Thursday, May 21, 2009

Pisang dan Hati...

Ini cerita yang saya terima di email saya. Saya suka cerita ini...
Mari kita hayati bersama...
Begini ceritanya...

Azizah adalah seorang guru kelas Tadika. Pada suatu hari, dia telah menganjurkan satu permainan yang cukup menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid adalah diminta untuk membawa beg plastik yang berisi buah pisang yang tertulis nama-nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada keesokan harinya. Jadi, jumlah pisang yang mereka perlu bawa adalah bergantung kepada jumlah orang yang mereka benci.

Pada keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik yang berisi buah pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, lima biji, dan yang paling banyak lapan biji. Semuanya telah ditulis dengan nama orang-orang yang paling mereka benci.

"Sekarang kamu semua perlu simpan pisang itu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah peraturan permainan ini ya. Selepas seminggu, kita akan tahu apa keputusannya", kata Cikgu Azizah kepada anak-anak muridnya.
Kemudian, kanak-kanak tersebut pun menyimpan pisang masing-masing di dalam beg mereka serta mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan.

Hari demi hari berlalu. Pisang tersebut mula berbintik-bintik, lebam-lebam dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain daripada beg mereka berat, badan mereka juga berbau busuk. Ada yang menangis serta tidak mahu meneruskan permainan ini.

Seminggu telah pun berlalu. Pagi-pagi lagi anak-anak murid Cikgu Azizah sudah bersorak kegembiraan kerana permainan ini telah pun tamat. Tiada lagi beban yang perlu dibawa serta bau busuk.

"Okey anak murid semua.. Apa rasanya bawa pisang ke sana ke mari selama seminggu?", tanya Cikgu Azizah.

Kesemua mereka serentak mengatakan mereka tidak suka serta benci dengan permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan dipinggirkan. Lebih teruk lagi, mereka terpaksa tidur, mandi, makan, bermain dan menonton tv dengan bau busuk bersama.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati kita. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana sahaja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau busuk buah pisang itu hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian itu sepanjang hidup kamu.." , beritahu Cikgu Azizah kepada murid-muridnya.

Cikgu Azizah mengingatkan anak muridnya agar membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan itu adalah yang terbaik dan menyayangi itu adalah lebih baik daripada membenci...

Oleh itu, sayangilah sesama insan...

>> masa berlalu begitu pantas... aku masih di sini...huh...

7 comments:

Julie said...

Tahu kah awak bahawa kawan sebilik awak tu Anur seorang perempuan Sundal.
bacalah:
ruzainisabdullah.blogspot.com

Dia adalah seorang pemusnah!

Anonymous said...

Tahu lama dah perangai memang macam tu. Tak sangka sampai dah tak ada maruah langsung

Zee said...

Macam manalah kawan kita tu dah jadi macam tu. Macam kisah Waheeda/Memey/Fasha eeeee bukan celebriti pun perangai macam ni.

luv_ma said...

angah....im here! eh apesal kes anor ni..uwaaa

Uitm said...

UWWWWWWWWWWAaaaaaaa. Apa nak jadi terkejut aku.

cik angah said...

aku pun tak tau ape jadi ngn dia..
aku dah x dpt kontek dia laa..
huuuu..sian gak...
ntah2 dia sendirik pon xtau dia telah dieksploitasi begitu..
mungkin...huuuuuu....

PRO said...

Angah oooi,

Bukan dia dieksploitasi lah. Ini kisah benar. Dia lah sesundal sundal manusia di tempat kerja kawan aku dulu. Tak payah nak kesiankan dia. Satu kampong dah tahu le. Sebagai kawan cari dia nasihatkan sikit. Muka dah lah buruk tak kan lah perangai pun sama. Dah lah satu batch dgn aku. Buat malu je.