Monday, June 2, 2008

Laporan Rombongan I

-- 31st May 2008, Sabtu --


Aku nak jipang wat laporan rombongan! ;p

Begini la laporan tersebut :-

Seperti yg diplanning sejak sebulan yg lalu, misi rombongan Cik Lina ke Taiping utk makan kenduri telah berlangsung ngn jayanya pada 31 Mei 08, bersamaan hari Sabtu..

Rombongan diketuai oleh pemilik Purple Persona, Cik Lina yg diikuti oleh Cik Angah (penulis laporan ini), Che Poonz serta Cik Mass.. Hanya 4 org peserta saje yg terlibat dlm misi rombongan makan kenduri ke Taiping ini..Seorang lagi peserta, Cik Aimi terpaksa membatalkan pemergian beliau kerana ada hal peribadi yg terpaksa diuruskan di saat2 akhir rombongan ingin berlangsung..

Tujuan rombongan diadakan adalah utk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekelas Cik Angah & Che Poonz semasa di form 5 dulu (kira2 sedekad yg lalu), bagi memeriahkan suasana di samping menggedik2 berjalan2 buang masa + duit..
Lupa pula, nama rakan sekelas kami yg melangsungkan perkahwinan itu ialah Puan Nurul Ayuni yg lebih best kami panggil Yunon..Beliau telah selamat menjadi isteri kpd jejaka pilihan hatinya, En Zamri..

Perjalanan bermula jam lebeh kurang pukul 830 pagi, nak dkt2 kol 9 gak laa..Kemudian, berjumpa dgn Ann serta ahli2 kete beliau; Irmayanti & Quraisyah di R&R Tapah bagi mengkonvoi bersama2..
Lebih kurang jam 1230, kami tiba di tempat kejadian..Namun, pengantin masih belum tiba..Oleh itu, kami makan dulu dan menunggu mempelai tiba..Sambil2 menunggu itu, 'sawan kamera' mula mendatang..pelbagai posing telah dilakukan bg menghilangkan keboringan menunggu kehadiran pengantin..

Akhirnya, para mempelai tiba jam 230 ptg..uhhh..penat tunggu..sampai ngantuk2 dok tercongok dpn pelamin! hehehe...
Selepas menghabiskan sessi 'sawan kamera' dgn pengantin dan mengucapkan 'Tahniah' kpd beliau & suami, kami beransur pulang..
Ann dan rakan2 terus ingin pulang ke negeri Selangor, namun pihak rombongan kami terus check in ke hotel yg telah mmg dibook oleh ketua rombongan 2 minggu yg lalu..

Jam 545 ptg, kami dijemput oleh guru Bahasa Arab masa skolah menengah dulu (ustaz Ziyad) yg kebetulan tinggal di Taiping juga utk ke rumah beliau.. Beliau mengambil kami dan membawa kami ke rmh beliau yg indah itu di tgh2 bandar Taiping..
Di rmh beliau, kami dijamu serta kami bergossip2 dan mengimbau kenangan2 tentang kisah2 silam 12 tahun lalu bersama beliau dan isteri beliau, Ustazah Uraidah..
Huu..sungguh seronok bercerita tentang zaman2 muda dulu di samping bergelak tawa dgn guru lama yg telah mengajar aku sampai dpt A mase PMR tu..hehehe..thanks Ustaz Ziyad!
Selepas maghrib, beliau dan isteri membawa kami round2 sekitar bandar Taiping (ala2 tourist guard plak ustaz ngn ustzh mlm tu!) dan menghantar kami pulang ke hotel..

Naik ke bilik, terus kami bersiap2 utk melakukan aktiviti seterusnya...cuba teka..!!! hehehe...Kami pergi bersuka ria di Zoo Taiping @ Nite Safari!!! Waaahhhh....best! Sampai pening2 otak tunggu giliran..
Selepas letih menonton haiwan2 di sana, serta melihat aksi2 'mereka', kami pun bertolak jalan2 carik makan di tgh malam sekitar Taiping..
Makan sampai kenyang..!!!
Selepas selesai aktiviti makan2, kami pulang ke bilik dan melelapkan mata dan bersiap sedia utk aktiviti pada keesokan hari pula..

Disediakan oleh;
Cik Angah Lee


** Laporan aktiviti pd 1 jun akan bersambung nanti krn masalah teknikal! ;p

No comments: