Tuesday, March 11, 2008

Tsunami PoLitik?

Negaraku... *sigh*

Tentu anda masih terasa bahang2 kehangatan (bukan hot.fm ye) PRU 12 baru2 ini lagi..kan?
Apa yg ingin aku tuliskan di sini ialah berkenaan keputusan PRU tersebut yg sungguh tidak disangka2 dan tidak dijangka2 oleh semua pihak lebeh2 lagi adalah parti yg sgt glemer iaitu Barisan Nasional (BN)!!!
Aku jua ingin mengajak anda semua berfikir...bukan bertujuan menghasut atau memujuk apatah lagi utk melobi...
Tetapi, sekadar utk sama2 berkongsi pemikiran masing2..dan aku sama sekali TIDAK bermaksud utk menyinggung mana2 pihak mahupun menyakitkan dan mengguris hati mana2 insan yg membaca entry aku kali ini...

Sana sini...orang sibuk memperkatakan tntg isu ini...ke sana, tntg politik..ke sini, juga tntg politik..ke situ, juga lagi tntg politik...
Aduhhhh...aku jua tidak terkecuali dlm memperkatakan tntg isu ini...terutama tntg negeri tanah kelahiranku, Selangor yg kini telah bertukar tampuk pemerintahan, bakal diperintah dan ditadbir oleh pihak pembangkang!!!
Huuu...

Ye...aku jua spt rakan seantero, Masitah...
Kami mmg jarang berckp dan memperkatakan secara terbuka mengenai politik negara serta kejadian2 yg berlaku di negeri dan jua negara ini..
Hanya lebih byk membaca, mendengar dan jarang skali menyampuk berlebeh2an, malahan seringkali mendengar saja kritikan dan kutukan mereka2 tntg pemerintahan negara dan negeri ini dgn penuh tanda tanya dan persoalan2 di kepala..
Kami tidak seperti mereka2 yg berani dan mampu meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati dan berterus terang atas fahaman politik yg dipercayai...

Ya...memang tidak salah seseorang itu percaya dan berpegang kpd apa jua fahaman politik dan parti yg mereka sukai dan percayai...
Itu sudah semestinya...dan sangat semestinya...memandangkan kita semua ada hak masing2 dan seharusnya tiada sesiapa pun yg boleh menganggu gugat hak peribadi individu itu..bukan?

Namun, kali ini aku tergerak hati utk memperkatakannya...
Walaupun aku tau, aku bukanlah seorang yg pandai berbicara tntg politik, lagi2 politik negara dan dunia...
Bukan jua seorang yg berpendidikan dan beraliran majoring dlm political science ataupun law..namun, aku jua insan biasa yg ingin dan mahu berkata serta bercakap mengenainya..

Dgn perbincangan serius bersama rakan2 seperjuangan; Masitah, Ayim dan Minah yg turut memikirkan masalah2 negara dan isu2 politik di negara ini yg seakan dilanda Tsunami besar..
Ditambah2 lagi setelah mendengar isu saham yg semakin merundum akibat penjualan saham dr pelabur2 serta penurunan saham yg sgt mendadak setelah keputusan PRU yg tidak disangka2 oleh semua pihak itu...(mungkin tidak termasuk kpd mereka yg mmg dah sangka) akibat ketidak yakinan mereka setelah BN bukan menang secara 2/3 majoriti spt pilihanraya2 sebelum ini...
Ini jelas membuktikan bahawa selama ini negara kita telah ditadbir dan diperintah dgn baik oleh pihak kerajaan sehingga kita mampu hidup dgn tenang, aman dan cukup makan...

Harap faham ye rakan2...aku tidak terlalu taksub atau menyokong 100% kpd kerajaan yg memerintah...
Namun, jika anda semua fikirkan secara rasionalnya..anda seharusnya dan sememangnya perlu bersyukur...
Bersyukur atas apa yg ada..atas apa yg pernah dan telah anda kecapi selama ini...sepanjang hidup ini..
Anda tidak hidup dlm negara yg penuh dgn peperangan, kekejaman melampau, kekejian...anda tidak juga tinggal dlm negara yg kebuluran...tidak cukup makan..tidak cukup sumber untuk hidup...tidak bukan?
Malahan...anda bebas utk ke mana2...ke karaoke...ke bowling...ke panggung wayang...malahan, anda bebas utk mendengar ceramah agama, ke masjid2..ke surau2...mengadakan dan menganjurkan aktiviti2 keagamaan...atau ke mana2 saja tmpt yg anda ingin tujui..lawati..dan pergi..tiada siapa yg melarang...anda juga bebas mengamalkan agama masing2 serta membina rmh2 ibadat dan sebagainya...jelasnya...tiada siapa yg ingin menghalang..dan tidak pula anda ditangkap atau ditembak secara tiba2 tanpa tujuan...bukan?

Memang, memang tidak dinafikan...ya, sungguh tidak dpt dinafikan..ya...harga minyak naik...harga barang naik...segala2nya naik...tak pun turun2..sana sini cukai..cukai itu..cukai ini..
Tapi, tahukah anda..dgn hasil itulah anda dapat belajar..menghabiskan pengajian dan pembelajaran di institusi2 pengajian tinggi..sehingga berjaya menjadi manusia berguna spt hari ini..
Ada kereta..ada kerja bagus..ada gaji..ada segalanya setelah berjaya belajar tinggi2 dan mencapai cita2..yg pd asalnya wang yg anda perolehi dr sumber mana?

Pernahkah anda fikirkan...?
Jika tiada semua benda 'sampingan' spt itu selain sumber pertanian, perindustrian negara dan sebagainya semata2...anda fikir...mampukah negara kita dan rakyatnya hidup 'mewah', senang dan cukup makan spt yg dikecapi pd hari ini?

Pernah jua kah anda fikirkan...
Sekiranya kita bertukar tampuk pemerintahan, mampukah pihak pentadbiran yg baru ini menurunkan harga minyak...menurunkan harga barang...menghapuskan semua segala bagai cukai yg ada...? Mampukah?
Uhhh...persoalan2 ini perlu kita fikirkan secara rasional...secara matang...secara logikal...
Bukan secara emosional...

Aku tidak mengkritik pihak pembangkang...tidak jua ingin menghentam mana2 pihak atas apa yg dilakukan...dan tidak jua menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan...
Namun, aku cuma meluahkan apa yg aku rasa...apa yg aku fikirkan...apa yg tersirat dan tersurat dlm diriku...
TIDAK berniat utk menimbulkan kontroversi atau pergaduhan di sini...atau menaikkan amarah sesiapa..
Namun, setiap individu mempunyai pandangan masing2 serta hak untuk bersuara dan menulis..kan?
Ehhmmm...jika mahu berbicara soal ini, sampai bila2 pun tidak akan berakhir...tidak akan bernoktah...
Tapi, cukuplah sekadar utk aku menulis atas apa yg termampu...

Mohon maaf...sekiranya apa yg aku tuliskan ini telah mengguris atau menyinggung mana2 pihak yg membacanya..

Sesungguhnya, bersyukur lah atas apa yg ada di depan mata...
Atas apa yg telah dikurniakan Nya...
Fikirkanlah...


** entry yg menggunakan frasa bahasa yg baik skali...
** for Mass... we are still here, dear... *sigh*

No comments: