Saturday, April 25, 2009

Cerita Lama ke Perlis - Part 1

Pada 6-9 Mac yang lalu (huuu...dah lama punye cerita nih!), saya telah jalan2 jelajah Perlis atas sedikit urusan kerja serta saje2 menggedik untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja saya di Kangar..Saya pergi bersama Kak Earni (yg juga rakan sekerja) dengan menaiki bas ekspress dari Sek 17 - Kangar pada malam 6 Mac..


Saya berasa amat teruja kerana sudah lama saya tidak 'travel' menaiki bas ekspress dan menghabiskan masa berjalan2, carik makan...carik pengalaman...Memang telah menjadi hobi saya berjalan2 serta menjelajah di negeri2 orang..Pernah suatu ketika saya travel seorang diri ke Kelantan selama 10 hari, hanya kerana ingin merasai erti jelajah / travel sebenarnya...


Kami tiba di Kangar lebih kurang sekitar jam 5 pagi, dan disambut oleh makcik Kak Earni..
Tak lengkap rasanya, jika anda travel ke mana2, tapi tidak mencuba makanan2 yang popular di tempat tersebut, kan? ;p
Begitu juga dengan saya dan Kak Earni, sagala makanan popular kami akan cuba!!! hehehe...
Maka, bermulalah aktiviti rasa pelbagai 'makanan' di negeri utara ini...




Setiba sahaja di stesen bas Kangar, kami terus men'tapau' makanan ini...saya sendiri tak pasti nama nasik ini...kalau tak silap saya Kak Earni kata namanya 'nasik ganja'...Ye kah? Kenapa 'ganja'? Adakah ia akan menyebabkan anda ketagih ingin lagi selepas sekali mencubanya???





Pada sebelah tengahari pula, saya dijamah dengan 'pasemboq'...Yang saya pasti, makanan ini seakan sama seperti rojak (jika di Selangor)...Sangat sedap!!!





Kemudian, saya juga tak terlepas merasa sendiri kelazatan laksa utara...Pergghhh...sangat sedap, sehingga teringat2 sehingga kini rasanya!!!





Ini pula 'pulut ayam'...Bagi saya, ia seakan2 seperti nasik ayam saja, bezanya hanya nasik itu diganti dengan pulut siam yang ditanak dan berwarna putih...sedap juga eh!! =)






Jika ke negeri Perlis Indera Kayangan, jangan lupa singgah ke Padang Besaq! Di sinilah aktiviti menghabiskan duit berlaku serta kerambangan mata untuk membeli pelbagai barangan!!!




Di entry ini saya hanya mampu mengaplod gambar2 makanan saja...hehehe...
Saya akan mengaplod gambar kawen rakan sekerja saya itu (Noorhani Izzati dan suaminya) pada entry akan datang...


Seronoknya kalau banyak duit, boleh jalan2 selalu + habiskan duit + tapi duit tetap banyak dan tak habis2 + tak payah keje penat2 + boleh makan macam2 = ade ke macam nih???
Huhuuhuuhu....



>> Sape2 rase nak travel, tapi tadak kawan...ajak la saya! heh...

No comments: