Wednesday, December 24, 2008

Telatah Manusia...

Telatah manusia...gelagat manusia...
Hari ni aku spt terpanggil utk wat entry pasal telatah manusia...(topik nak apdet la tu...heheheh)
Walaupun aku rase tiap2 hari pun aku tengok macam2 telatah dan gelagat manusia di sekeliling kita...tapi, ntah...sebab hari ni aku bosan kot tunggu bus lama sangat... =)

Konon2 nya hari ni aku nak naik rapid kl kat sek2, sebab tak nak lambat lagik tunggu sang seranas yg sejak akhir2 ni asyik merundum kelewatannya tiba utk mengambil penumpang setia spt aku! Maka, aku pun tunggu laa 605 yg sepatutnya ikut schedule jalan pkl 8.10 pagi. Puas aku menunggu...dan tunggu...uisshhh...rase mcm nak bakar jer rapid kl yg lain2 (yg tgh parking, no bus lain2) kat sek2 tu! Geram aku! Lama gile! Baik aku tunggu je seranas kat sek7 tu! cehhhh! hampagasss sungguhh!!!

Di saat2 kebosanan menunggu bas itu, aku pon tengok2 laa gelagat2 manusia2 di sekeliling aku sambil berkata2 saje di dlm hati...
"macam2 telatah dan gelagat org...best gak buang masa tgk2 org nih!"

*** Sila baca dgn nada spt anda membaca novel... ***

Pertamanya, aku memerhatikan sekumpulan anak2 belasan tahun, pun sedang menunggu bas spt aku. Mereka masing2 memegang skate board (papan luncur)...Ku kira mereka ini pasti ingin ke Extreme Park, Sek13. Uhhh...pagi2 hari begini ingin meluncur papan kah mereka ini? Ehhmm...bagus...bersukan di pagi hari, lebih elok drpd membuang masa tnpa arah tujuan di musim2 cuti2 sekolah ini...telahanku dlm hati...

Kemudian, ku alihkan pandangan ke arah kelompok pakcik2 driver rapid kl yg sgt segak dan kemas beruniform belang2 putih + biru itu...
Ada pula seorang pakcik berbangsa india (tidak beruniform spt mereka), duduk bersama2 pakcik2 rapid kl. Apa yg dilakukannya di situ? Tanyaku dlm hati. Ku lihat, beliau sibuk mengurut2 + mengetuk2 badan pakcik2 rapid di situ (maksud aku di belakang badan + leher, spt biasa utk menghilangkan kesengalan). Pakcik indian ni buat part time mengurut kah di situ??? Tanyaku sendirian dlm hati...Ku senyum sendirian dan terus memerhati...

Di tempat yg sama, ku lihat, ada seorang pakcik rapid (abang kot, sbb muda lagi) sedang sibuk dgn aktivitinya yg ku kira amat menggelikan mata + tekak aku! Beliau sdg sibuk mengorek hidung dgn bersungguh2 sambil berborak2 ngn rakan2 rapid yg lain...
Uhhh...tak geli kah pakcik2 rapid yg lain melihat perbuatannya itu? Aku yg melihat di kejauhan ni pun rasa mcm nak muntah...Ehhmm...mungkin mereka2 yg lain dah biasa kot ngn aktiviti abang rapid tersebut...ujarku bersangka baik di dlm hati...

Ku alihkan pula pandangan ke depan, melihat kelompok2 pakcik teksi yg kemas beruniform putih + berseluar hitam. Aku pelik, melihat seorang pakcik teksi yg berkaca mata hitam di pagi2 hari, yg ku kira sang mentari pun belum memancarkan cahayanya yg amat panas. Sungguh bergaya sambil tak henti2 menyedut rokok (menyedut ke menghisap?). Ehmm...agaknya beliau sakit mata kot...ataupun kaca mata hitam itu memang ada power rabun spt kaca mata putihku...agak ku secara positif di dalam hati... =)

Ku lihat pula ke arah mereka2 yg sedang berbaris di depan pintu bas rapid bernombor U80 (Shah Alam-KL Sentral). Bagus juga penumpang2 U80 ini, semuanya berbaris panjang spt pelajar sekolah menanti utk menaiki bas sekolahnya. Tapi, yg ku sedari, hanya penumpang bas U80 sahaja yg berbaris utk menaiki bas, tidak pula berlaku kpd penumpang2 bas2 lain...Bagaimana ya mereka boleh berdisiplin begini? Tapi tidak utk bas2 yg lain? Tanyaku sendirian dlm hati...Uhhh..tapi, aku pun hanya berbaris spt mereka kalau menaiki bas U80 sahaja. Bukan aku tak mahu berbaris, tapi ku lihat semua org pun berebut2 dan menolak2 antara satu sama lain utk menaiki bas lain, selain U80!

Sedang sibuk2 aku melihat telatah manusia, muncul pula seranas..Rapid kl 605 yg ku nanti2, tidak jua muncul2. Akhirnya, aku naik seranas dan hanya dapat duduk ketika bas berhenti menurunkan penumpang di PKNS. Huuu...kalau ku tahu akhirnya aku akan naik seranas jua, baik la dr awal2 lagi ku tunggu sahaja di sek7!
Tapi, ada hikmahnya. Dapat jua aku memerhati pelbagai gelagat dan telatah manusia di sekelilingku. Sekaligus membuatkan aku berfikir dgn segala tindak tanduk mereka, yg semuanya datang dr DIA Yang Maha Kuasa...

** Tak lama lagi muncul tahun baru 2009 serta thn baru 1430!
** Selamat Tahun Baru semua....
*** Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun ya... Moga diberkati sepanjang tahun...ameenn...

Saturday, December 20, 2008

Minggu tak Normal!

Lama rupanya aku tak apdet!
Nak apdet je, mesti tak sempat...
Takpe, kali nih aku cuba utk sempat2 kan... =)


Ini cerita minggu ku yg tidak normal sejak cuti raya aji hari tu...
Huuu.. tak sempat nak terjah rumah sape2 raya aji ni...
Psssttt Ismah, Nanti ktorg akan terjah rumah ko mase wedding ko nnti eh! ;p


9 Dis (Selasa) - Pulang ke Shah Alam semula sebab cuti raya aji dah abis. Malam tersebut aku dilanda seram2 sejuk + pening2 + selsema + batuk2 (simptom2 demam telah tiba)

10 Dis (Rabu) - Sebagai pekerja yg dedikasi, aku gagahi jua ke tempat keje (sebenarnya sbb aku dah takde cuti!). Walaupun mata berair2, pedih2, pening2, aku masuk gak ke opis. Sampai tghari je, dah tak larat, terus dibawa ke klinik waktu lunch, dan dpt MC drpd puan doctor...Cehh...rugi...rugi...gi klinik tghari, maka dpt MC pon dah tghari. Balik rmh (dihantar oleh K. Earni), terus tido slps makan dadah (ubat yg dibagi oleh puan doctor)

11 Dis (Khamis) - Tak keje, sbb cuti Besday Sultan Selangor (yg ke berapa, aku pon tak tau)Kondisi masih tak stabil lagi. Tapi, aku bersiap jua pagi2 hari utk ke PPUM bg mendapatkan follow up rawatan kaki aku serta mendapatkan surat pelepasan aktiviti lasak. Pergi dgn keadaan yg sgt pening dan tak sihat sungguh! Huuu...
Slps berjaya berjumpa ngn encik doctor (lps kena tunggu hampir 2 jam lebeh, sempat aku tido2 kat situ!), aku terus bertolak balik, tggu bus rapid menghala ke kl sentral. Pastu, aku pon tak tau nape aku turun kat Mid Valley (mebi sbb ramai org turun kat situ). Jalan2 sorang2 kat Jusco, tgk2 baju, tapi aku tak beli ape2 pon...Masuk toilet Jusco (yg sememangnya cantik, siap ade kusyen, bilik baby) aku makan ubat, dan tak sedar aku tertido kat bilik baby...sampai laa nak dekat kol 4 ptg! Gila kuat penangan dadah (ubat batuk, selsema, demam, kahak, antibiotik)!!!
Dgn penuh sgt terkejutnya, aku terus keluar dan bergerak utk pulang ke Shah Alam...


12 Dis (Jumaat) - Keje lagi, sbb dah takde MC. Masih tak stabil..tak sehat lagi. Aku tido di opis lps makan ubat sampai kol 5. Terus pulang, singgah ke klinik lain di pkns, dapat MC utk esok pulak. Owh...esok adalah hari yg lagi sgt meletihkan! Penuh dgn aktiviti yg dah disusun atur ketika sihat, tapi perlu diteruskan walaupun aku masih dilanda demam slps raya aji! Pulang ke rmh, terus menyiapkan keperluan2 utk aktiviti esok...dan terus tido...


13 Dis (Sabtu) - Pagi2 terus bersiap sedia ke Jalan Elmu, aktiviti pertama aku pd hari itu. Aku tak keje sbb MC, mengikuti program sehari pac ptd yg kukira gagal pd awalnya. Dgn dlm keadaan yg masih tak stabil, aku pegi gak dan disebabkan hujan, program berakhir awal drpd jangkaan. Slps hujan reda, terus menunggu rakan2 di Asia Jaya bg meneruskan aktiviti seterusnya. Singgah di masjid UIA PJ, bersiap2 utk ke annual dinner company di Damansara. Walaupun masih berkondisi demam, kugagahi jua...


14 Dis (Ahad) - Aku dah bersiap2 utk ke mjls perkahwinan kawan2 (aku dpt 5 undangan sekaligus pd hari yg sama), tapi mesti laa aku tak dpt pegi semua2 sekali. Aku dah janji ngn cik bitun utk pegi 3 wedding je. Kak Ellieya (Tg Karang), Kak Wiwiey (Kuala S'ngor) dan Shima (Sg Serdang). Yang lagi 2 wedding terpaksa aku tak pegi sebab jarak yg agak jauh. Kak Ellieya & Kak Wiwiey adalah kakak senior skolah aku (antara akak2 yg baik ngn aku), dan Shima adalah rakan kelas masa form 2 & form 3 dulu...


15 Dis (Isnin) - Demam lagi, tapi gi keje gak...


16 Dis (Selasa) - Dah tak demam, tapi selsema + batuk + pening lagi. Tapi keje gak...


17 Dis (Rabu) - Masih selsema + batuk, tapi tak pening sgt.. Urusetia Dean's List Award ceremony, agak meletihkan...


18 Dis (Khamis) - Bila nak baik selsema + batuk nih?? Today is someone's day...huuuu...

19 Dis (Jumaat) - Belum sihat sepenuhnya lagi...Batuk2 seperti nenek tua yg uzur...Aku dan Azie melepak2kan diri sambil bersantai2 di kedai makan, lama sungguh tak lepak2 kat kedai mamak! (2 kedai kita terjah eh Azie! heeee...)

20 Dis (Sabtu) - Semoga aku semakin sehat...Minggu yg sangat tidak normal! Tapi, bukankah sakit itu penghapus dosa2mu...? Insya Allah...


** Dan...Akhirnya, aku berjaya apdet!!! =)
** Ayat-ayat Cinta itu sangat mengharukan... (at last! aku dapat gak baca novel nih sampai abis!)