Tuesday, December 29, 2009

Wedding Hasruddin - 19/12 mlm

Pengantin ialah : Mohd Hasruddin Bin Hussein
Lokasi : Kg Bukit Kerayong, Klang
Tarikh majlis : 20 Dec 2009

Beliau ialah rakan bukan sekelas saya semasa sekolah menengah (kelas sebelah). Berkahwin dgn pilihan hati, Sofia, org Shah Alam. Kami pergi pada mlm hari Sabtu (19 Dec 2009) sebab pd esoknya ada wedding lain yg perlu dihadiri.
Tapi, kami yg hadir tak dapat melihat beliau (pengantin) utk bersanding bersama Sofia serta memakai pakaian pengantin sbb mlm tu rumah beliau hanya buat kenduri kesyukuran dan takde sanding2 dgn pengantin pompuan. Sampai kami pon kompius...Udin ni pengantin ke penanggah yg basuh pinggan??? huhuhuhu....
Kata Udin; "Esok aku bersanding baru laa pakai cantik2..."

Ehmm...tengok laa gambar2 pengantin yg ala2 spt penanggah kenduri tu...huhuhu...



# Gambar pelamin beliau, Udin bertemakan purple + putih.
# Beliau (Udin) yg kami paksa duduk bersanding gak atas pelamin sorang2 sambil Salleh yg mengajar beliau cara duduk + senyum dgn betul ketika bersanding...maklum laa, Salleh masih di ambang pengantin baru lagi...masih ingat lagik cara2 serta teknik2 utk bersanding! hehehe..

# Udin sedang belajar posing utk esoknya.
# Salleh (tukang ajar posing bersanding kat Udin) bersama sang isteri beliau, Naziana. Mereka masih lagi pandai berposing kat pelamin (ye laa..baru je lagi jd pengantin, x sampi sebulan lagi..huhuhu..)



# Pasangan pengantin yg dah lama sket (6 bulan), Asyraf dan Zawani.
# Kami yg tumpang berposing2an atas pelamin Udin.




# Salleh dan Naziana bersama pengantin yg diraikan, Udin.
# Asyraf dan Zawani juga bergambar dgn sang pengantin, Udin.

# Dari kiri : Apai, Bonny, Joto dan Ajim yg sgt gembira dpt bunga telur kat pelamin Udin tu.
# Siapakah pengantin sebenarnya? Nape Udin dok kat bawah plak? Kelihatan Bonny, Joto dan Ajim yg menguasai kerusi pengantin itu.. ;p



# Permintaan pengantin nak bergambar ngn ex-5H yg dtg, Joto & Ajim.
# Udin bersama ex-5A -> Apai, Salleh dan saya.


# Antara yg hadir di malam tersebut meraikan Udin yg bakal bersanding pd esok harinya.
Lihat saja aksi2 bebas mereka yg 'sawan' kamera di pelamin Udin itu...huhuhu...

# Mari berposing2 an lagik...esok dah tak datang...
# Salleh dan isteri beliau yg sedondon pd mlm itu berkaler biru (biru ke hijau ni? ke aku yg buta kaler??)


# Hasruddin yg mengkompiuskan ktorg yg dtg mlm tu..."Udin, ko nih penanggah yg basuh pinggan ke pengantin?"
# Ajim dan Bonny sedang lepak2 minum air teh panas lepas makan nasik lauk ikan keli msk lemak cili api...uisshh..sedap btol!!! ;p



# Sessi lepak2 minum teh panas lepas makan nasik di khemah bersama pengantin yg menyatakan ke'nervous' an beliau nak bersanding atas pelamin esok. Sambil diberi tips2 oleh Salleh dan Acap yg berpengalaman dlm posing-memposing kat pelamin ni...hehehe..


