Saturday, December 20, 2008

Minggu tak Normal!

Lama rupanya aku tak apdet!
Nak apdet je, mesti tak sempat...
Takpe, kali nih aku cuba utk sempat2 kan... =)


Ini cerita minggu ku yg tidak normal sejak cuti raya aji hari tu...
Huuu.. tak sempat nak terjah rumah sape2 raya aji ni...
Psssttt Ismah, Nanti ktorg akan terjah rumah ko mase wedding ko nnti eh! ;p


9 Dis (Selasa) - Pulang ke Shah Alam semula sebab cuti raya aji dah abis. Malam tersebut aku dilanda seram2 sejuk + pening2 + selsema + batuk2 (simptom2 demam telah tiba)

10 Dis (Rabu) - Sebagai pekerja yg dedikasi, aku gagahi jua ke tempat keje (sebenarnya sbb aku dah takde cuti!). Walaupun mata berair2, pedih2, pening2, aku masuk gak ke opis. Sampai tghari je, dah tak larat, terus dibawa ke klinik waktu lunch, dan dpt MC drpd puan doctor...Cehh...rugi...rugi...gi klinik tghari, maka dpt MC pon dah tghari. Balik rmh (dihantar oleh K. Earni), terus tido slps makan dadah (ubat yg dibagi oleh puan doctor)

11 Dis (Khamis) - Tak keje, sbb cuti Besday Sultan Selangor (yg ke berapa, aku pon tak tau)Kondisi masih tak stabil lagi. Tapi, aku bersiap jua pagi2 hari utk ke PPUM bg mendapatkan follow up rawatan kaki aku serta mendapatkan surat pelepasan aktiviti lasak. Pergi dgn keadaan yg sgt pening dan tak sihat sungguh! Huuu...
Slps berjaya berjumpa ngn encik doctor (lps kena tunggu hampir 2 jam lebeh, sempat aku tido2 kat situ!), aku terus bertolak balik, tggu bus rapid menghala ke kl sentral. Pastu, aku pon tak tau nape aku turun kat Mid Valley (mebi sbb ramai org turun kat situ). Jalan2 sorang2 kat Jusco, tgk2 baju, tapi aku tak beli ape2 pon...Masuk toilet Jusco (yg sememangnya cantik, siap ade kusyen, bilik baby) aku makan ubat, dan tak sedar aku tertido kat bilik baby...sampai laa nak dekat kol 4 ptg! Gila kuat penangan dadah (ubat batuk, selsema, demam, kahak, antibiotik)!!!
Dgn penuh sgt terkejutnya, aku terus keluar dan bergerak utk pulang ke Shah Alam...


12 Dis (Jumaat) - Keje lagi, sbb dah takde MC. Masih tak stabil..tak sehat lagi. Aku tido di opis lps makan ubat sampai kol 5. Terus pulang, singgah ke klinik lain di pkns, dapat MC utk esok pulak. Owh...esok adalah hari yg lagi sgt meletihkan! Penuh dgn aktiviti yg dah disusun atur ketika sihat, tapi perlu diteruskan walaupun aku masih dilanda demam slps raya aji! Pulang ke rmh, terus menyiapkan keperluan2 utk aktiviti esok...dan terus tido...


13 Dis (Sabtu) - Pagi2 terus bersiap sedia ke Jalan Elmu, aktiviti pertama aku pd hari itu. Aku tak keje sbb MC, mengikuti program sehari pac ptd yg kukira gagal pd awalnya. Dgn dlm keadaan yg masih tak stabil, aku pegi gak dan disebabkan hujan, program berakhir awal drpd jangkaan. Slps hujan reda, terus menunggu rakan2 di Asia Jaya bg meneruskan aktiviti seterusnya. Singgah di masjid UIA PJ, bersiap2 utk ke annual dinner company di Damansara. Walaupun masih berkondisi demam, kugagahi jua...


14 Dis (Ahad) - Aku dah bersiap2 utk ke mjls perkahwinan kawan2 (aku dpt 5 undangan sekaligus pd hari yg sama), tapi mesti laa aku tak dpt pegi semua2 sekali. Aku dah janji ngn cik bitun utk pegi 3 wedding je. Kak Ellieya (Tg Karang), Kak Wiwiey (Kuala S'ngor) dan Shima (Sg Serdang). Yang lagi 2 wedding terpaksa aku tak pegi sebab jarak yg agak jauh. Kak Ellieya & Kak Wiwiey adalah kakak senior skolah aku (antara akak2 yg baik ngn aku), dan Shima adalah rakan kelas masa form 2 & form 3 dulu...


15 Dis (Isnin) - Demam lagi, tapi gi keje gak...


16 Dis (Selasa) - Dah tak demam, tapi selsema + batuk + pening lagi. Tapi keje gak...


17 Dis (Rabu) - Masih selsema + batuk, tapi tak pening sgt.. Urusetia Dean's List Award ceremony, agak meletihkan...


18 Dis (Khamis) - Bila nak baik selsema + batuk nih?? Today is someone's day...huuuu...

19 Dis (Jumaat) - Belum sihat sepenuhnya lagi...Batuk2 seperti nenek tua yg uzur...Aku dan Azie melepak2kan diri sambil bersantai2 di kedai makan, lama sungguh tak lepak2 kat kedai mamak! (2 kedai kita terjah eh Azie! heeee...)

20 Dis (Sabtu) - Semoga aku semakin sehat...Minggu yg sangat tidak normal! Tapi, bukankah sakit itu penghapus dosa2mu...? Insya Allah...


** Dan...Akhirnya, aku berjaya apdet!!! =)
** Ayat-ayat Cinta itu sangat mengharukan... (at last! aku dapat gak baca novel nih sampai abis!)

No comments: