Wednesday, June 4, 2008

Laporan Rombongan II

-- 1 Jun 2008, Ahad...

Perjalanan diteruskan di hari ke2..
Kami check out dr hotel lebeh kurang dlm kol 9 pagi dan terus ke rmh Ustaz Ziyad utk memulangkan semula iron yg telah dipinjam.. (moral : sila bawa iron sendiri kalu nak travel!)

Kemudian, bergegas meneruskan perjalanan ke Rawang bg menghadiri perkahwinan ex-classmet aku mase form 3, merangkap ketua kelas aku jua, iaitu Shahza yg melangsungkan perkahwinan ngn wanita pilihan hati beliau, Nor Fariza (chekgu skolah menengah)

Kami tiba di tempat kejadian pd jam 12 tghari, tepat2 ketika pengantin sedang bersanding..
Sungguh meriah makanan yg dihidangkan di rmh Shahza, aku rasa ada la dlm lebih kurang 8-9 jenis...Sangat best kami menjamu selera, ditambah pula perut memang sangat kelaparan tika itu.. (cehh..poyo plak ayat aku nih!)

Setelah selesai makan dan bersessi 'sawan gambar' bersama pengantin dan Khodir (ex-clasmet gak), kami pun meneruskan perjalanan ke Klang..Kami terpaksa meninggalkan majlis dan tidak menunggu rakan2 lama yg lain yg bakal tiba di majlis Shahza itu kerana ingin mengejar ke satu lagik wedding di Klang..
huh...letih..asik2 makan lauk kenduri..asik2 kenduri makan lauk.. ;p

Jam lebih kurang 115 ptg, kami menuju ke Klang bagi menghadiri perkahwinan Wan Suriati & Nabil Suffian pula..
Akhirnya, ke jinjang pelamin jua mereka..walaupun ramai yg tidak menyangka kehangatan percintaan mereka! hehehehe... =)
Kami tiba, tepat2 ketika pengantin sedang berarak utk ke pelamin dlm jam 2 ptg..
Terjumpa dgn Ismah & tunang beliau yg sudah hendak pulang..Sempat jua ber'sawan gambar' dgn beliau..
Disebabkan masih lagi dlm arena kekenyangan, kami hanya makan ala2 saje nak isi perut tipu2, selebihnya kami berborak dgn rakan2 yg turut hadir di samping melepaskan 'sawan gambar' lagi..

Setelah berada di majlis mereka dlm lebih kurang sejam, kami meneruskan perjalanan menggedik2 dgn baju kurung ke TUDM, Subang bg menghadiri Sambutan Jubli Emas 50 thn TUDM..
Uisshh..cane aku leh terlibat ni??? (ask myself...) Nih si Zaman punya angkara laa nih! ;p
Sempat jua ber'sawan gambar' ngn abang2 pilot...huuu..

Setelah selesai melihat2 apa2 yg patut di situ, kami pegi makan dan akhirnya pihak rombongan berpisah dan kembali pulang ke rmh masing2..Sebelum berpisah, ketua rombongan, Cik Lina sempat menjemput kami hadir ke majlis kenduri kesyukuran di rmh baru beliau di Subang yg akan diadakan pd Rabu, lepas Maghrib..

Penulis pulang ke rmh di Seksyen 7, dihantar oleh Cik Mass dlm jam 815 malam..Setibanya di rmh, berkemas2 pakaian, mandi...dan terus tidur seawal jam 9 malam..
Kesimpulannya, rombongan tersebut sangat best tetapi sangat meletihkan...

Sekian saje laporan rombongan saya pada kali ini..
Siap buat 2 sessi lagi tu... (mesti cikgu BM aku akan rase cemburu melihat kehebatan aku membuat laporan dgn penuh jayanya ini!) huhuhuhu....


** Bukti kejadian semua (gambar2 ketika 'sawan gambar') ada di blog Poonz
** CONGRATS buat pasangan pengantin... (Yunon & Zamri, Shahza & Fariza, Wan Suriati & Nabil) - Moga berkekalan hingga ke akhir hayat...

No comments: