Friday, June 5, 2009

Tidak Sombong & Angkuh...

Janganlah kita bersifat sombong serta angkuh...

Ini adalah antara beberapa panduan daripada Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong serta angkuh ;


1- Jika kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita...


2- Apabila bertemu dengan orang tua pula, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat...


3- Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui berbanding kita...


4- Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui...


5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas segala kesalahannya...


6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah...





Oleh itu, janganlah selalu menganggap diri kita terlalu mulia dan sangat mulia di sisi manusia...kerana hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui tahap kemuliaan seseorang itu...
Dan jangan juga menganggap seseorang itu hina...kerana hanya Dia jua Yang Maha Mengetahui segalanya...




sekadar gambar hiasan...

>> sungguh pantas masa berlalu...tapi...aku masih di sini...

3 comments:

Anti Wanita PLO said...

Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." (baca hingga ke akhir ayat) Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina 'Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol.

Allah s.w.t. mempertahankan kesucian 'Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah 'Aisyah itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda? Pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah sebaliknya.

Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir'aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula. Allahu A'lam.

Sebagai orang Islam. Agama dan Maruah kita hendaklah dijaga.
Dan sebagai orang Islam kita juga hendaklah selalu ingat mengingati antara satu sama lain bukannya nak menunjuk pandai.

tuan blog ini said...

salam anti wanita PLO yg saya tidak kenali..

ape maksud awak -> Dan sebagai orang Islam kita juga hendaklah selalu ingat mengingati antara satu sama lain bukannya nak menunjuk pandai.

adakah entri saya ini seperti saya ingin menunjuk pandai dan bukannya utk mengingati diri sendiri serta org lain? saya sekadar ingin berkongsi pengetahuan dgn org lain dan tidak berniat menunjuk pandai...
di samping utk mengapdet blog saya sendiri...
ape masalah awak?

kalau awak rasa awak sgt pandai dan byk sgt nak diperkatakan, buat blog sendiri..
jgn buat kacau di blog org lain...
sebab saya tak pernah kacau blog org lain serta langsung tak kenal pon awak...
di blog awak nnti, awak bebas nak tulis ape saje yg awak nak!
senang cerita!!

Kiasandra said...
This comment has been removed by a blog administrator.