Monday, January 28, 2008

kenduri lagik!

** Kenduri Makwe & AJL **

Semalam, 27th Januari aku dan rakan2 telah menghadiri majlis pertunangan Syida @ Makwe yg aku gelar sejak skolah2 lagik..
Beliau telah pun bertunang dgn jejaka pilihan hatinya iaitu Shafiq @ Sapex yg dan dijangka mendirikan rumahtangga di akhir tahun 2008 ini...
Huuuu..maka, akan berkurang lagi laa ahli2 single kawan2 kami... =(

Selepas tamat menggedik2 berposing2 di rmh Syida, kami yg terlibat (Aku, Poon, Mass, Minah, Adik + Zaman serta Azhar @ Apek) telah pergi meneruskan aktiviti sosial iaitu sessi minum2 air kelapa di tepi swimming pool rmh Lina di Bukit Belimbing..
Waahhh...rase cam nak terjun je kat dlm swimming pool tu...tapi, bak kate Mass...(nasib x bwk swimming suit!!) ekekekek...
Dah lps tu pulak, singgah kat rmh aku sbb nak packing2 barang nak balik shah alam...Aku dan Mass dgn tanpa rasa segan silunya menumpang Azhar yg sebenarnya dijemput ke majlis Syida sebagai jurukamera majlis..
Thanks Azhar!!

Setelah selamat sampai di Shah Alam, kami (Aku, Mass, Poon, Minah & Adik) meneruskan sessi gossip menggossip dan ngeteh di tmpt feveret Poon...Hakim baru, Seksyen 7!
Mari makan roti Naan...hehehe...

"Cehh...milo ais Hakim ni lagik mahal dr roti Naan dia...bengong!" -> ujarku dgn nada sedikit tak puas ati...

Selepas tamat sessi ngeteh di Hakim, semua pulang ke destinasi masing2 melainkan Adik yg ingin menonton siaran langsung AJL di bekas rmh sewaku (blok 20)...
Huuu...aku sgt setuju dgn kemenangan yg berpihak kpd Estranged...Itu Kamu!!!
Ye laa..kalau tak, mmg la aku rasa Faizal Tahir akan menang, tp padan laa muka dia..!!
Sape suruh gedik2 tayang badan kat tiwi!!! Haaa...kan dah kene!!! ;p
Aku sgt setuju kemenangan langsung tidak diberikan sama sekali kpd Siti Nurhaliza yg sememangnya aku sgt2 tak suke! Baguss..baguss...(sory Mass...aku mmg x suke beliau!)
Yang pasti, Estranged merangkul wang tunai rm12K + rm25K = rmrm37K...
Mereka merangkul bersih wang tunai tersebut memandangkan lirik & lagu adalah hasil ciptaan sendiri serta tiada penari2 latar...
Waahhh...kayo!!! kayo!!!
Huuu...bak kata Poon, kalau laa wang itu diberikan kpd kami...1st thing yg dilakukan adalah membayo hutang PTPTN yg bertunggak2an....hahahaha...

Sekian, itu sahaja pengemaskinian blog saya pd hari ini...
Saya tidak dpt memasukkan gmbr2 kerana blom dpt gmbr2 tersebut drpd pihak2 terlibat...

Saturday, January 26, 2008

upload gmbr...

** Sehari bersama Aimi @ Adik **


Semalam dgn baik hatinya serta penuh keikhlasan aku menemankan sahabat aku Aimi Syazwani @ Adik) yg telah berjaya menamatkan chambering law dan pegi ke 'daftarai' atau 'long call' untuk jd seorg peguambela & peguamcara yg bertauliah..
Kejadian itu dilaksanakan di Kompleks Mahkamah Tinggi Negara di Jalan Duta, Kuala Lumpur..
Waahh..itu lah pertama kalinya aku ke bangunan yg tinggi dan canggih itu..Seperti biasa aku dgn setianya menjadi cameraman Adik yg sakan bergambar bersama rakan2 beliau..
Uhh..CONGRATS!!! Pasni, Adik dah jadik lawyer...So, boleh laa tolong2 rakan2 ye... =)

Selepas tamat sessi tersebut, sekali lagik dgn setianya, aku menemankan beliau mencari2 serte meninjau2 butik2 pengantin yg ada di sekitar Shah Alam..
Almaklum laa, beliau bakal menamatkan zaman bujangnya serta zaman menggediknya bersama kami pada bulan Ogos nnti...
Ke sana ke mari...mencari2 serta sibuk2 tnya2 harga semua...dan yg paling pasti, aku laa yg paling poyo nyibuk2 tnya harga pakej laa...ye laa tulung kawan2 kan...hehehe...

Ehmm...mase tu, aku ade kate nak letak gmbr2 pertunangan beliau last year tu...So, di kesempatan ini, aku 'ter' rajin plak seketika...maka, aku pon aplod laa slide show...


Yg penting, aku ngn Poon pasti akan terasa 'kehilangan' beliau sebab, antara kami ber3 (Aku, Poon & Adik), beliau yg akan kawen dulu....huhuhuhu....sedeyyyy....
Kami mmg baik sejak skolah lagik sbb kami duduk ber3 dlm kelas dan antara wanita2 yg paling suka tido dan malas siapkan keje skolah lebeh2 lagi Add Math!!! hehehe...



Thursday, January 24, 2008

entry lagik..

** Dirimu sangat Berharga... **

Mari kita sama2 tgk ape yg berlaku...Ini ialah untuk seorang yg bergelar WANITA...

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak
** Taurus(21 April-20Mei)
** Virgo(24Ogos-23 September)
** Capricon(22 Disember-20 Januari)
*seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang
** Aries(21 Mac-20 April)
** Leo(24 Julai-23 Ogos)
** Sagittarius(23 November-21 Disember)
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang
** Gemini(22 Mei-21 Jun)
** Libra(24 September-23 Oktober)
** Aquarius(21 Januari-19 Februari)
*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak
** Cancer(22 Jun-23 Julai),
** Scorpio(24 Oktober-22 November)
** Pisces(20 Februari-20 Mac)
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

NASIHAT YANG AMAT BERGUNA UNTUK WANITA & UNTUK PENGETAHUAN KAUM LELAKI JUGA
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


jalan2..

** mari berjalan! **


Sejak kelmarin, dgn gumbiranya aku telah berada di Shah Alam...bergegas pulang dr Kajang lps abis keje (abis ke keje tu?)
Aku menghabiskan cuti Thaipusam yg dah jd public holiday kat KL & Putrajaya di Seksyen 7, Shah Alam...mcm biasa la, kat ex-rumah lama aku mase blaja2 dulu...ngn rase tanpe segan silunya aku melepak2kan diri di situ lagik! hehehe...

Pastu, disebabkan rase amat bosan, aku msg2 ngn Mass n Poon memberi cdgn yg sangat best...ajak dorang ngeteh di sekitar2 sini je..Kemudian, aku pulak tetibe mencadangkan cdgn kedua agar kami melawat mak ayah Aimi @ Adik yg baru saje pulang mengerjakan haji..
Setelah mendapat kata sepakat yg sepakat2nya, maka tiba la Masitah ngn cik kelisanya untuk menjemput aku di rmh..kagum btol Mass dah bawak kete!!! ;p

"weih...Poon mana? ko x amek dia ke? dia suh ko amek dia kat umah laa.." -> soalku.

"dia tepon aku dah td..nnti dia dtg sini jap lagik..." -> ujar Mass.

Huuu...kalu Poon punye 'kejap lagi' dia tu...takleh nak cakap laa...mau sejam ke..setengah jam ke...ngeh..ngeh..(betol kan Poon???) :D
Memang benar, kdtgn nya sangat lambat...sehingga aku dan Mass telah pon berjaya bergilir2 mengqada' hajat...
Namun sempat jugak beliau (Poon) mengsms aku bertanyakan soklan ini..

"Korang dah makan ke blom?"

Wahh...sounds like nak belanja je tu...ye ke? Maka, aku pon reply laa slps mendapat nasihat Mass jua..

"Blom...nape? Nak belanja ke? hehehe..." -> balasku.

Cesss...dgn rase hampanya aku dan Mass mendapat balasan yg sgt pendek dan padat drpd beliau..

"TAK"

Huh...hampeh! Takpe laa...nnti mesti ktorg nak makan kurma, kismis byk2 kat umah Adik serte meminum air zamzam byk2...hihihi...
Setelah menanti Poon lebeh kurg hampir setgh jam, beliau sampai di bwh dan hanya mengarahkan kami terus turun..
Kami bergerak ke destinasi menaiki kelisa yg dipandu lalu oleh cik Masitah...(merasa gak aku naik kete yg dipandu oleh Mass!)
Lebeh kurang dlm kol 2lebeh camtu, ktorg pon sampai rmh Adik..Ye, tepat skali, kami dihidangkan ngn kismis, kurma, buah zaitun, kekacang, dan air zamzam...Waaahhh...lazat sungguh makanan2 yg dibawa dr Mekah ini! Alhamdulillah...
Namun, tidak ketinggalan, kami turut dihidangkan ngn nasik minyak kot..ntah..aku pon x sure, tp yg aku tau mak Adik ckp nasik tu masak guna rempah ratus dr Mekah...
Ooohhh...alhamdulillah..rezeki lagi...makan...hehehe...
Makanya, tak kesah laa tak dpt makan Poon belanja... ;p

Dah setel2 semua tu, ktorg pon dok la borak2, gossip2...ye laa..lama dah x jumpe, masing2 bz ngn life masing2...huuu...nih blom kawen lagik nih dah bz gile!
Adik pon mengambil keputusan nak ikut ktorg balik Shah Alam sbb nak jmpe ngn tunang beliau..Ktorg pon singgah la di tempat ngeteh kegemaran Poon...Hakim baru!
Kat situ, sambung lagik borak2 serte gossip2 terkini dan juga membincangkan topik2 isu2 semasa yg sdg hangat di Malaysia masa ini antaranya spt Kisah Kehilangan Adik Sharlinie...
Tak sangka, rupe2nya kami juga tergolong dlm golongan org2 yg prihatin dan sensitif ngn isu ini...kan Mass? =)
Ktorg beredar dr kwsn mengeteh setelah azan Maghrib berkumandang...Dan hasil makan dan minum kami ditaja oleh Poon akhirnya! ngeh..ngeh...thanks dear Poon!!! ;p

Sekarang, hari ini, aku masih di sini...di mana? Hanya DIA yg Maha Mengetahui segalanya...
Huuuu...ade keje pon, mcm xde keje...byk sangat dugaan dan cabaran yg mendatang!
Jangan risau Mass...ko pasti akan bertemu 'jodoh' kerja nnti!
Aku doakan...ala...rezeki kat mana2 beb!!!

Yang penting, sangat seronok bersama kawan2...lagik2 ketika semua blom ade komitmen berkeluarga...
Tapi, lps ni, Adik dah x dpt laa nak joint venture ngn ktorg2 yg mmg ahli2 tetap SnA Club nih nak lepak2, gossip2 lagik sbb dia dah nak KAWEN!!!!
Waaaaaaaaa....sedeh... =(

** Hopin' dat our frenship will last 4ever...

Saturday, January 19, 2008

lirikz..

** Kekasih ku...??? **

Ehmm...tetibe jer bile aku tgk2 album gambar mase aku muda2 tu...teringat plak kat orang2 tertentu...huhuhu...
Nak kata sedeh..sedeh la gak..tapi semua dah pun lepas...
Bak kata omputih tu... Let's gone be bygone...
Tetiba plak aku terbukak lagu yg tajuknya "kekasih gelapku" nyanyian dari Ungu..

Sekarang nih, aku sendiri pun confuse...apa yg dimaksudkan ngn 'kekasih gelap' tu?
Adakah sebab kekasih tersebut berkulit gelap?
Ataupun mungkin dia tu gelap sebab kabur...tak nampak?
Ataupun sebab terjumpa kekasih tu di waktu gelap?
Ataupun kekasih tersebut hanya boleh dijumpai ketika suasana gelap? (uiisshhh..hantu la kalu camtu eh?)

Apa2 pun, yg pasti...lagu nih btol2 men'touching' kan hati aku...
Huuuu....
Aku malas nak letak dia nye video clip...so, aku letak laa dia nye lirik jer...
Mari kita tengok bersama2...
Lagu yg men'touching'kan ini...


ungu - kekasih gelapku

*Ku mencintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku
a…….hidupku…….a……..

ulang *

Ku tau ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tau ku takkan bisa memberikanmu
Waktu yang panjang dalam hidupku

ulang *
mari...layannnn.............

Thursday, January 17, 2008

apdet!

** apa2 aje laa... **



Lama gak dah aku tak apdet blog ni ye...

Aku tau, mesti banyak dah suare2 sumbang yg ngutuk2 aku sebab tak apdet2 blog nih..kan? terutama adalah...saudari Masitah serta Shy-da...(suke2 ati aku jer petik2 nama2 mereka yg terpilih ini!) huhuhu...

Aku telah ke Shah Alam sejak hari Selasa yg lalu kerana ingin menghadiri temuduga terbuka serta mencuba2 nasib mencarik2 keje di sekitar2 bandar anggerik yg harmoni ini..Macam biasa, melepakkan diri dgn selambanya di 'bekas rumah lama' ku di Blok 20, Seksyen 7..
Terima kaseh tidak terhingga kpd ahli2 rmh tersebut krn sudi memberi tumpangan kpd diriku ini...Thanks guys!!!

Mula2 aku pegi ke Pasaraya Bintang yg baru nak beroperasi di Seksyen 7 (berhadapan dgn pintu belakang UiTM) dgn harapan ingin memohon jawatan2 pentadbiran di pasaraya tersebut..Maka, dgn penuh semangat wajanya, aku pegi bersama Che Rose ke sana dgn membawa segala macam sijil2, resume semua laa..Sampai di sana, kami disuruh mengisi borang dan terus dipanggil untuk ditemuramah @ diinterview..

" apa jawatan u mau mintak..?" -> soal amoi yg amek borang ktorang tu.

" ntah...ape jawatan yg ada..?" -> soalku pulak pd dia.

Kemudian, amoi tersebut pon cakap yg jawatan2 eksekutif semua dah diisi dan mereka2 telah pun mula bekerja..

" Amoi, jawatan promoter, cashier, supervisor sama account clerk ada kosong lagi...U mau try ka..?" -> tanya si amoi yg jua memanggilku 'amoi' itu lagi.

Aku pun cakap kat dia..." Saya nak keje yg opis hour, Ahad cuti, sebab senang nak pegi kenduri kawen nanti..."

Huuhh..aku rasa amoi tu pon nyampah jer dengar ayat2 aku tu..kan? hehehe...dah la nak mintak keje, pastu nak demand2 plak keje ade cuti hari Ahad laa..opis hour laa..Tapi, memang ada!!!
Amoi tu menyarankan aku supaya try apply Account Clerk, sbb keje dr kol 10 pg - 7 mlm, Ahad cuti! hehehehe...

" Takpe, u tunggu kita call...before this Friday, kita akan bagi jawapan..ok? " -> ujar Amoi tersebut memberi sinar harapan.

Namun, sehingga ke hari ini, aku masih tak dpt panggilan harapan tu lagi dr pihak pasaraya Bintang tu..huuu...tapi, aku mmg takde mengharap sangat pun..
Aku still meneruskan usaha giat mencarik keje serta mengisi2 segala2 borang yg ada..

Pagi tadi aku pegi ke satu interview yg dikelolakan oleh salah sebuah job agency, eh bukan..organisasi nih tak bg org panggil dia job agency, sbb dorang kata dorang adalah "job consultant"...perunding pekerjaan, terletak di seksyen 9, shah alam...
huu..aku suka mamat yg interview aku tu..comel btol aku rase! hehe..dah la comel, baik plak tu..
Macam biasa la, ayat pertama kalau kene interview...

" Okey Fadzilah, introduce yourself.."

Huuu..ape lagik...merepek2 laa aku sesuka hati...itu ini..begitu..begini...sekian...

Ehmm...yg aku ingat mamat tu cakap ialah...

" Ya cik Fadzilah, selaku perunding pekerjaan, kami akan pastikan cik dapat pekerjaan yg sesuai dengan kelulusan, pengalaman serta minat cik. Jadi, kami akan cuba sedaya upaya membantu cik dan kami akan hubungi cik sekiranya berjaya mencarikan pekerjaan yg sesuai utk cik ye.."

Ehmm...ape lagik nak ckp..mesti la aku cakap..."Terima kasih..Baiklah.."
Sampai bilakah aku akan berhenti memegang gelaran sebagai 'penganggur' ini?
Oh Tuhan...tolonglah hamba Mu ini........
Sape2 yg ada keje kosong, sila laa bgtau kat aku...(huu..ini dah kes mmg btol2 nak bekerjaya dah nih!)

** Kepada sahabat seangkatanku dan sepengangguranku, Masitah...'bile kita nak jadik org bekerjaya nih Mass?'
Semoga kita sama2 akan dapat keje dan takkan digelar 'penganggur' lagik!!!

Waaaaaaaaaarrrrrrggggggggghhhhhhhhh....tensennnnnn!!!!!!!!!

Thursday, January 10, 2008

ucapan

** wishin' **

Kepada : Semua umat Islam di seluruh negara,
Saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 1429 Hijrah...
Semoga kita sama2 mendapat rahmat dan keberkatan NYA sentiasa....

Mari layankan lagu yg sgt popular di Awal Muharram...

Satu Muharram detik permulaan..
Perkiraan tahun Islam Hijrah..
Perpindahan Nabi dan umat Islam..
Dari kota Mekah ke kota Madinah..
Atas keyakinan dan iman yg teguh..
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu..
Rela berkorban harta dan nyawa..
Demi menegakkan Islam tercinta..

Hijrah itu pengorbanan..
Hijrah itu perjuangan..
Hijrah itu persaudaraan..
Hijrah membentuk perpaduan..

Oleh itu, mari semua..
Kita sambut Maal Hijrah..
Tingkatkan semangat..
Tegakkan syiar Islam..
Untuk sepanjang zaman..


Huu...tak sangka aku masih ingat lagik lirik lagu ni... hehehe...

psstt..korang dah bace doa akhir dan awal tahun??

Friday, January 4, 2008

kematian....

** cerita tentang kematian... **


Walaupun aku membencimu...namun aku tetap dan masih ada rasa simpati dan kemanusiaan terhadapmu...
Hari ini aku sedikit bersedih, tetapi tidak sesedih adik2 lelakiku, Haziq dan Hanif yg sepanjang hari murung dan sepi tanpa bicara keletah seperti selalu...(benarkah?)


Seperti yang pernah aku ceritakan suatu ketika dahulu (dlm entry lepas), adikku Haziq telah memelihara seekor haiwan pendatang tanpa izin ke rumahku yg bernama Nanok iaitu seekor kucing betina yg sedikit cacat (tempang kakinya)
Setelah beberapa lama dlm pemeliharaan adikku (yg tidak direstui aku!!!), si Nanok telah pun berbadan dua tanpa diketahui siapakah suaminya...
Beliau telah ditatang seperti minyak yg penuh oleh kedua2 adikku itu...namun, aku seperti biasa..seringkali berpura2 seperti kura2 dlm perahu terhadap beliau...(anti sungguh aku!)
Walau bagaimanapun, aku telah berubah sedikit, tidak sekejam dulu...membaling serta menyepak makhluk ini seperti sebiji bola sesuka hati (hanya saudari Lela yg tahu peristiwa di Melaka ini)...aku dah insaf dlm bab ini...huuu...


Bertukar kepada tajuk asal...ditakdirkan Ilahi, Nanok selamat melahirkan 4 ekor anak kucing yg kecil berjantinakan 2 jantan & 2 betina pada 26 Disember yg lalu...
Waaahh..bertambah riang ria lah hati adik2 lelakiku itu menyambut kehadiran 'makhluk baru' dlm rumah aku...(yg menambahkan lagi kemenyampahanku!!)


Uhh...belum pun sempat anak2 si Nanok membuka mata utk melihat keindahan dunia, 2 ekor anaknya telah pun ditangkap oleh si kucing putih jahat lagik kejam (10x lebeh kejam dr aku!) ketika kami sekeluarga tiada di rumah..Kucing jahat lagi keji itu telah menggigit serta memakan anak2 kucing yg tidak berdosa itu...(bab ni aku mmg sedih gile!)
Si Nanok turut bersedih di atas pemergian anak2 beliau yg menyayat hati...Beliau semakin berhati2 menjaga 2 ekor lagi anaknya agar tidak lagi menjadi mangsa kekejaman dan kerakusan kucing putih lagi kejam serta keji yg tidak diketahui pemiliknya itu!


" cess...kalau aku dapat kucing brengset tu...aku pijak2 perut dia sampai terkeluar2 isi perut dia! mampus ko..!!!" --> ujarku dalam hati dgn penuh kejamnya.


Begitu jua dengan kami sekeluarga, memberikan tempat penginapan dan persembunyian yg selesa dan selamat buat Nanok dan anak2 beliau..
Namun, cerah tidak sampai ke petang, mendung menyusul di tengahari (betul ke peribahasa ni?)...pada petang semalam, kucing jahat itu kembali semula ke rumah ku tanpa pengetahuan semua pihak (semua tgh sibuk serta khusyuk tengok tv) serta menangkap dan menggigit kedua2 ekor anak Nanok yg tinggal..


Namun, kejadian tersebut telah disaksikan oleh Haziq, lantas dia menjerit sekuat hati menyebabkan kucing jahat itu terkejut beruk serta meninggalkan anak2 kucing itu di dapur rumahku dan berlari menyelamatkan dirinya...


Beginilah jeritan Haziq --> "Mak...kucing jahat tu tangkap anak Nanok...darah..darah anak dia..."


Kami bergegas ke dapur...dan aku mmg sedih sungguh menyaksikan anak2 kucing itu telah pun bermandikan darah kerana mengalami kecederaan serius di leher...sehingga terkulai layu...iskk..isskk...
Kedua2 nya tidak dpt diselamatkan lagi...meninggal di tempat kejadian...innalillah...
Bagi menghormati mayat kedua2 ekor anak kucing itu, aku mengiringi Hanif dan Haziq mengebumikan mayat tersebut...


Kulihat kedua2 adik lelakiku begitu bersungguh2 mencangkul tanah serta menanam mayat anak Nanok serta menyiram dan meletakkan tanda (mcm ala2 batu nisan) di pusara serta adikku Haziq membacakan Al-Fatihah dan beliau begitu sedih sekali...
Pada ketika ini, hatiku sedikit tersentuh...sesungguhnya semua makhluk Tuhan itu mempunyai nilai nyawa yg amat berharga dan sepatutnya tidak perlu digugat dan dikejami oleh sesiapa sahaja melainkan Dia...
Aku menyedari dan menginsafi kejadian yg bergelar kematian ini...


Namun, sesungguhnya kita harus pasrah dan redha atas sebuah kematian kerana setiap yg bernyawa itu pasti akan tetap kembali semula kepada Nya...
Begitulah yg kulihat pada si Nanok sehingga ke hari ini, tetap tabah, pasrah dan redha atas kehilangan dan kematian kesemua anak2nya...




wajah sepi seorang ibu kucing tunggal...

Wednesday, January 2, 2008

thn baru..

** 2008... **

Selamat Tahun Baru @ Happy New Year 2008...

Owh...hari ni adalah merupakan hari ke2 di thn 2008..Semalam dah masuk thn 2008, aku hanya berada di rmh sambil menyaksikan konsert di sisimu tv3...bestt..bestt..
Pastu tgk plak percikan bunga2 api dlm tv...bestt..best...Tak payah nak merebut2 serta berasak2 ngn org ramai kalau pegi btol2 ke tempat kejadian... (ayat penyedap hati sbb mmg x leh nak pegi pon...huuu..)

Attn :- Ayat2 di bwh ini bakal menggunakan penggunaan BM yg betul serta tersusun...(hopefully!)

2008...
Thn baru...bertambah lagi la segala2nya...
Yang paling penting bertambahnya 'umur'...
Bila bertambahnya umur, maka bertambah la segalanya...pahala..dosa..tanggungjawab..jadual kehidupan..dan apa2 lagi yg sepatutnya bertambah seiring dgn umur kita...

Tahun 2007 yg lalu,
Banyak meninggalkan kenangan dalam kehidupan...manis, pahit, masin, masam dan segalanya..
Segala yang berlaku dan berlalu diharap dapat memberikan 1001 pengalaman dalam hidup agar aku dapat menjadi seorang manusia yg lebih matang dan menghargai erti kehidupan yg sebenarnya..
Semoga segala yg telah dan pernah aku tempuhi sepanjang thn 2007 yg lalu, dpt menyedarkan aku tentang erti sebuah kehidupan yg sebenar, tentang betapa Agungnya DIA Yang Maha Kuasa dlm mengatur serta mengacarakan sesebuah kehidupan bg setiap individu di muka bumi ini...
Semoga segala yg berlaku dapat memberi sepenuh keinsafan dalam diri, justeru dapat menjadi dan melahirkan individu yg lebih bersyukur dan lebih bertakwa kepada Nya... insya Allah... =)

Apa yg diharapkan, semoga dgn kehadiran thn baru ini...lembaran baru ini...bakal dan akan menjernihkan serta mensucikan lagi kehidupanku ini...
Semoga aku akan lebih bersemangat, berazam tinggi untuk mencapai segala apa yg aku idamkan, impikan, dan inginkan...
Semoga aku akan lebih menambahkan usaha bagi memajukan diri serta menaik tarafkan hidupku...
Semoga aku dapat melupakan segala kenangan pahit dan sedih yg sentiasa menggamit hati dan perasaanku ini... betapa sukarnya!!! =(

Aku memohon kepada NYA...semoga DIA akan sentiasa merahmati kehidupanku serta aku dapat menjaga dan memelihara imanku...ameeenn...
Harapanku...semoga 2008...memberi yg terbaik buatku...

** to all frens who had shared the sweetest memories wif me during 2007...thanks a lot and wishin' u all...HAPPY NEW YEAR & all d best in ur life... =)
** to my beloved one..."seseorang" - u're always in my heart...huuhh...