# Mari lepak2...Kelihatan Udin mendengar dgn tekun tips2 yg diberikan...
-> "Esok ko pakai spek itam tau Din, nampak cam macho sket..."
-> "Ko jgn senyum terpakse...nnti x lawa...ko senyum poyo2...ngn penuh keikhlasan walaupon ko penat dah time tu...baru gambo nmpk cantik!!!"
-> Ko jgn makan byk2 time makan beradab tu tau, nnti org kata pengantin lapar sgt plak.."
Hahaha...kelakar gille!!!
Banyak btoll kata2 nasihat yg diberikan kat beliau sebagai persediaan nak bersanding kat pelamin esoknya!
Tapi, ktorg semua pon tak tau, adakah beliau mengikut nasihat2 tersebut? Tak dapat pon tgk beliau dan Sofia bersanding kat atas pelamin...huhuhu...
Sesapa ada gambar dorang tak??
Anyway, to Udin & Sofia;
* Selamat Pengantin Baru..
* Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

Tuesday, December 22, 2009

No One Knows..

Here...

I like walking in the rain...
because no one knows that I'm crying....

No one knows what's your feeling...
No one knows...what are in your heart...
No one knows...what are you suffered of...

And...definitely...
No one knows...anything that only you know...


** May Allah bless me always... :)

Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru 1431 H...

Salam,

Kepada semua umat Islam...
Saya mengucapkan;

Selamat Menyambut Maal Hijrah... 1431 H...
Semoga kita semua akan sentiasa mendapat keberkatan dan sentiasa dilimpahi Rahmat olehNYA...
Semoga tahun ini akan lebih baik dan lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya...Insya Allah...



(sekadar gambar hiasan...)



~ MAAL HIJRAH ~
Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Asas perpaduan dan iman yg teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
c/o -
Hijrah itu Pengorbanan
Hijrah itu Perpaduan
Hijrah itu Persaudaraan
Hijrah membentuk Perpaduan
Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijra
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman...


** Lagu yg sering dinyanyikan ms skola dulu sempena Maal Hijrah...
** Masuk tahun baru dah...huuuu....

Tuesday, December 8, 2009

Tag dari Pn Farah

Saya rase, mase sebelum cuti raya haji lagi saya telah di tag oleh Pn. Farah @ Che Poonz.
Oleh itu, disebabkan saya tiada apa utk di apdet di blog saya yg indah ini, maka saya akan melangsaikan hutang tag beliau..


1- Adakah anda rasa anda Hot?


Tidak...sama skali saya tak hot! Sebab kalo saya memang btol2 hot, mesti saya ada banyak dan asik tukar2 pakwe je, dan mungkin skang saya dah jadik bini org...
Huhuhu...jadi saya memang la tak hot langsung... Saya ialah cold aje... hehe.. =)


2- Upload gambar kegemaran anda...








3- Tak ada soalan pun...kena story pasal gambar tu..

Gambar ni diambil masa kenduri kawen adik saya, lepas majlis tu... Ni gambar adik bongsu saya bersama sepupu2 saya yg masih kecik2 lagik...
Dari kiri; Erra, Hazril, Haziq (adik bongsu saya), Aisya dan Fara...
Suka tengok gambar ni, sbb betapa seronok serta riangnya menjadi kanak2...tak payah nak pikir ape2 pun...nak duit, mintak mak bapak, nak makan, ade org ready kan...nak mainan, ada org belikan...huuu..pendek kata, nak ape2 semua boleh mintak aje kat mak bpk ke...adik beradik yg lain ke...takde komitmen...selain drpd kene pegi sekolah pagi2...buat keje sekolah...huuu....
Bestnye kalu aku masih lagik kanak2 ribena seperti mereka...!!!

4- Bila kali terakhir makan Pizza?

Sebelum raya haji kot...makan ngn kwn2 opis waktu lunch...kat Tesco Shah Alam..
Makan pizza baru tu...
Ala, mkn pizza time tu aje laa kenyang...dah ptg2, lapo balik!

5- Lagu terakhir yg anda dengar?

Baru jap ni dengar lagu Kelly Clarkson - Already Gone
Sedeh gak lagu nih...

6- Apa yg anda buat selain menyelesaikan tag ini???

Saya sedang buat keje yg tak siap2 lagi ini (rajinnya aku..huhu..), sambil dengar Hot.fm, serta membuka2 website lain di samping mereply2 email (email opis ok..)

7- Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa??

Angah - nama yg dipanggil oleh family serta rakan2 yg mengenali
Kak Ngah - nama yg dipanggil oleh adik2 junior mase skolah dulu
Zila - nama panggilan di opis serta nenek di kampung
Fadz - nama yg dipanggil oleh boss lama serta sebahagian org2 opis

8- Tag lagi 6 orang

1- Fatem dear (mama vogue)
2- Onique
3- Fuzah @ Adik Fufue
4- Irmayanty @ Amri
5- Minah Said
6- Ismah @ Khaty

9- Siapakah org no. 1 pd anda?
Fatem Mahanom adalah my best buddy (dah mcm adik beradik) sejak di Melaka lg..Mak dia pon saya panggil Mama gak.. Beliau telah berkahwin, seorang suri rumah yg vogue dan mempunyai sorang anak lelaki dan sekarang menetap di Penang..
Miss u much Fatem... =)

10- Kata sesuatu mengenai org no. 5
Minah atau nama penuh beliau ialah Noor Akmar Ismail adalah kwn sejak sekolah lagik, yg suka dtg rmh saya serta melepak2 dan melayan mak bapak saya berborak sambil makan2 ape2 yg ada di dapur rmh saya tanpa rasa segan silu... (ini la yg perlu...jgn malu2 makan di rmh ku! huhuhu)
Beliau telah bertunang, dan akan melangsungkan perkahwinan pd bulan 3 thn hadapan...insya Allah... (Minah, nnti aku ikut ko gi Klang eh..)

11- Bagaimana pula org no. 4?
Irmayanty Ismail ialah rakan sekolah dulu...tapi, tak penah pon satu kelas ngn beliau...
Tapi, penah satu dorm banyak kali... Dorm 16 n 18...dan beliau punya katil atas katil saya...huhu..
Best eh Yanty, kite satu dorm dulu...Hang siap jadik ketua dorm lagik! hehe...

12- Pesanan kepada org no. 6
Buat Ismah @ Khaty or Kakak...sila rajin2 apdet blog kamu dan jangan lupe sila laa aplod sekeping je pon gambar kamu sedang preggy!!! =)

** dah nak abis tahun 2009 n 1430H...

Friday, November 27, 2009

Salam Aidil Adha...

Kepada semua Muslimin & Muslimat seluruh dunia,

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H...
Mohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan...

Semoga segala pengorbanan yang dilakukan selama ini mendapat keredhaan dan rahmat dari NYA...Insya Allah...






ikhlas drpd,
- cik angah lee -

Tuesday, November 10, 2009

Wedding Ayu

Pada 1 Nov yg lalu saya telah menghadiri majlis perkahwinan rakan sekelas saya, En Salleh @ Ole di Jln Kebun, Klang. Beliau telah berkahwin dgn gadis Kelantan yg bernama Naziana. Saya tidak dapat men'snap' gambar pengantin kerana tak bawa kamera. Hanya menunggu dan mengharapkan gambar2 yg di'snap' di kamera digital kepunyaan Pojie yg sampai skrg tak dpt2 lagik drpd beliau! (bile tahun ntah nak dapat nih!!!). To Salleh n wife, "Selamat Pengantin Baru.."

Kemudian, pd hari Ahad yg lalu (8 Nov), saya telah menghadiri perkahwinan rakan sekolah di Puchong. Beliau seorang PTD di Kementerian Pelajaran, Putrajaya dan telah berkahwin dgn suami beliau yg berasal dr Kedah.

Pengantin : Siti Rohayu @ Ayu dan suami, Muhammad Adil

Tempat : Kg Hilir Aman Berkat, Puchong (sesat barat nak mencarik rmh!)

Ini antara gambar2 ketika majlis beliau...





Ayu dan suami beliau...
Berbaju serba peach... (ayu seperti namanya...)




Puan Siti Rohayu...
(masih berposing ala2 gedikz walaupun dah jd wife org!) ;p





Me and Ayu, the bride...




From left : Che' Wan, Aiza, the Bride and Me...
Sila berposing dgn pengantin dulu ok... hehehe...




Sessi berlepak2 di bilik pengantin walaupun pengantin takde kat bilik...huhuhu...

From left : Watie, Me, Aiza and Che' Wan...



** I met someone there...and knew somethin...huuu...
** To Ayu n husband : Selamat Pengantin Baru... Moga bahagia ke akhir hayat... =)

Monday, October 26, 2009

Jejak Kasihan...

" Jejak Kasihan..." Chewaahhh...tajuk cam poyoss jerk...

Ye..tapi, memang itu lah realitinya... Saya telah berjaya menjejaki rakan2 semasa di zaman2 persekolahan dahulu...especially rakan2 yg pernah satu kelas dgn saya (suatu masa dahulu...waahhh..dah tua rupanya aku!)


Ini rakan saya semasa form 1 & form 2. Beliau telah berpindah skolah ketika di pertengahan form 2, kemudian kami hanya berkontek2 melalui surat shj (dulu2 x maju lg, x reti email2 ke, sms ke). Nama beliau ialah Suraya, dan kami panggil masa beliau mase skolah dgn panggilan 'Surey'.
Saya terjejak kasihan dgn beliau semasa di mjlis perkahwinan rakan saya yg sama2 belajar di UiTM Melaka dahulu. Kami sangat terharu atas perjejakan kasihan ini...
Huuu...excited sungguh dpt jmpe beliau setelah hampir 12 thn tak bersemuka!!!
Ketika ini beliau sedang pregnant hampir 4 bulan setengah dan sekarang menetap di Kepong.
Tarikh jejak & foto diambil : 10 Okt 2009 (Dewan UKM, Bangi)


Lagi gambar bersama Surey. Di sebelah kanan sekali ialah rakan skolah dan sekelas kami juga, Nur Adila. Sekarang Adila bekerja di PPUM dan menetap di Subang Jaya.
Bestnya...jmpe rakan2 lama... =)


Ini baby rakan sekelas saya, dari form 1-3, serta rakan yg sama2 tggl dlm satu dorm dan yg selalu kejutkan saya kalau tertidur ketika dlm kelas, lebih2 lagi semasa subjek BM.
Rakan saya yg bernama Nurul Arlita, seorang perempuan yg sgt tinggi lampai dan kurus kering! hehehe...
Kemudian beliau telah berpindah ke MRSM Muar dan menyambung pengajian di USM. Saya pergi melawat beliau yg baru melahirkan baby pd sehari sebelum hari raya..Baby yg diberi nama Muhammad Aidil Haziq (baby hari terkahir Ramadhan)
Tarikh jejak & foto : 11 Okt 2009 (Serendah, Rawang)


Ini dia si ibu baby tersebut. Nurul Arlita yg memangku Aidil yg nampaknya sgt marah apabila gambarnya diambil bersama ibunya, sebab dia nak ambik gambar sorang2 aje..huhuhu...
Tapi, dlm gambar tu...baby tu nangis ke ketawa eh? Musykil plak seketika..


Ok...ini baby sape plak?
Ini ialah baby lelaki rakan sekelas saya dr form1-3 juga...Beliau telah menyambung pengajian di Maktab Tahfiz selama 5 thn dan kemudian ke UIA. Beliau bernama Nurul Qistina dan sekarang menetap & bekerja di Rawang.
Beliau melahirkan baby yg diberi nama Luqman Al-Haqeem ini pada 1 Syawal 1430H di Hospital Selayang.
Tarikh jejak & foto : 11 Okt 2009 (Btg Kali, Rawang)


Ye...ini dia si ibu dan ayah Luqman Al-Haqeem, Qistina @ Qiena dan suami beliau, Ustaz Faizal.
Ketika ini beliau masih lagi berpantang di rmh ibunya.

Ini gambar kali terakhir kami berjumpa sebelum Qiena melahirkan baby nya. Ketika ini beliau sedang pregnant (tak ingat lak mase ni baper bulan beliau preggy)
Foto diambil bersama Dayang, Kenet, Qiena & Onique di KFC, KLCC pd awal thn 2009.
** seronoknya bila terkenang zmn muda2 masa skolah2 dulu...huuu...
nak pakai uniform skolah!!! huwwaaaaaa....

Saturday, October 24, 2009

Pegi Wedding - 101009


Ini antara gambar2 wedding yg saya hadiri semasa 10 Okt 2009 yg lalu
10 Okt 2009 - Sabtu..





Gambar wedding Khairul Azhar Norhan atau dipanggil Apek semasa skolah dulu.
Beliau ialah rakan skolah semasa form1-3, tapi tak pernah pun satu kelas dgn saya. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan ke MRSM Beseri dan ke Lanchester University dan akhirnya bertemu jodoh dgn Fatin Izzati.. (chewaahh..mcm tulis karangan bergambar plak! ;p)






Gambar pengantin baru bersama saya yg menyibuk2 di situ...huhuhu...
Pengantin : Khairul Azhar & Fatin Izzati
Tarikh foto : 10 Okt 2009 (Sabtu)
Tempat : Dewan Serbaguna, Bandar Botanic Klang




Ini gambar wedding my best buddy masa blajar kat UiTM Melaka dulu, Lt Noor Azreen @ ZaZa.
Kelihatan saya yg menyibuk2 di tgh2 pengantin...huhuu...
Rendah kah saya?? Tidak...itu chomel namanya...hahaha....





My best buddy's wedding... wif ZaZa...
Tarikh : 10 Okt 2009 (Sabtu, malam)
Tempat : Dewan UKM, Bangi
Tema : White + Purple




Mari berposing aksi bebas....hehehe...
Pengantin : Lt Noor Azreen @ ZaZa dan Lt Maswari
Tengok pengantin lalu bawah pedang lagik...huuuuu...

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ya... =)



** semoga kedua2 pasangan pengantin akan berbahagia hingga ke akhir hayat dan cepat2 dpt baby...huuu.. (^_^)

Tuesday, October 13, 2009

Kemaskini kah?

Sungguh lama saya tidak mengemaskini blog ini...
Nasib baik lah labah2 tidak berani bersawang di sini...huhuhu...

Tidak tahu dari mana ingin dimulakan pengemaskinian blog saya ini ya...
Cerita semasa hari raya kah...Cerita semasa selepas habis bercuti raya kah...Cerita dah masuk opis semula kah...Cerita menghadiri rmh2 terbuka kah...Cerita ke kenduri2 kawen rakan2 kah...
Nak cerita apakah???
Uhhhh...banyak sungguh ni...Tidak tahu yg mana satu yg perlu diceritakan...Sebab nak menaip pun sedikit malas...(cehh...pemaleh sungguh aku nih!)

Aidil Fitri jatuh pd 20 September (bln lepas).. Saya bercuti selama seminggu dgn harapan dpt beraya puas2 dgn berbekalkan 4 pasang baju raya baru...hehehe...
Namun, disebabkan terlalu keletihan dan kepenatan pd hari raya pertama dan kedua (penat basuh pinggan dan melayan sedara mara yg dtg), saya demam dan tidak dpt bangun selama 2 hari berikutnya...dan pd hari raya ke3, saya gagahkan jua diri utk menghadiri majlis pertunangan kwn saya, Cik Akmar @ Minah di Tg Karang...dan waktu itulah barulah saya dpt pakai baju raya ok!

Balik semula ke Shah Alam, pd hari Ahad dan bekerja semula pd hari Isnin dlm keadaan yg masih tidak sihat..Sampai opis, sungguh gembira sbb dpt duit raya dr boss lama..huhuhu...bestnya!
Duit raya saya yg ke3...syukur...sekurang2nya masih dpt duit raya walaupun dah besar! ;p
Thanks boss! (actually ex-boss sbb beliau telah resigned, skrg aku masih tadak boss kat opis dah sebulan lebih nih!)

Kalau sebut hari raya tu, mcm biasa laa...mesti banyak sgt rmh2 terbuka ni...dan semestinya di hujung2 minggu...Jadi, di hujung minggu pasti ke rmh terbuka...huuuu...dpt makan free! hehe...sangat penting bagi org bujang yg duduk di rmh sewa spt saya, buleh bajet duit makan nih..

Juga sibuk menghadiri majlis2 perkahwinan rakan2... (akan dikemaskini kemudian laa + letak gambar nnti) =)
Aduuuhhhh...tiba2 tangan saya rasa sgt lemah utk menaip lagi banyak cerita... (alasankah sbb mmg malas??) ;p

Yang penting...walaupun saya tidak dpt beraya sakan spt yg diharapkan, namun saya tetap gembira dan bahagia di Syawal 1430H ini kerana dpt berkumpul dgn semua ahli keluarga...
Dan saya sgt bersyukur kerana masih diberi peluang olehNYA utk menyambut Syawal lagi utk kesekian kalinya dlm hidup saya...
Alhamdulillah...
Sebab...saya sendiri tidak tahu sama ada masih adakah SYAWAL lagi utk saya pd thn hadapan...
kan?

** salam aidil fitri...

Saturday, September 19, 2009

Ucapan Raya Utk Semua...

Salam,
Buat Semua Umat Islam seluruh dunia,
Serta teristimewa buat semua rakan dan pengunjung blog...

Saya mengucapkan,

* Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H...
* Mohon maaf atas segala salah silap...
* Semoga SYAWAL kali ini akan memberi 1001 kebahagiaan, kegembiraan, keberkatan serta kerahmatan dariNYA...Insya Allah...













** Berhati-hati di jalan raya ok...
** Jangan main mercun & meriam... ;p

salam aidil fitri,
- cik angah lee -

Thursday, September 17, 2009

Buka Puasa - 2

Lagi kisah berbuka puasa beramai2..
Pada Jumaat yg lalu, saya dan rakan2 sekerja yg juga merangkap rakan2 bersukan bersama telah membooking buffet buka puasa di Big Plate Restaurant, Subang Permai. Makanan Western, pelbagai aneka jenis makanan ada dipersembahkan di sana.. Hanya RM30 shj per head dan bagi kami ia sangat berbaloi!
Sebab kalau bukan buffet Ramadhan, pasti anda tidak akan dapat pelbagai juadah Western dgn harga ini... (saya sedang mempromote kah???) ;p

" Big Plate " = Pinggan Besar
Kalau pinggan besar, kene letak makanan banyak laa eh?? huhuuhu...

Antara juadah pemanis mulut...kuih-muih...puding...bubur...buah2an... Makanan2 buffet Western, x dpt nak snap sbb malu plak org tengok...hehe...
Huuuu...memang rambang biji mata... penuh dengan warna-warni...
Sangat menarik...tapi, tak larat nak makan sbb byk sgt! =)

Antara makanan yg diambil... Sebelum dijamah...
Petua utk mkn buffet ialah... Jgn minum air byk2...
Jgn ambik nasik! Ambik lauk-pauk aje byk2 ok.. =)

Ini adalah muka orang yg sedang bosan sebab kelaparan...
"bile nak buka nih....."
Dr kiri : Seha & Kak Farah (dua2 single & available lagi)


Posing2 dulu laa sebelum meja penuh ok..
Dr kiri - Cik Riny, Saya, Kak Zai, Seha & Kak Farah...
"ok..jap lagik meja penuh! hehe..." - kata Seha



Memang best keluar dan berbuka puasa beramai2 bersama rakan2...
Ini juga rakan2 bersukan bersama...
Ok, pas raya ni, kita sambung balik bersukan!!! hehehe...


** esok last posa!!! adakah saya berjaya puasa penuh? huhuu... ;p

Wednesday, September 16, 2009

Buka Puasa - 1

Ramadhan masih berbaki lagi 3 hari...
Kalau bulan Ramadhan ni, bercerita tentang Terawikh...malam Lailatul Qadar... 7 likur laa (aku sendiri pon x tau ape sbnrnya 7 likur nih!) dan yg paling best...berbuka puasa @ Iftar!!!
Pada Ramadhan thn ini, alhamdulillah...saya berkesempatan berbuka puasa bersama rakan2 rumah dan rakan2 sekerja di pelbagai tempat..Sekadar untuk berbuka bersama2 di samping mengeratkan lagi silaturrahim sesama kami...

Hanya berbuka di sekitar Shah Alam dan dekat2 kwsn rmh shj; Anggerik Mall, Plaza Alam Sentral, Padang Jawa, Big Plate dan Hilton Hotel...Memang seronok berbuka secara beramai2 @ berjemaah ni...
Saya dan rakan2 serumah selalu juga berbuka di luar, kadang2 kami juga pergi bersahur diluar...sbb takde siapa pun yg ada masa dan ada idea nak masak sendiri..Kami juga selalu ke Masjid Negeri utk menunaikan Terawikh di sana, memandangkan kat sana mmg selesa dan jauh dr kebisingan kanak2 bermain mercun dan berlari2an ketika org sdg menunaikan solat mcm kat surau berdekatan rmh kami! Tensen sungguh ngn kanak2 ini!
Antara foto2 semasa keluar berbuka bersama rakan2 serumah (yg sempat bawak kamera la). Gambar mknn x sempat plak nak snap sbb dah x ingat..sibuk nak makan je..Huhuhu...

Ni kat food court Anggerik Mall... (atas dr kiri - Fanny & Syu, duduk dr kiri - saya, Azie & Anis)Kat sini menu yg paling best, murah serta berbaloi adalah Western Food nya serta jus mango! terutama ialah Chicken Chop yg best, hanya berharga RM8 shj, manakala jus mango asli yg terdapat sekali ricihan2 mangga berharga RM2 shj.. (adakah aku sdg mempromosi mknn di situ? huuu...)

Ye...inilah jus mango yg dinyatakan...berserta set chicken chop yg x clear sgt gambarnya...Model tersebut adalah Syu yg menunjukkan keadaan makanan dan minuman tersebut sungguh sgt lazat! (tapi, beliau ni mcm nak posing cantik jerk! hehe..)


Gambar di atas menunjukkan 2 org perempuan yg berbaju hitam sedang menanti waktu berbuka di samping menunggu kedatangan makanan yg diorder. Dlm gambar itu juga kelihatan 2 gelas jus mango, teh ais dan kuih-muih.. Perempuan tersebut adalah Fanny dan Syu (manusia yg suka sgt nak interprem muka! heh)

Ini adalah kali ke-berapa ntah kami berbuka lagi di Anggerik Mall... Kalau rasa nak berbuka makan Western Food, tp x high cost sgt, di sini la kami akan pergi...Kelihatan jus mango (again!), teh bunga, bandung cincau @ bancau, carrot susu dan kuih-muih sebagai pembuka juadah..
Dari kiri - saya, Anis, Azie dan Lela.


Saat menanti azan berkumandang serta kedatangan makanan yg diorder, kita perlu ambik gambo dulu!!! hehehe...
Sedapnya jus mango itu!!! =)

Ahli2 rumah yg sentiasa bersama2 membayar duit rumah sewa...hehehe...
Ambik gambar lepas dah setel makan...dan balik! Ready to Masjid Negeri ok!
Seronok tau berbuka puasa bersama rakan2...
** berbuka seadanya...
** dah nak raye rupanya! =)