Tuesday, June 10, 2008

MenGapDet BloG!!!

Last apdet, aku wat laporan pasal rombongan Cik Lina ke Taiping...
yang mana kalau dibaca dan disemak utk bagi marks oleh chekgu BM aku mase skolah dulu, mesti kena pangkah beso2 punye! Dan semestinya dia ckp aku tak penah blajo wat laporan ke hape eh... ;p

Kemudian, aku mula bz semula...
almaklum laa..banyak toilet2 yg perlu dicuci, tingkap2 yg perlu dilap, sampah-sarap yg perlu dikutip dan dibuang serta pelbagai lagi kerja2 yg perlu aku lakukan meliputi skop kerja yg telah ditetapkan...
Begitu laa yg dinamakan kerja...komitmen...demi mendapatkan bersuap2 nasik utk idop... =)

Entry pd kali ini, saya akan membincangkan beberapa topik ya~

Topik 1 : Harga minyak naik
Aku mmg la sorang pengguna jalanraya, tapi menggunakan secara maksimum kenderaan awam yg terdapat di negara ini, bukan kenderaan peribadi..
Oleh itu, kesan secara langsung masih belum aku rasai lagi setakat ini sbb tambang bas serta kenderaan awam yg lain masih belum naik lagik...(setakat ini dan ketika entry ini masih ditaip!)
Namun, aku percaya, ia tetap jua akan NAIK!!!
Cuma, tak tau lagik bila...Biasa laa, sejak bermenjak ni, negara kita penuh ngn "kejutan" serta "surprise" (kalu seprais besday party ke..bess aa sket!)
Berpengalaman aku menemankan Adik beratur di Petronas hampir 2 jam semata2 utk mengisi tank beliau sehingga penuh pd malam hari terakhir harga minyak belum naik..
Perghhh...aku rasa seakan2 pesta fun fair minyak kat Petronas tu..sungguh meriah serta penuh dgn kegembiraan...huuuu...
Kesan paling utama ialah, kami akan jarang mengeteh pd ptg2 lps balik keje memandangkan semua nak save minyak melainkan sekiranya sahabat handai yg berkete tu sanggup naik public transport mcm aku nih haa...hehehehe...

Topik 2 : Engagement Day
Huuu...suka betol En Lee Ideris & Pn Hasanah, setiap tahun mereka akan mengadakan kenduri kawen yg sangat memenatkan... ;p
Ye laa, anak pompuan ramai sangat...sampai seru, semua kawen, dok ngan husband masing2..
Ahad lalu, 8 jun, adik aku bertunang ngn org Pahang..tahun depan kawen..
2007 - Adik aku ke 3 kawen
2008 - Akak aku kawen
2009 - Insya Allah, adik aku yg ke 4 plak kawen
20?? - Aku kawen... hahahaha...(sila gelak mcm hantu jepon ye~)
Huuu..aku? Ngeh..ngeh...tunggu la kalau ada calon (paling penting!) ;p
Pada hari engagement adik aku tu, aku dapat laa sebentuk cincin emas belah rotan serta sepasang kain ela berserta sepasang tudung..Boleh la wat baju raya..heeee...

Alala..nak letak gambo cincin yg kunun2 mcm aku yg bertunang tu, takde plak..
Nanti2 laa aku aplod eh..
Itu sahaja kot pengapdetan pd kali ini! Sekian... (^_^)

----------------------------------------------------------------------------


** CONGRATS to Mass dapat keje baru! (pasni ko xleh join ktorg menggedik! hehehe)
** To Nad - syukur alhamdulillah, ko semakin sehat...

No comments: