Saturday, March 22, 2008

saturday mOrning..

Hari ini ialah hari Sabtu...
Aku berada di opis... aku buat ape gi opis ye? Ya...aku buat bodo!!! huuuu...
Sangat laa tak best! Di kala org lain masih sronok2 berguling2 kat tilam...aku pulak pegi keje...
Huu.. bosan sungguh!!!
Al maklum laa... seorang cleaner yg bertauliah lg berwibawa seperti aku, bekerja tanpa mengira waktu demi kesejahteraan, kecantikan dan kebersihan kawasan yg telah ditentukan...!!!



Semalam lps keje, pegi ngeteh ngn rakan2 seantero sambil membincangkan topik2 biasa di Hakim...
Tapi, nampaknya ahli tetap Hakim tidak dpt menghadirkan diri atas sbb2 yg tak dpt dielakkan..iaitu Poonz dan Adik..
Yang available hadir adalah aku, Mass, Fiza dan Lina... makan kat situ mcm tak penah jumpe makanan semua org...bukan aku sorang je eh yg kuat makan.... ;p
Roti canai berkeping2... mee goreng... bihun goreng... huuuu... makan weih.. makan... =)



Disebabkan aku sampai opis sgt cepat pd pagi ini, maka aku pon mengambil kesempatan ini utk mengapdet blog bagi menghilangkan bosan yg melampau...
Aku pon ngn rajinnya, mengaplod gambo2 yg ntah bile2 punye ntah bg mewarna warni kan suasana entry aku ini... hehehehehe...
Setelah melihat gambar2 ini...baru aku sedar...
Aku memang 'sawan' bergambo!!!
Dah memang salah satu hobi aku... tangkap gambar!!!
Ngeh...ngeh...ngeh... :D






Aku & Minah mase hari raya kat rmh Fiza...





Aku, Qiena, Onique & Kenet...sweet memories...





Ni gambo gedik2 mase gi wedding Aqmar kat KISAS..
antara kami yg hadir.. (org yg tgkp gambo ni - Apek)






Ni mase zmn2 blajo dulu..Lela, Aku, Elie & Izz..

kat McD, Sek 3..






Gambo mase gi wedding Nadd kat Putrajaya..

tiada dlm gambo (Rayer & Wan Zokhri)

Hahaha... seronok btoll tangkap2 gambo... pastu tengok byk2 kali kalau boring2...leh sengih + senyum sorang2 mcm org gile... ;p

Bile laa nak beli digital camera nih...???

>> wireless dah dapat kembali!!! hahaha..bermaharajalela...!!! teeetttt...!

Wednesday, March 19, 2008

Che RoSe's WeddinG

Lamanya aku tak apdet...bz sungguh! =)
Memandangkan opis aku takleh nak bukak website yg pelik2 sket, termasuk laa web slide show, maka aku tak dpt la nak letak gambar2 wedding Che Rose ni menggunakan slide show..
Jadi, terpaksa la aku guna secara manual...mengaplod gambar2 tersebut satu persatu..
Huhh...letih!
Antara gambar2 yg disnap mase wedding Che Rose pada 9 mac lepas..


#1- Che Rose & Abg Deris di malam berinai


#2- berposing di bilik pengantin



#3- aku dan pengantin...Che Rose..


#4- Minah, Aku dan Lela kat pelamin di mlm berinai


#5- ambik berkat pelamin...hehehe...




#6- pengantin di hari persandingan... 9 mac 08

#7- pengantin berposing...



#8- rakan2 serumah..Azie, Liza, Adik, Lela & Aku

bersama pengantin baru...



#9- antara yg hadir memeriahkan suasana..



#10- bergambar ngn pengantin..TAHNIAH Che Rose!



#11- dah kenyang...huhu...




#12- me wif Anor...


Semoga Che Rose dan suaminya berbahagia hingga ke akhir hayat...
Penatnya aplod gambo!!!
** penatnya keje...... >_<

Thursday, March 13, 2008

fren's wedding

Hmm..aku pon dah nak stop citer psl politik..
Sbb kalu nak citer, mmg x kan abis2 punye, sampai kepala pon pening...huhu..
Oleh itu, aku nak citer mende lain..
Disebabkan entry aku sblm ni aku dah bersemangat citer tntg PRU 12, maka aku telah terlupa utk bercerita tntg wedding housemate aku, Che Rose pd 9 mac yg lalu...

Beliau yg bernama penuh, Rosmaizura dan telah diberi reka cipta nama sbg Che Rose oleh aku ketika sama2 blaja kat UiTM Melaka dan Shah Alam telah selamat diijab kabulkan dgn lelaki pilihan hatinya, Mohamad Idris pd Ahad lalu, sehari slps pilihanraya berlangsung..

Akhirnya...percintaan mereka yg bertahun2 itu sampai jua ke jinjang pelamin...
Billion of CONGRATS for her and husband...
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat... ameenn...

Best sbb dpt jumpe member2 mase kat Melaka, especially Anor (my ex-roomate, part 01)...
Lain2 yg hadir adalah Fifie, Niza, Izz, Lela, Adik + Zaman, Liza, Minah, Azie, Ben, dan lain2 yg aku dah tak ingat sgt sbb aku pon bz gak mase wedding beliau..(seakan tuan rmh pula)

Aku dah sedikit malas utk mengapdet skrg ini memandangkan sudah byk keje2 yg perlu disetelkan..
Memandangkan aku ialah seorg pekerja yg berwibawa, berdedikasi lagi berhemah, adalah baik sekiranya aku hanya 'mengular' utk sekali sekali saja...(tidak spt Poonz dan Shai ye..)
Ngeh...ngeh... (kena pijak pulak aku ni nanti!) ;p
Selebihnya, perlu ditumpukan pd keje2 tersebut ye... hehe...

Gambar2 perkahwinan Che Rose bakal diaplod nanti...aku kan bz wat keje..hehehe..
Selamat Pengantin Baru buat beliau dan suami..
Semoga cepat dapat baby... huhuhu...


** dah kawen rakan tido sblh tilam dan sebantal aku + rakan segedik aku tu... *sedeh sket*

Tuesday, March 11, 2008

Tsunami PoLitik?

Negaraku... *sigh*

Tentu anda masih terasa bahang2 kehangatan (bukan hot.fm ye) PRU 12 baru2 ini lagi..kan?
Apa yg ingin aku tuliskan di sini ialah berkenaan keputusan PRU tersebut yg sungguh tidak disangka2 dan tidak dijangka2 oleh semua pihak lebeh2 lagi adalah parti yg sgt glemer iaitu Barisan Nasional (BN)!!!
Aku jua ingin mengajak anda semua berfikir...bukan bertujuan menghasut atau memujuk apatah lagi utk melobi...
Tetapi, sekadar utk sama2 berkongsi pemikiran masing2..dan aku sama sekali TIDAK bermaksud utk menyinggung mana2 pihak mahupun menyakitkan dan mengguris hati mana2 insan yg membaca entry aku kali ini...

Sana sini...orang sibuk memperkatakan tntg isu ini...ke sana, tntg politik..ke sini, juga tntg politik..ke situ, juga lagi tntg politik...
Aduhhhh...aku jua tidak terkecuali dlm memperkatakan tntg isu ini...terutama tntg negeri tanah kelahiranku, Selangor yg kini telah bertukar tampuk pemerintahan, bakal diperintah dan ditadbir oleh pihak pembangkang!!!
Huuu...

Ye...aku jua spt rakan seantero, Masitah...
Kami mmg jarang berckp dan memperkatakan secara terbuka mengenai politik negara serta kejadian2 yg berlaku di negeri dan jua negara ini..
Hanya lebih byk membaca, mendengar dan jarang skali menyampuk berlebeh2an, malahan seringkali mendengar saja kritikan dan kutukan mereka2 tntg pemerintahan negara dan negeri ini dgn penuh tanda tanya dan persoalan2 di kepala..
Kami tidak seperti mereka2 yg berani dan mampu meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati dan berterus terang atas fahaman politik yg dipercayai...

Ya...memang tidak salah seseorang itu percaya dan berpegang kpd apa jua fahaman politik dan parti yg mereka sukai dan percayai...
Itu sudah semestinya...dan sangat semestinya...memandangkan kita semua ada hak masing2 dan seharusnya tiada sesiapa pun yg boleh menganggu gugat hak peribadi individu itu..bukan?

Namun, kali ini aku tergerak hati utk memperkatakannya...
Walaupun aku tau, aku bukanlah seorang yg pandai berbicara tntg politik, lagi2 politik negara dan dunia...
Bukan jua seorang yg berpendidikan dan beraliran majoring dlm political science ataupun law..namun, aku jua insan biasa yg ingin dan mahu berkata serta bercakap mengenainya..

Dgn perbincangan serius bersama rakan2 seperjuangan; Masitah, Ayim dan Minah yg turut memikirkan masalah2 negara dan isu2 politik di negara ini yg seakan dilanda Tsunami besar..
Ditambah2 lagi setelah mendengar isu saham yg semakin merundum akibat penjualan saham dr pelabur2 serta penurunan saham yg sgt mendadak setelah keputusan PRU yg tidak disangka2 oleh semua pihak itu...(mungkin tidak termasuk kpd mereka yg mmg dah sangka) akibat ketidak yakinan mereka setelah BN bukan menang secara 2/3 majoriti spt pilihanraya2 sebelum ini...
Ini jelas membuktikan bahawa selama ini negara kita telah ditadbir dan diperintah dgn baik oleh pihak kerajaan sehingga kita mampu hidup dgn tenang, aman dan cukup makan...

Harap faham ye rakan2...aku tidak terlalu taksub atau menyokong 100% kpd kerajaan yg memerintah...
Namun, jika anda semua fikirkan secara rasionalnya..anda seharusnya dan sememangnya perlu bersyukur...
Bersyukur atas apa yg ada..atas apa yg pernah dan telah anda kecapi selama ini...sepanjang hidup ini..
Anda tidak hidup dlm negara yg penuh dgn peperangan, kekejaman melampau, kekejian...anda tidak juga tinggal dlm negara yg kebuluran...tidak cukup makan..tidak cukup sumber untuk hidup...tidak bukan?
Malahan...anda bebas utk ke mana2...ke karaoke...ke bowling...ke panggung wayang...malahan, anda bebas utk mendengar ceramah agama, ke masjid2..ke surau2...mengadakan dan menganjurkan aktiviti2 keagamaan...atau ke mana2 saja tmpt yg anda ingin tujui..lawati..dan pergi..tiada siapa yg melarang...anda juga bebas mengamalkan agama masing2 serta membina rmh2 ibadat dan sebagainya...jelasnya...tiada siapa yg ingin menghalang..dan tidak pula anda ditangkap atau ditembak secara tiba2 tanpa tujuan...bukan?

Memang, memang tidak dinafikan...ya, sungguh tidak dpt dinafikan..ya...harga minyak naik...harga barang naik...segala2nya naik...tak pun turun2..sana sini cukai..cukai itu..cukai ini..
Tapi, tahukah anda..dgn hasil itulah anda dapat belajar..menghabiskan pengajian dan pembelajaran di institusi2 pengajian tinggi..sehingga berjaya menjadi manusia berguna spt hari ini..
Ada kereta..ada kerja bagus..ada gaji..ada segalanya setelah berjaya belajar tinggi2 dan mencapai cita2..yg pd asalnya wang yg anda perolehi dr sumber mana?

Pernahkah anda fikirkan...?
Jika tiada semua benda 'sampingan' spt itu selain sumber pertanian, perindustrian negara dan sebagainya semata2...anda fikir...mampukah negara kita dan rakyatnya hidup 'mewah', senang dan cukup makan spt yg dikecapi pd hari ini?

Pernah jua kah anda fikirkan...
Sekiranya kita bertukar tampuk pemerintahan, mampukah pihak pentadbiran yg baru ini menurunkan harga minyak...menurunkan harga barang...menghapuskan semua segala bagai cukai yg ada...? Mampukah?
Uhhh...persoalan2 ini perlu kita fikirkan secara rasional...secara matang...secara logikal...
Bukan secara emosional...

Aku tidak mengkritik pihak pembangkang...tidak jua ingin menghentam mana2 pihak atas apa yg dilakukan...dan tidak jua menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan...
Namun, aku cuma meluahkan apa yg aku rasa...apa yg aku fikirkan...apa yg tersirat dan tersurat dlm diriku...
TIDAK berniat utk menimbulkan kontroversi atau pergaduhan di sini...atau menaikkan amarah sesiapa..
Namun, setiap individu mempunyai pandangan masing2 serta hak untuk bersuara dan menulis..kan?
Ehhmmm...jika mahu berbicara soal ini, sampai bila2 pun tidak akan berakhir...tidak akan bernoktah...
Tapi, cukuplah sekadar utk aku menulis atas apa yg termampu...

Mohon maaf...sekiranya apa yg aku tuliskan ini telah mengguris atau menyinggung mana2 pihak yg membacanya..

Sesungguhnya, bersyukur lah atas apa yg ada di depan mata...
Atas apa yg telah dikurniakan Nya...
Fikirkanlah...


** entry yg menggunakan frasa bahasa yg baik skali...
** for Mass... we are still here, dear... *sigh*

Monday, March 10, 2008

Mengundi..PRU 2008

Tarikh : 8 Mac 2008 (080308)

Tempat : SK Sultan Abd Aziz, Kg Kuantan
Parlimen : Kuala Selangor (P96)
DUN : Bukit Melawati (N10)

Di atas adalah maklumat tentang pengundian aku masa hari pilihanraya lepas..
Aku pergi mengundi pada jam 1.30 ptg, memandangkan pd sebelah pagi begitu ramai orang dan aku malas nak berasak2 macam kat pasar malam ataupun kat majlis kawen..
Huuu..memang mase aku datang, orang dah kurang..so, senang laa aku nak meninjau2 keadaan sebenar tempat mengundi..

Aku ditemani oleh adik2 (Shima, Manja & Haziq) dan Lela (kwn serumah yg tak b'tanggungjwb sbb tak daftar sbg pengundi!!!) ;p
Sampai di tmpt mengundi, aku konpius...

"Huuuhh...ade khemah BN dan PAS&PKR...cane ni?? Nak gi mana satu? Ke terus je masuk mengundi??" -> ujarku dlm hati ngn penuh konpius skali...

Dengan agak sedikit sengalnya, aku menelepon bapakku yg sedang bz menjadi drebar pengundi2 di sekitar kampung, dan beliau berkata..

" Ko pegi kat khemah BN...jangan ngada2 nak pegi kat PAS..check nama kat situ, pastu baru pegi check kat SPR.."

OoooOOo...begitu rupanya...hatiku berkata...

Kemudian, aku terus ke khemah BN, dan terjumpa laa kwn2 skolah rendah aku yg mmg menjadi penjaga khemah BN (sbb puteri UMNO, ala2 mcm Masitah laa) dan ternyata mmg nama aku ada di situ...
Hehehe....memang la..dah tentu aku 'terdaftar' jadi pengundi pun sebab masuk puteri UMNO!!!
Kalu tak, mesti aku tak merasa jadi penyumbang dlm menentukan tampuk pemerintahan negara...(dgn penuh bangganya!) =)

Masa kat khemah BN tu, semua pakcik2 dan makcik2 BN (yg mmg aku dah sgt2 kenali) berkata sambil meng'influence' aku...

" Haa..ni anak si Lee ni...ko pangkah BN tau...ingat ye...lps mengundi nnti pegi kat balairaya, amek duit...pengundi luar.."

Aku hanya mengangguk dan berkata ya..

Meneruskan perjlnn nak ke tmpt mengundi, lalu di khemah PAS&PKR..

" Ha, ni anak si Lee...meh sini...ko jangan pangkah dacing tau...ko pangkah PAS ngn ADIL ye..jgn lupa tau.."

Huuu...aku hanya mengangguk jua serta tersenyum2 sendirian dan terasa spt lucu pula...owh..begini rupanya suasana mengundi ya.. penuh dgn lobi2an dan 'influence'2an..

Kemudian, aku meneruskan perjlnn ke meja semak daftar pengundi SPR, diberi no ke saluran 3, dan masuk ke dewan undian..
Memberi ic kpd penjaga di situ dan diberi kertas undian yg ada calon BN dan PAS&PKR di kedua2nya, Parlimen dan DUN..

Parlimen : Hj Jahaya Ibrahim (BN) vs Dr Zulkifly Ahmad (PAS)
DUN : K. Parthiban (BN) vs Murthiah a/l Maria Pillay (PKR)

Sape yg aku pangkah??
Ngeh..ngeh..anda tak perlu tau...kerana...
UNDI itu adalah RAHSIA!!! =)



bergambar sebelum masuk mengundi..

ketika konpius nak gi khemah mana satu..




saya dah mengundi...huhuhu...
*** gembira dapat duit rm30 sebab jadik pengundi luar... ;p
*** sedeh...huuuuuuu...(Mass, cane nih??) =(

Friday, March 7, 2008

PiLiHaNRaya..

Ye rakan2...serte sahabat handai... (sama je kan?) ;p

Saya akan pulang ke kampung halaman terchenta dlm masa beberapa jam saje lagik..
Saya tau...mesti anda tertanya2 dgn soklan berbentuk begini di dlm kepala anda, kan?

"nape dia nak balik kampung?"

Jawapannya...adakah saya akan bertunang? ataupun melangsungkan pernikahan ataupun menjalankan upacara persandingan??

Hahahahahahaha...

Ohoo....TIDAK!!!

Jawapan yg tepat ialah....
Saya akan menjalankan kewajipan sbg sorang rakyat Malaysia yg bertanggungjawab + berkaliber + berdedikasi + beramanah + berjujur...dan semua2 laa yg ber'positif' itu...!

Esok MENGUNDI!!!

Ya...mari keluar mengundi beramai2 pada esok hari ye rakan2...
Undilah sebaiknya...

Ape aku nak pangkah esok nih???

Selamat Mengundi pada semua...

Ingat...UNDI adalah RAHSIA!!!


*** masih terpikir2..nak undi ape ye???

Thursday, March 6, 2008

sambungan bulan..

Rentetan dari entry sebelum nih...

...Anda dan Bulan kelahiran anda...


JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja.


OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan.


SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik.


OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jalan tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat.


NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.


DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik.


Huhuhu... cemana?
Anda bersama sang bulan mana?
Tapi...aku tetap nasihatkan...nih bukan boleh percaya sangat...karut!

anda n bulan??

Haa...ini aku dpt email dr sorang member aku..
Aku sure korang semua pon dah pernah dpt, kan?
Takpe, aku khaskan dan dedikasikan pd sape2 yg tak penah dpt dan tak penah bace...
Oleh itu, mari kita saksikan..

...Anda dan bulan kelahiran anda...


JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi.


FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar.
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi.


MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.


APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros.


JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


*** di manakah anda dan bulan anda?
*** adakah menepati? huuu..jangan caye sangat weih...!

}} benti sat laa..
}} penat plak copy n paste nih.. ;p
}} nanti aku sambung... hehehe...

Tuesday, March 4, 2008

Apdet di pagi hari..

Semlm aku n Lela gi temankan Che Rose hantar bunting kawen dia kat kedai printing..
Design by Lela sendiri dan aku hanya jadik pengkritik bertauliah serta penambah2 perisa bg mencantikkan serta mengindahkan lagik bunting beliau...
Jadi, bg membalas jasa baik ktorg ber2, Che Rose suruh ktorg mengabadikan nama ktorg yg glemer nih di bunting beliau (bermakna ada terprint skali ye!)
Ngeh...ngeh..ngeh...terharu serta rasa mcm glemer giller!!! hahaha...
Ditulis begini,


Design by : Lela & Angah


Walaupun aku tak menyumbang dlm mereka2 grafik design bunting itu, namun atas jasa baik aku memberi kritikan membina dan menambah2 perisa, maka nama aku turut tidak ketinggalan diabadikan... (cehhh..perkataan 'abadi' nih mcm nak mati plak...huhu..)


Ehmm...bila dah keje nih, aku rasa banyak mende aku dah ketinggalan dan tak dapat nak buat dah...
Di sini antara mende2 yg telah aku pikirkan yg dah aku TAK dapat buat serta JARANG lakukan :


(1) tido di tengahari dgn gumbiranya...(takkan nak berguling kat opis plak!)


(2) tengok kartun2 yg banyak di tv9 (2.30 pm - 5.30 pm)


(3) tengok drama bersiri di tv3 (6.30 pm - 7.30 pm)


(4) tengok buletin utama (balik rmh je dah penat & ngantok!)
kesan : kurang sket pengetahuan am..

(5) tengok samarinda ataupun citer2 tv di tgh2 malam...huuuu...


(6) ber'tenet' (tenet = internet, bukan dating ye!) sehingga ke larut malam..


(7) masak!!! (beli je laa...dah tak larat nak masak2 bile dah lapar!)




Itu laa antara perkara2 yg dah hampir terdelete dlm rutin hidup aku masa aku dok menganggur2 dulu2 kala..
Sekarang, aku dah ada komitmen lain...Demi mendapat sesuap nasik..dan seketul ayam..serta sebotol kicap..huu...


Sekian, semoga aku akan dapat tido tengahari slalu satu hari nanti...hehehehehe...
gilloss ke angah nih!!! ;p




inilah wajah tepon bimbitku yg berjasa...(celcom & maxis) -
gmbr yg tiada kene mengena ngn entry..








si anak2 kucing yg boleh tido slalu...huuu...

** aku winduss kat ada orang tu laa...waaaa...

Monday, March 3, 2008

Mac datang..

Kalau tgk pada tajuk entry aku, mcm laa hari ni baru 1 hb Mac, kan?
Pada hal, hari ni dah masuk hari ke 3 dalam bulan Mac ini..
Wahh..mcm2 yg berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku sepanjang bulan Mac ini..

1 Mac (Sabtu)
Selepas pulang dr keje tu, aku tertinggal bas seranas nak balik..Jadi ngn belagaknya, aku naik bas rapid menuju ke seksyen 2..Sampai sek 2, aku dgn sabarnya menanti bas rapid 601 utk pulang ke rmh..Tunggu, punye tunggu, dan tunggu lagi..sampai laa aku dah naik ngantok di tambah lg ngn kelaparan tahap maksima! Nak gak tunggu bas 601 sbb nak jimat tambang, leh guna balik tiket rapid td..

Tapi, hampa...!!! Rupa2nya mmg bas tu tak gak sampai2, ntah nape ntah..dah terbalik kat tgh jalan ke apa! Memang aku hangin satu badan! Rasa mcm nak bakar2 jer semua bas rapid yg ada! Bengang aku! Maybe hari Sabtu bas ni kurang beroperasi kot...(bersangka baik!) huhh...
Last2, aku naik gak seranas dan akhirnya tiba di rmh jam 3.30 ptg..bengong!!!

Dalam jam 4.15, Ayim call dan suruh aku siap, ajak aku terus ke jusco bkt raja..Aku sempat laa menjamah sikit bihun goreng yg dimasak oleh Lela dan segera bersiap..Terus menuju ke jusco dan menemankan pompuan ni bershopping2..(sakan dia bershopping sbb kat Germany brg kan mahal2)

Sebelah mlm plak ktorg (aku, Ayim & Masitah) pegi melawat baby Dinie kat Damansara Damai..Pastu gi 'kidnap' mama Naurah ni (Dinie), bawak kuar lepak2 ngn ktorg kat Damansara...
Wahh..wahh..suka btol mak orang ni dpt meronggeng rokiah ngn ktorg2 yg muda mudi serta single ini lagik! hehehehe...
Cool laa mak orang nih! Lenkali kita hang out lagik eh Dinie!!! ;p

2 Mac (Ahad)
Kami ber3 ke Mid Valley pulak sbb nak menunaikan hajat cik Ayim yg nak shopping lagik! (tak abis2 minah ni bershopping!)
Heh...disbbkan sakan sgt bergossip, sampai drebar (Mass) terlajak laluan nak masuk ke Mid Valley! Hah..ambik! Kena la ktorg round2 satu kl, ntah mana2 ceruk rantau ktorg masuk..ngeh..ngeh...akhirnya, berjaya jumpa sign board tulis 'mid valley'!!! huhh...
Gedik2 kat Mid Valley sampai kol 5, trus gerak ke Plaza Alam Sentral plak..Mass telah 'merembat' sebuah hp baru Nokia, yg bukan 2nd hand ye..utk guna no celcom dia (official use only)

Penat sungguh aku seharian menemankan rakan2 yg gila bershopping!
Al maklum laa...karnival jualan sudah bermula!
Hanya aku yg dapat menahan diri dr membeli apa2 walaupun ada gak ciri2 ingin terpengaruh..tapi, aku masih berjaya!!! =)
Akhirnya, aku tdo awal...ye laa..nak keje pagi ni...

3 Mac (Isnin)
Hari ni besday Hezlin @ Elyn...
Happy birthday to her..Aku dah msg pagi2 tadi..
Skrg aku ada kat opis..dgn penuh kemengantukan lagik..
Dan seakan mcm tak nak gi opis pd mulanya...sbb lenguh2 kaki lagi akibat berjalan seharian semlm.. *sigh*
Haaa...dah...mari bekerja!
Semangat waja!
Chaiyo!

** ngantuknya saya...huuu....




Inilah Elyn (berbaju coklat)...Happy Birthday!

Saturday, March 1, 2008

huhuhu..

Hari ini hari Sabtu...

Aku kene keje, walaupon hari Sabtu..Semua org sedang bergumbira berguling2an lagik di atas katil sambil berehat2 memejamkan mata lagik!
Tapi aku...?
Waaaaa....kene bangun pagi seperti biasa, bersiap2, dan berkejar2an nak dapatkan bas...(ye ke aku berkejar2an? takde laa sgt!) *sigh*

Hari ini hujan turun renyai2 saje..tapi, still boleh membasahkan org sekiranya berada lama tanpa berpayung..Tapi, aku mana ada payung..aku main redah je, belasah je laa!
Saya sampai opis sangat cepat ye rakan2...
Memandangkan hari Sabtu, jalan tak jem sangat pagi2 ni, maka..saya berjaya sampai di tmpt nak thumb print (ala2 punch card gitu) pada jam 7.58 pagi!
Waaaahh...tahun depan agaknya aku dpt laa 'best staff' award kot!
hahahaha... (gelak spt hantu jepun!)

Sampai je opis, takde org lagik..Aku terus membuka pc dan melihat rakan2 yg sdg online..
Aku menyapa Gyote (member satu level kat uitm melaka dulu) yg sekarang sdg wat master kat UK..Aku pon borak2 laa ngn dia, berkisaran life dia kat sana...dan stadi dia cane...
Pastu, sempat gak aku bagi tutorial kat dia cane nak create blogspot nih.. (wahh..cam laa terel beno!) ;p
Sempat gak mengechat ngan Poonz b4 beliau nak berjingga ramba bermain bowling serta menonton wayang bersama rakan2 keje beliau..
Poonz...sory aa..aku tak dapat nak join ko! Kene keje laa....haaaa...
Padan muka aku!!! Dulu mase dok menganggur, sampai nak muntah2 aku bosan tak tau nak wat apa...sekarang? hehehe... tapi pun, aku takde laa tak suka ngn keje aku ni...suka je..cuma, cam tak best sikit laa kena keje hari Sabtu! huuu...

Seperti biasa, aku menjenguk2 ke blog semua org yg ade dlm list aku..
Tengok Sis GD punye blog, waahh..skrg beliau dah agak rajin mengapdet setelah melihat kejayaan aku kot! hahahaha...Nak lawan laa tu...
Wahai Kak GD, aku bakal mengalahkan kamu dlm hal apdet megapdet blog ini! ngeh..ngeh..

Oho..beliau kate, aku tak mungkin dpt kalahkan Poon ngn Shai ye...Ehmm..itu sudah pasti kak..
Diorang tu kan ke pekerja2 yg suka mengular saje ketika bekerja...
Bukannya nak memberi konsentrasi pd kerjaya seperti saya ini..Hanya menggunakan internet utk hal personal di waktu2 tertentu saje...
Huu...mati aku kene pijak ngn budak 2 orang nih kalau dorang tau aku mengutuk mereka2 di sini!
hahahahahahaha...(gelak spt mak lampir)
Pedulik ape, kan?
Ni kan blog aku...(nada riyak + takabbur!)
Sukati laa aku nak citer apa...ye tak?

Huu...okies...
Cik Angah, sila sambung wat keje anda ye.. =)
Owh...lupe nak bgtau dgn belagaknya...
Nama aku di sini ialah Cik Zila...
hahahahahahaha... Aku pun geli geleman je bila dorang panggil nama tu...hanya nenek ngn atok sebelah mak aku aje yg memanggil aku sedemikian...
Yang lain semua panggil 'Angah'...

Aku? Angah?
Dipanggil Cik Zila?

Wahahahahaha...name development!!! ;p

** pasni sambung wat keje! chaiyo!!!