Saturday, July 18, 2009

Kenduri Kawen Yg Lampau

# 101


Ini adalah entry saya yg ke 101..

Huuu...punya laa sikit! Walaupun dah 2 thn ada blog! (adakah ini menunjukkan saya seorang yg mempunyai sikap malas?? ataupun menunjukkan saya seorang yg komited kpd kerjaya, sehingga tiada masa utk mengapdet2 blog?) huuuu...

Pada entry kali ini, saya ingin mempamerkan antara wedding2 yg dijalankan secara serentak pd tarikh yg sama...(yg saya terima kad la)



- 30 Mei 2009 -
(1) Farah @ Poonz (Kedah)
(2) Tugiman (Bkt Changgang)


- 31 Mei 2009 -
(1) Shima @ my sister (Kg Kuantan)
(2) Hazwany Alwi (Muadzam Shah)
(3) Zatul Iffah (Taiping)

Cuba teka? Antara semua wedding tersebut, mana yg saya pegi???
Huhu...teka..teka..Tet...tet...
Mesti laa aku tak pi mana2, kan? Mesti laa aku berada di wedding adik aku, kan? =)








Ini ialah gambar perkahwinan sahabat saya dr skolah menengah hingga saat ini. Beliau bernama Farah dan telah berkahwin dgn pilihan hatinya, En. Anas. Beliau bernikah pd 29 Mei 09 dan majlis pd 30 Mei 09 yg lalu di Kedah. Saya amat sangat terkilan kerana tidak dapat menghadiri majlis beliau yg gilang-gemilang itu disebabkan rumah saya juga mengadakan kecduri kawen adik saya (bukan saya ya!). Sama cantek, sama padan mereka ini! Saya mendoakan agar mereka bahagia hingga ke akhir hayat serta mendapat baby yg comei2...ameen...
** poonz, sowi...aku curik gmbr ni kat blog ko! ;p






Ini pula rakan sekerja saya dahulu di MSU. Nama beliau ialah Zatul Iffah. Sekarang beliau menjadi lecturer di UiTM Dungun dan telah berkahwin dgn pilihan hatinya, saya tak ingat lak nama suami beliau ni. Majlis beliau berlangsung pd 31 Mei 09 (ahad) di Taiping, Perak.
Saya doakan mereka bahagia sampai bila2...







Ini pula rakan segedikz saya semasa di UiTM Shah Alam. Beliau bernama Nur Hazwany Alwi dan sekarang bertugas sbg pendidik anak bangsa @ chekgu di Johor. Kami sekelas semasa mengambil BASc di UiTM dan saya selalu juga menumpang skuter ego beliau yg pernah hilang, pastu boleh jumpa balik lepas 3 bulan (aku takkan lupa kejadian nih Wany!). Beliau juga telah melangsungkan perkahwinan pd 31 Mei 09 di Muadzam Shah, Pahang dgn jejaka pilihan hatinya. Saya mendoakan beliau berbahagia hingga ke akhir hayat dan diharap tidak menggedikz2 lagi spt masa zaman2 belajar dulu ya! Hehehe...



Ini ialah adik saya yg kedua, iaitu anak ke4 dlm keluarga, Norashimah. Beliau telah selamat dinikahkan dan melangsungkan perkahwinan pd 31 Mei 09 yg lalu di rmh kami, Kg Kuantan Kuala Selangor. Beliau berkahwin dgn pilihan hati yg berasal dr Pahang. Saya tidak kisah walaupun sudah 2 org adik saya telah berkahwin dan 'langkah bendul', sebab saya untung dpt macam2...cincin, kain, tudung...
Sekarang adik saya telah menetap di Pahang, dan tiadalah saya kawan utk pergi tengok wayang sama2, karaoke, balik kg dan rakan utk tawaf MidValley & KLCC lagik!!!
Waaaaaaaaa...





Ini ialah gambar kami sekeluarga bersama kedua pengantin, termasuk abg ipar dan adik2 ipar saya. Tetapi, seorang adik saya, Hanif tiada dlm gambar sebab masa kami amek gambar ni, dia pegi mana ntah, tak dpt carik! Siannya Hanif...
Dari kiri (berdiri) : Manja (adik pompuan bongsu), Mak, pengantin lelaki (Azahar), Abg Apeng (abg ipar), pengantin pompuan (Shima), Bapak & Mamat (adik ipar)
Dari kiri (duduk) : Ayong (akak sulung), Haziq (adik bongsu), Saya & Alang (adik bwh saya)Tiada dlm gambar : Hanif @ Abg Mok


Selain itu, pd tarikh 30 Mei 09 (sabtu) seorang rakan sekelas masa sekolah menengah saya juga turut melangsungkan perkahwinannya, iaitu Tugiman Sabudin. Majlis beliau diadakan di Bkt. Changgang, Banting. Beliau berkahwin dgn wanita pilihan hati yg berasal dr Pulau Pinang, tp tak ingat nama dia la...
Saya tidak dpt mengaplod gmbr perkahwinan beliau sebab tak jmpe pun kat mana2...
Apa2 pun, saya mendoakan agar beliau dan isteri hidup bahagia sehingga ke akhir hayat...


Memang sungguh banyak kenduri kawen yg berlangsung pd waktu itu memandangkan pd waktu itu ialah cuti sekolah. Saya mohon maaf pd rakan2 yg saya tidak dpt hadir ke perkahwinannya. Tetapi, yg pasti, saya akan sentiasa mendoakan agar anda2 semua berbahagia hingga akhir hayat dan sentiasa di bawah Rahmat & perlindunganNYA...
Ameen....


** sape nak kawen, jgn lupe jemput aku ya! =)