Monday, September 22, 2008

Ceritera Raya..

Owh...sungguh tak sangka...
Masa berlalu sangat laa pantas..Rasa-rasa macam semalam je start hari pertama puasa..Tapi, rupa-rupanya sudah 22 hari Ramadhan berlalu..Maka, ini bermakna, lagi 8 hari umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh gembiranya!
Huuuu...tak sabar sungguh rasanya aku nak beraya...!!!

Walaupun raya masa dah besar ni, tak sama masa kecik2 dulu (pegi beraya ngn kwn2 ramai2 sbb nak kumpul duit raya), tapi...suasananya tetap sama...(bagi aku laa).

Bercerita tentang menu di pagi raya..
Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan utk membantu mak aku menyediakan juadah utk hari raya; rendang, kuah kacang, nasik impit (ktorg semua tak pandai menganyam ketupat!), ayam masak merah dan mcm2 lagik laa..(alamak! dah terbayang2 nih..). Setiap tahun, kebiasaannya menu hari raya tetap sama. Aku rasa semua rumah orang kat taman aku tu masak sama je kot. Buktinya, setiap pagi raya, jiran kejiranan akan menghantar juadah hari raya ke setiap rumah dan semestinya menu adalah SAMA! Yang berbezanya, mungkin rasa dan warna masakan tersebut (bergantung pd keterelan org yg masak). Huhuu...
Aku rasa, kalau 1 Syawal tu, atas meja penuh dgn juadah dr jiran tetangga je dan tak sempat nak makan masakan mak aku sbb nak rasa org lain punya. Tapi, masakan mak aku tu mesti la malam raya tu ktorg dah rasa puas2 dulu, panas2 tu...(aduuii...sedapnya...)
Dalam banyak2 juadah hari raya tu, aku rasa mak aku punya laa yg paling sangat sedap sehingga menjilat jari! Aku akan makan sikit2 je rendang2 yg dibagi oleh jiran tetangga tu, ye laa..sekadar merasa.

Bercerita tentang duit raya..
Mase aku kecik2 dulu (skolah rendah), ktorg ada group beraya. Biasanya dlm raya ke-3, aku dan geng2 aku (Pena, Rubi, Nurul, Tutie, Cawad, Amy, Keput, Kudin, Bidan) akan memulakan operasi naik bas menuju ke Kuala Selangor. Destinasi yg dituju adalah rumah2 chekgu2 ktorg. Masa tu tambang bas murah lagi, bdk2 spt kami hanya dikenakan bayaran sebyk rm 0.30 shj. So, kos pegi balik adalah rm 0.60 je. Pastu, duit raya akan 'beranak' sekiranya rmh yg ditujui dan di'aim' akan memberikan hasil duit raya yg lumayan. Hehehe...
Aku rasa, masa kecik2 dulu, setakat nak dpt duit raya sampai rm200-300 dlm masa 2 mggu, memang takde hal dan tak mustahil! Tapi, tidak sekarang...itu adalah mustahil..Sebaliknya, aku yg akan kehilangan nilai itu tak sampai pun 2 mggu!!! Waaaaa....
Ehh...tak baik...kena ikhlas... =)

Bercerita tentang tetamu..
Rumah aku memang org suka dtg beraya, ye la dah nama pun hari raya...mesti la org suka dtg beraya. Yang paling sgt suka dtg beraya dan selalunya berkali2 dtg ialah budak2! Dtg segerombolan, pastu tak nak makan kuih ke ketupat ke, kdg2 tu, minum pun tak nak! Nak duit raya je! Uisshhh..geram gak aku..Masa aku kecik2 dulu, takde laa sampai tak nak minum, tak nak makan..Tu la bdk2 zaman skrg, sgt mata duitan...huuuu...
Mulai tahun lps serta bakal diamalkan pd thn ini (atas idea kejam aku!), rmh aku tak bagi duit raya secara banyak. Kami buat mcm besday party, pack gula2, cokolat, wafer dlm plastik, then letak duit rm 0.50 aje!!! Hahahaha...Senang, save bajet sket. Lagipun, rmh aku mmg ada byk stok gula2 dan cokolat yg selalu beli tapi tak makan pun.
Namun, bergantung pd keadaan, sekiranya kanak2 @ bdk2 itu dtg tidak secara segerombolan, mungkin secara sorang @ ber2 aje, beliau akan menerima 'goodies pack' itu berserta duit raya dlm sampul raya. Oleh itu, baik dtg bukan segerombolan..(attn : utk kanak2 shj!)

Ehmm...walaupun mcm2 ragam dan situasi di hari raya, aku tak kesah..Aku tetap rasa gembira bila menjelangnya hari raya. Aku tak kesah la budak2 nak dtg banyak2 kali pun...Tak nak minum ke, tak nak makan ke...sebab itu la yg menunjukkan kemeriahan berhari raya. Tanpa suasana begitu, tak meriah pulak raya, terasa hambar...
Dan yg paling penting, Alhamdulillah aku masih berkesempatan menyambut Syawal bersama kedua ibu bapa tercinta serta ahli keluarga lain. Syukur, masih dipanjangkan usia hingga tahun yg ke 25 di muka bumi ini serta masih sihat tubuh badan, masih boleh merasa keenakan juadah hari raya... Insya Allah...

Yang penting jua, maaf-bermaafan sesama insan...
Tapi, tak semestinya nak tggu raya, baru nak maaf-maafan, ye tak?
Hari raya sinonim dgn ucapan nih...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...
Maaf Zahir dan Batin...

Monday, September 15, 2008

Malaikat Mu...

Siapakah orang yg paling anda sayangi???
Dunia dan Akhirat...?

Hayatilah cerita ini...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."
Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" - tanya si bayi itu lagi.

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

Tanya si bayi lagi kpd Tuhannya; "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku,dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku siapakah nama malaikat tersebut?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU " Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...
Dan pada mereka yg bergelar 'ANAK'...jangan menderhaka pada ibu serta bapamu...
Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kaki ibu...

** Love my MOM so muchh... isk..isk..

Wednesday, September 3, 2008

aku apdet!!

==> apdet 1 :

1 Sept 08 = 1 Ramadhan 1429H
" Selamat Berpuasa kpd semua umat Islam..."

Ramadhan al-Mubarak...kembali lagi... Ahlan Wasahlan...
Semoga kedatangannya kali ini akan memberi 1001 keinsafan, keberkatan dan menambahkan keimanan kita... Insya Allah...
Mohon ampun & maaf sekiranya ada salah silap pada semua...
Aku akan berusaha utk puasa penuh!!! hehehehe...





==> apdet 2 :

Kesihatan masih tak stabil lagi, tapi aku gagahi jua mencari rezeki (ayat seorang pekerja dedikasi!) dengan tujuan aku dpt beraya di Aidil Fitri ini dgn riang gembiranya.. (nak duit!)
Huhuhu...
Aku masih lagi di tahap perlu menjaga & mengurangkan pergerakan agar kaki aku beransur pulih dan kurang bengkak lagi..
Aku akan menjalani MRI (Magnetic Resonance Imaging) selepas raya nanti utk mengetahui sejauh mana kecederaan dan 'kekoyakan' ligamen / tisu dalaman kat lutut aku tu...
Huuuu...serammmmnya aku!
Sila doakan kesihatan saya ya...
Huh...tak sangka, betapa seriusnya kecederaan ini!
Oleh itu, diingatkan sekali lagi, kepada mereka2 yg gemar bersukan - Hati2 ketika bersukan ya!




==> apdet 3 :

Majlis perkahwinan Nurul Qistina @ Qiena (x-3A, smkaks) pd 16 Sept 08 yg lps..
Nama husband beliau ialah Mohd Faizal, lulusan dr Al-Azhar, Mesir dan sekarang menjadi seorang ustaz..
Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Btg Kali, Hulu Selangor..
Qiena memegang diploma di Maahad Tahfiz serta memegang ijazah lulusan UIA..
Di sini antara gambar2 yg sempat ditangkap menggunakan kamera Onique (lama gille baru nak dapat dr minah nih!) ;p
Dah janji nak aplod...
Jom tengok!!!





bersama pasangan pengantin (berbaju warna gold)

dr kiri : Kenet, Angah, Qiena, Lina & Onique

Qiena & Faizal, pastu aku pun nyibuk...hehe..


Me & Qiena (makcikku ketika skolah!)

antara kami yg hadir menghabiskan makanan...ngeh..ngeh...

ni gambar candid...ape la yg dilakukan oleh Ustaz tersebut! ;p


muka ustaz Faizal @ husband Qiena secara dekat...haha..


Angah (me), wif Onique & Kenet - miss u all!!!

** To both of them - Selamat Berbahagia...

** To me - Semoga cepat sembuh!

** To ALL - Selamat berpuasa & selamat berterawikh...