Wednesday, June 18, 2008

rezeki..

Murah rezeki kakak ku...
TAHNIAH kpd beliau, telah mendirikan rumahtangga walaupun di usia hampir mencecah 30-an...
Dan hari ini beliau dan suami berpeluang mengerjakan Umrah atas tajaan BERNAS...
Waahhh...sungguh seronok skali...
Sesuatu yg diidam2kan oleh setiap umat Islam...
Menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah...

Malam tadi aku ke Tabung Haji, Kelana Jaya...
Ditemani Adik dan Azie... (thanks guys! always be there when needed!)
Berjumpa dengannya, sebelum bertolak pada pagi ini...memohon kemaafan, keampunan serta halalkan segalanya sebelum beliau berangkat...
Itulah ikatan kekeluargaan...sedarah sedaging...
Sungguh sedih dan emosi aku di kala itu...
Tak dapat dibendung lagi...
Moga selamat perjalanan mereka...
Selamat tiba di sana, selamat menunaikan segalanya, serta selamat pulang ke sini semula...
Ameen...

Begitulah kita sesama manusia seharusnya...
Kadang kala kita, manusia tidak sedar dan di luar batas akal ketika bertindak dan melakukan sesuatu...
Berkata-kata, bertindak dan beremosi tanpa disedari, kerana ia adalah lumrah seorang manusia yg penuh dgn kekurangan dan ketidak sempurnaan...
Kadang-kala dan selalunya apa yg kita cuba luahkan hanya utk kelegaan diri sendiri dgn penuh emosi dan tanpa niat lain, mungkin menyebabkan insan lain tersalah erti...
Begitu jua ketika seseorang itu khayal dalam melayan perasaan dan menulis apa yg dirasainya...meluah apa yg terbendung dlm hatinya...
Seseorang itu hampir lupa...mungkin ada insan2 lain yg sedih...kecil hati...tersalah anggap dan tersalah erti...walaupun langsung tidak berniat begitu...hanya sekadar ekpressi emosi...
Kerana emosi sukar diekspressi melalui lisan...mudahnya melalui tulisan...

Di situlah perlunya ada kesedaran dan fikiran yg rasional dan positif...
Dan yg paling utama...maaf bermaafan...memohon kemaafan...dan memberi serta menghulur kemaafan...
Itulah yg sebaiknya...

Maka..di kesempatan ini...walaupun bukan hari lebaran yg dinanti2 setiap insan...
Aku yg kerdil dan hina di sisi NYA ini, memohon jutaan keampunan dan kemaafan atas apa yg pernah dilakukan...apa yg pernah dikatakan...apa yg pernah dicoretkan...
Ku mohon pada semua yg bergelar manusia yg mengenali makhluk NYA yg sgt kerdil dan hina ini...
Mana tahu, tidak jumpa lagi selepas ini...ajal maut di tgn NYA...
Percayalah...tanpa niat lain...hanya sekadar mengekspressi emosi, mungkin di luar batasan kawalan akal waras di kala itu...
Mohon ampun dan maaf andai ada yg tersalah anggap dan tersalah erti atas apa yg diekspressi dan diluah di luar batasan waras akal itu...
Sesungguhnya kemaafaan itu sesuatu yg mulia...memohon dan menghulurkannya...
Selagi seseorang itu bergelar "manusia" ataupun "insan"... tiada yg sempurna sesungguhnya...

Manusia itu tidak sempurna dan segala2 nya telah diatur dan ditetapkan oleh Yang Maha Esa...
Segalanya...masa depan, perjalanan kehidupan dan rezeki yg dikurniakan...
Harus kita harungi segalanya dgn bijaksana dan bersyukur atas segala kurniaanNYA dan menerima seadanya segala2nya...
Bersyukur dilahirkan sebagai insan...manusia...
Berdoalah...agar menjadi insan yg ditetapkan iman dan berdoalah jua agar dimurahkan rezeki olehNYA selalu....insya Allah...

--- Life is a journey... ---

** To my dearest sister, Ayong - thanks and sorry 4 everythin'
May HE bless u and ur family always...ameeen...
** Sorry for the emotion...but how to avoid as long as it called as emotion...

Saturday, June 14, 2008

Sedih kah?

Tengok tajuk entry je..dah dpt membayangkan aku dlm keadaan sedih...
I'm in sad... *sigh*
Tapi, nape aku sedih?
Dah lama aku tak rasa sangat sedih...sangat sadis...sangat...it's hard to express... =(
Memang banyak benda yg boleh jd alasan sesuatu kesedihan...masalah kehidupan, peribadi, kerja, keluarga, kawan, dan macam2 lagi...
Aku? Sedih? Sebab? huuuu... *sigh*
Aku pon tak tau nape...
Ntah laa...
Kadang2 kita cuba utk jadi seorang yg memahami, yg cuba utk membantu org lain, yg bertanggungjawab, yg cuba menyelami apa yg dirasai oleh org lain, yg cuba berkongsi apa yg dirasai oleh org lain sbg seorg yg dpt memberikan sesuatu yg terbaik utk seseorg dgn penuh keikhlasan dan kejujuran hati...
Tapi, mengapa?
Selalu dan sentiasa seseorang itu menyalah anggap...menyalah maksud apa yg sebenarnya yg cuba kita lakukan...yg cuba kita berikan...
Tidak semua yg kita lakukan itu...akan menggembirakan dan memuaskan hati seseorang...
dan...tidak semua dan kadang2 tidak mungkin akan dihargai oleh orang tersebut...
Dan ini sekaligus menyebabkan hati seseorang yg ikhlas dan tulus suci itu sedikit terguris...dan terkalis dek apa yg ditunjukkan oleh seseorang itu...
Uhhh...dan inilah yg dinamakan lumrah sebuah kehidupan...
Tak semestinya setiap benda dan sesuatu yg baik dan murni kita lakukan itu akan mendapat penghargaan dan penerimaan yg baik daripada si penerima...
Dan itulah sebenarnya realiti sebuah kehidupan...
Dan akhirnya...kesedihan itu kadang kala tidak dapat dibendung lagi... *sigh*
Iskk...iskk...

** Sekadar gambar hiasan..

comelnya si kucing ini walaupon aku tak suka beliau scr realiti



mudahnya menjadi seekor kucing...

sukar mengekspressi apa terbuku di hati...

hidup tidak selalunya menggembirakan...kan?

** Sedih sungguh...susah nak kawal emoss sedih nih... =(

** May ALLAH bless me always...

Friday, June 13, 2008

Photos @ Irm's Wedding

I'm in MALAS...BOSAN...NGANTUK...SANGAP mode...but a lot of work to be done!!!
Here are some photos during Irminiza @ Irm's Wedding on 24th May 08...
Jom tengok...aku maleh nak type byk2...
Anak sape laa asik maleh je nih! huuuu....


Pelamin mereka...bukan pelamin aku! hehe...


Pengantin - Irm dan Hafiz

Acara potong pulut kuning yg berkaler kuning serta bertingkat 3...



Kelihatan rakan2 yg menggedik2 ngn sang pengantin...
Dari kiri - Adik, Irm (pengantin), Bitun (tdg biru), Aku & Minah...


Bergambar bersama pengantin...rakan2 yg memeriahkan suasana..



Mari berposing depan pelamin..

nape Adik mcm pelakon hindustan tu? huuu...


Say "Cheeseee...." hehehe...


Bergambar ngn 'mak budak', Ella bersama si kecik Nayli yg dah besar! ;p


Dlm bilik pengantin...

(tiada dlm gmbr : pengantin lelaki sbb dia yg snap gmbr ni) hehe..


Tangan Minah yg panjang menangkap gmbr ini...

Bitun, Aku & Minah...

Penatnya wat keje...huuuuu...Rasa nak menganggur balik jer!!!

** Mass - Jangan lupe diri, bongkak serta sombong ya setelah 'naik pangkat!"~~ (hahaha...ingat ini!) ;p --> wish u luck!

Tuesday, June 10, 2008

MenGapDet BloG!!!

Last apdet, aku wat laporan pasal rombongan Cik Lina ke Taiping...
yang mana kalau dibaca dan disemak utk bagi marks oleh chekgu BM aku mase skolah dulu, mesti kena pangkah beso2 punye! Dan semestinya dia ckp aku tak penah blajo wat laporan ke hape eh... ;p

Kemudian, aku mula bz semula...
almaklum laa..banyak toilet2 yg perlu dicuci, tingkap2 yg perlu dilap, sampah-sarap yg perlu dikutip dan dibuang serta pelbagai lagi kerja2 yg perlu aku lakukan meliputi skop kerja yg telah ditetapkan...
Begitu laa yg dinamakan kerja...komitmen...demi mendapatkan bersuap2 nasik utk idop... =)

Entry pd kali ini, saya akan membincangkan beberapa topik ya~

Topik 1 : Harga minyak naik
Aku mmg la sorang pengguna jalanraya, tapi menggunakan secara maksimum kenderaan awam yg terdapat di negara ini, bukan kenderaan peribadi..
Oleh itu, kesan secara langsung masih belum aku rasai lagi setakat ini sbb tambang bas serta kenderaan awam yg lain masih belum naik lagik...(setakat ini dan ketika entry ini masih ditaip!)
Namun, aku percaya, ia tetap jua akan NAIK!!!
Cuma, tak tau lagik bila...Biasa laa, sejak bermenjak ni, negara kita penuh ngn "kejutan" serta "surprise" (kalu seprais besday party ke..bess aa sket!)
Berpengalaman aku menemankan Adik beratur di Petronas hampir 2 jam semata2 utk mengisi tank beliau sehingga penuh pd malam hari terakhir harga minyak belum naik..
Perghhh...aku rasa seakan2 pesta fun fair minyak kat Petronas tu..sungguh meriah serta penuh dgn kegembiraan...huuuu...
Kesan paling utama ialah, kami akan jarang mengeteh pd ptg2 lps balik keje memandangkan semua nak save minyak melainkan sekiranya sahabat handai yg berkete tu sanggup naik public transport mcm aku nih haa...hehehehe...

Topik 2 : Engagement Day
Huuu...suka betol En Lee Ideris & Pn Hasanah, setiap tahun mereka akan mengadakan kenduri kawen yg sangat memenatkan... ;p
Ye laa, anak pompuan ramai sangat...sampai seru, semua kawen, dok ngan husband masing2..
Ahad lalu, 8 jun, adik aku bertunang ngn org Pahang..tahun depan kawen..
2007 - Adik aku ke 3 kawen
2008 - Akak aku kawen
2009 - Insya Allah, adik aku yg ke 4 plak kawen
20?? - Aku kawen... hahahaha...(sila gelak mcm hantu jepon ye~)
Huuu..aku? Ngeh..ngeh...tunggu la kalau ada calon (paling penting!) ;p
Pada hari engagement adik aku tu, aku dapat laa sebentuk cincin emas belah rotan serta sepasang kain ela berserta sepasang tudung..Boleh la wat baju raya..heeee...

Alala..nak letak gambo cincin yg kunun2 mcm aku yg bertunang tu, takde plak..
Nanti2 laa aku aplod eh..
Itu sahaja kot pengapdetan pd kali ini! Sekian... (^_^)

----------------------------------------------------------------------------


** CONGRATS to Mass dapat keje baru! (pasni ko xleh join ktorg menggedik! hehehe)
** To Nad - syukur alhamdulillah, ko semakin sehat...

Wednesday, June 4, 2008

Laporan Rombongan II

-- 1 Jun 2008, Ahad...

Perjalanan diteruskan di hari ke2..
Kami check out dr hotel lebeh kurang dlm kol 9 pagi dan terus ke rmh Ustaz Ziyad utk memulangkan semula iron yg telah dipinjam.. (moral : sila bawa iron sendiri kalu nak travel!)

Kemudian, bergegas meneruskan perjalanan ke Rawang bg menghadiri perkahwinan ex-classmet aku mase form 3, merangkap ketua kelas aku jua, iaitu Shahza yg melangsungkan perkahwinan ngn wanita pilihan hati beliau, Nor Fariza (chekgu skolah menengah)

Kami tiba di tempat kejadian pd jam 12 tghari, tepat2 ketika pengantin sedang bersanding..
Sungguh meriah makanan yg dihidangkan di rmh Shahza, aku rasa ada la dlm lebih kurang 8-9 jenis...Sangat best kami menjamu selera, ditambah pula perut memang sangat kelaparan tika itu.. (cehh..poyo plak ayat aku nih!)

Setelah selesai makan dan bersessi 'sawan gambar' bersama pengantin dan Khodir (ex-clasmet gak), kami pun meneruskan perjalanan ke Klang..Kami terpaksa meninggalkan majlis dan tidak menunggu rakan2 lama yg lain yg bakal tiba di majlis Shahza itu kerana ingin mengejar ke satu lagik wedding di Klang..
huh...letih..asik2 makan lauk kenduri..asik2 kenduri makan lauk.. ;p

Jam lebih kurang 115 ptg, kami menuju ke Klang bagi menghadiri perkahwinan Wan Suriati & Nabil Suffian pula..
Akhirnya, ke jinjang pelamin jua mereka..walaupun ramai yg tidak menyangka kehangatan percintaan mereka! hehehehe... =)
Kami tiba, tepat2 ketika pengantin sedang berarak utk ke pelamin dlm jam 2 ptg..
Terjumpa dgn Ismah & tunang beliau yg sudah hendak pulang..Sempat jua ber'sawan gambar' dgn beliau..
Disebabkan masih lagi dlm arena kekenyangan, kami hanya makan ala2 saje nak isi perut tipu2, selebihnya kami berborak dgn rakan2 yg turut hadir di samping melepaskan 'sawan gambar' lagi..

Setelah berada di majlis mereka dlm lebih kurang sejam, kami meneruskan perjalanan menggedik2 dgn baju kurung ke TUDM, Subang bg menghadiri Sambutan Jubli Emas 50 thn TUDM..
Uisshh..cane aku leh terlibat ni??? (ask myself...) Nih si Zaman punya angkara laa nih! ;p
Sempat jua ber'sawan gambar' ngn abang2 pilot...huuu..

Setelah selesai melihat2 apa2 yg patut di situ, kami pegi makan dan akhirnya pihak rombongan berpisah dan kembali pulang ke rmh masing2..Sebelum berpisah, ketua rombongan, Cik Lina sempat menjemput kami hadir ke majlis kenduri kesyukuran di rmh baru beliau di Subang yg akan diadakan pd Rabu, lepas Maghrib..

Penulis pulang ke rmh di Seksyen 7, dihantar oleh Cik Mass dlm jam 815 malam..Setibanya di rmh, berkemas2 pakaian, mandi...dan terus tidur seawal jam 9 malam..
Kesimpulannya, rombongan tersebut sangat best tetapi sangat meletihkan...

Sekian saje laporan rombongan saya pada kali ini..
Siap buat 2 sessi lagi tu... (mesti cikgu BM aku akan rase cemburu melihat kehebatan aku membuat laporan dgn penuh jayanya ini!) huhuhuhu....


** Bukti kejadian semua (gambar2 ketika 'sawan gambar') ada di blog Poonz
** CONGRATS buat pasangan pengantin... (Yunon & Zamri, Shahza & Fariza, Wan Suriati & Nabil) - Moga berkekalan hingga ke akhir hayat...

Monday, June 2, 2008

Laporan Rombongan I

-- 31st May 2008, Sabtu --


Aku nak jipang wat laporan rombongan! ;p

Begini la laporan tersebut :-

Seperti yg diplanning sejak sebulan yg lalu, misi rombongan Cik Lina ke Taiping utk makan kenduri telah berlangsung ngn jayanya pada 31 Mei 08, bersamaan hari Sabtu..

Rombongan diketuai oleh pemilik Purple Persona, Cik Lina yg diikuti oleh Cik Angah (penulis laporan ini), Che Poonz serta Cik Mass.. Hanya 4 org peserta saje yg terlibat dlm misi rombongan makan kenduri ke Taiping ini..Seorang lagi peserta, Cik Aimi terpaksa membatalkan pemergian beliau kerana ada hal peribadi yg terpaksa diuruskan di saat2 akhir rombongan ingin berlangsung..

Tujuan rombongan diadakan adalah utk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekelas Cik Angah & Che Poonz semasa di form 5 dulu (kira2 sedekad yg lalu), bagi memeriahkan suasana di samping menggedik2 berjalan2 buang masa + duit..
Lupa pula, nama rakan sekelas kami yg melangsungkan perkahwinan itu ialah Puan Nurul Ayuni yg lebih best kami panggil Yunon..Beliau telah selamat menjadi isteri kpd jejaka pilihan hatinya, En Zamri..

Perjalanan bermula jam lebeh kurang pukul 830 pagi, nak dkt2 kol 9 gak laa..Kemudian, berjumpa dgn Ann serta ahli2 kete beliau; Irmayanti & Quraisyah di R&R Tapah bagi mengkonvoi bersama2..
Lebih kurang jam 1230, kami tiba di tempat kejadian..Namun, pengantin masih belum tiba..Oleh itu, kami makan dulu dan menunggu mempelai tiba..Sambil2 menunggu itu, 'sawan kamera' mula mendatang..pelbagai posing telah dilakukan bg menghilangkan keboringan menunggu kehadiran pengantin..

Akhirnya, para mempelai tiba jam 230 ptg..uhhh..penat tunggu..sampai ngantuk2 dok tercongok dpn pelamin! hehehe...
Selepas menghabiskan sessi 'sawan kamera' dgn pengantin dan mengucapkan 'Tahniah' kpd beliau & suami, kami beransur pulang..
Ann dan rakan2 terus ingin pulang ke negeri Selangor, namun pihak rombongan kami terus check in ke hotel yg telah mmg dibook oleh ketua rombongan 2 minggu yg lalu..

Jam 545 ptg, kami dijemput oleh guru Bahasa Arab masa skolah menengah dulu (ustaz Ziyad) yg kebetulan tinggal di Taiping juga utk ke rumah beliau.. Beliau mengambil kami dan membawa kami ke rmh beliau yg indah itu di tgh2 bandar Taiping..
Di rmh beliau, kami dijamu serta kami bergossip2 dan mengimbau kenangan2 tentang kisah2 silam 12 tahun lalu bersama beliau dan isteri beliau, Ustazah Uraidah..
Huu..sungguh seronok bercerita tentang zaman2 muda dulu di samping bergelak tawa dgn guru lama yg telah mengajar aku sampai dpt A mase PMR tu..hehehe..thanks Ustaz Ziyad!
Selepas maghrib, beliau dan isteri membawa kami round2 sekitar bandar Taiping (ala2 tourist guard plak ustaz ngn ustzh mlm tu!) dan menghantar kami pulang ke hotel..

Naik ke bilik, terus kami bersiap2 utk melakukan aktiviti seterusnya...cuba teka..!!! hehehe...Kami pergi bersuka ria di Zoo Taiping @ Nite Safari!!! Waaahhhh....best! Sampai pening2 otak tunggu giliran..
Selepas letih menonton haiwan2 di sana, serta melihat aksi2 'mereka', kami pun bertolak jalan2 carik makan di tgh malam sekitar Taiping..
Makan sampai kenyang..!!!
Selepas selesai aktiviti makan2, kami pulang ke bilik dan melelapkan mata dan bersiap sedia utk aktiviti pada keesokan hari pula..

Disediakan oleh;
Cik Angah Lee


** Laporan aktiviti pd 1 jun akan bersambung nanti krn masalah teknikal! ;p