Wednesday, January 28, 2009

Wedding, Baby & Ikan...

(1) Wedding...
Saya telah menghadiri majlis perkahwinan senior sekolah menengah saya pada 26 Jan 09 bersamaan hari Isnin (hari raya cina) bersama Minah. Kedua-dua mempelai adalah senior satu sekolah, bercinta sejak di bangku sekolah lagi dan akhirnya ke jinjang pelamin..Alhamdulillah... =)
Pengantin lelaki : Muhammad Abdul Aziz (Mamat)
Pengantin perempuan : Nor Fadzlina Kernaini (Kak Fazz)
Lokasi : Tg. Karang, Selangor
Tema : Soft blue + white

(2) Baby...
Selepas menghadiri majlis perkahwinan tersebut, kami pergi ke rumah Irm, yang baru sahaja selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.59kg di Hospital Selayang pada 20 Januari baru-baru ini.
Nama bayi yang chomel itu ialah Aisyah Maisarah... (cute nya nama mcm orangnya...!)
Kepada rakan2, jika berkesempatan, sila lah melawat Irm dan baby nya yg chomel itu di Sawah Sempadan ya...

(3) Ikan...
Di rmh Irm, adik saya (Haziq) dan adik Minah (Aiman) sempat memancing di sawah, di sekeliling rmh Irm..
Hasilnya, mereka berdua berjaya mendapat 2 ekor ikan puyu setiap seorang. Ikan-ikan tersebut dibawa pulang oleh Haziq sebagai bukti utk berlagak kepada ahli-ahli keluarga yg lain...
Huhuhu...

Maka, cuti raya cina yg lalu, saya tidak beraya ke mana-mana (walaupun anak LEE)...hehe...
Hanya menghabiskan masa melakukan aktiviti2 yg berfaedah jua serta berehat2 di rmh sambil menonton televisyen...
Sila lihat gambar2 ini utk lebih kelihatan menarik... (^_^)




Mamat & Kak Fazz di atas pelamin...



Gambar agak gelap sket sbb kesilapan teknikal...

Pengantin bersanding...




Inilah Aisyah Maisarah...anak Pn. Irminiza @ Irm




Heee....tomey nya dia...tido gak walaupun org sibuk bising2...



Huuu...tido lagik baby nih...tanak bukak2 mata! ;p


Nanti panggil "Aunty Zila" ye...hehehe...glemer sket! ;p

Haziq berposing dgn pancing yg berjaya mendapat ikan puyu!


Wahh...khusyuk sungguh mereka...

Dapat! Ikan! Ikan! Ikan!

Pemandangan yg mendamaikan hati...

Itu sahaja kisah saya di cuti raya cina ini...best laa jugak...hehehe...

Akhirnya saya berjaya apdet sebelum tamat Januari!!! ngeh...ngeh...

Kepada Irm : Congrats dapat baby girl yg tomey!

Kepada Mamat & Kak Fazz : Congrats! Semoga bahagia ke akhir hayat...

No comments: