbg seorang rakan, walaupun kami tak pernah pun satu kelas. Namun, mungkin sbb arwah mmg seorang yg sgt 'happening' dan gila2 orangnya, serta suka tegur-menegur org lain, membuatkannya disukai ramai dan mudah didampingi oleh org lain...


Perkara yg paling saya ingat dan tak dpt saya lupakan, 2 hari sebelum kejadian, (arwah meninggal pd hari Jumaat), arwah ada menelefon saya. Arwah ingin berjumpa dgn saya di cafe, sekadar ingin berborak2 kosong dan menemankannya makan malam. Tetapi, saya menolak kerana ingin menyiapkan assignment yg perlu dihantar pd esok harinya. Kemudian, pd hari Khamis malam, saya pula mengajaknya sbb tidak dpt berjumpa pd hari sebelumnya. Arwah pula tidak dpt, kerana ingin menonton Piala Dunia pd mlm itu. Jadi, hinggalah ke saat akhir hayatnya, kami tidak dpt berjumpa dan berborak2 kosong setelah beberapa kali merancang! (sangat saya terkilan...dan sedih...)


Seingat saya, kali terakhir saya berjumpa arwah, ketika di foyer Blok Akademik, UiTM Melaka. Ketika itu saya sdg duduk2 di foyer bersama rakan, utk menunggu bermulanya kelas seterusnya.
Tiba2 arwah muncul, dan duduk di hadapan saya dan berkata, "Ooiii ngah...sehat btol ko sejak dok Melaka ni ye...! Ni mesti ko kuat makan kat sini, kan?"

Mcm biasa, semua org kenal arwah dr dulu...suka berckp kuat mcm satu negara nak dgr dan akan tergelak2 kuat2... Hmm...tapi, saya mmg dah faham perangainya dan tak pernah pun nak ambil hati..

Saya hanya menjawab, "Ye laa..kat sini makanan sedap2, murah plak tu...Tu yg aku semakin sehat..Ok la, drpd kurus kering, nnti orang ckp aku tak cukup makan plak, kan?"

Huu..lagi laa arwah tergelak2 besar kat foyer tu, sampai semua orang pun pandang..Hehehe...saya pun turut tergelak2 dan menganggap itu hanyalah gurauan biasa "Syukri" yg dr dulu suka sgt menyakat orang! =)


Saya amat terkejut mendengar berita di kolej (announcement) tntg kemalangan yg sekaligus meragut nyawa arwah...Memandangkan berita itu saya hanya tahu sudah ptg, memang tak sempat utk terus bergegas pulang ke Shah Alam. Saya dan Zaim (dari MMU) akhirnya bercadang utk menaiki bas paling awal ke Shah Alam dari bandar Melaka. Kami sgt berharap agar sempat utk melihat jenazah buat kali terakhir...
Tetapi, malangnya...kami tidak sempat...Kami tiba setelah jenazah sudah selamat dibawa ke tanah perkuburan... =(


Bagi saya, arwah Syukri adalah seorang rakan yg baik..
Walaupun arwah mmg suka menyakat orang dan kdg2 bermulut 'laser', tetapi bg saya itu semua mmg sikapnya yg semulajadi dan bersahaja. Itulah yg membuatkan arwah dikenali sbg "Syukri"... Secara jujurnya, saya tidak pernah pun ambil hati dgn segala kata2nya dan gurauannya itu sepanjang saya mengenali arwah...

Entry ini didedikasikan khas buat Arwah...
Semoga roh mu dicucuri Rahmat Allah SWT dan semoga tenang di alam sana...
Al-Fatihah...

1 comment:

nurul ayuni said...

angah... sedihnyerrr..~~~ :( ajal maut di tgn tuhan kan. moga roh nya dicucuri dan di rahmati Allah..