Monday, March 10, 2008

Mengundi..PRU 2008

Tarikh : 8 Mac 2008 (080308)

Tempat : SK Sultan Abd Aziz, Kg Kuantan
Parlimen : Kuala Selangor (P96)
DUN : Bukit Melawati (N10)

Di atas adalah maklumat tentang pengundian aku masa hari pilihanraya lepas..
Aku pergi mengundi pada jam 1.30 ptg, memandangkan pd sebelah pagi begitu ramai orang dan aku malas nak berasak2 macam kat pasar malam ataupun kat majlis kawen..
Huuu..memang mase aku datang, orang dah kurang..so, senang laa aku nak meninjau2 keadaan sebenar tempat mengundi..

Aku ditemani oleh adik2 (Shima, Manja & Haziq) dan Lela (kwn serumah yg tak b'tanggungjwb sbb tak daftar sbg pengundi!!!) ;p
Sampai di tmpt mengundi, aku konpius...

"Huuuhh...ade khemah BN dan PAS&PKR...cane ni?? Nak gi mana satu? Ke terus je masuk mengundi??" -> ujarku dlm hati ngn penuh konpius skali...

Dengan agak sedikit sengalnya, aku menelepon bapakku yg sedang bz menjadi drebar pengundi2 di sekitar kampung, dan beliau berkata..

" Ko pegi kat khemah BN...jangan ngada2 nak pegi kat PAS..check nama kat situ, pastu baru pegi check kat SPR.."

OoooOOo...begitu rupanya...hatiku berkata...

Kemudian, aku terus ke khemah BN, dan terjumpa laa kwn2 skolah rendah aku yg mmg menjadi penjaga khemah BN (sbb puteri UMNO, ala2 mcm Masitah laa) dan ternyata mmg nama aku ada di situ...
Hehehe....memang la..dah tentu aku 'terdaftar' jadi pengundi pun sebab masuk puteri UMNO!!!
Kalu tak, mesti aku tak merasa jadi penyumbang dlm menentukan tampuk pemerintahan negara...(dgn penuh bangganya!) =)

Masa kat khemah BN tu, semua pakcik2 dan makcik2 BN (yg mmg aku dah sgt2 kenali) berkata sambil meng'influence' aku...

" Haa..ni anak si Lee ni...ko pangkah BN tau...ingat ye...lps mengundi nnti pegi kat balairaya, amek duit...pengundi luar.."

Aku hanya mengangguk dan berkata ya..

Meneruskan perjlnn nak ke tmpt mengundi, lalu di khemah PAS&PKR..

" Ha, ni anak si Lee...meh sini...ko jangan pangkah dacing tau...ko pangkah PAS ngn ADIL ye..jgn lupa tau.."

Huuu...aku hanya mengangguk jua serta tersenyum2 sendirian dan terasa spt lucu pula...owh..begini rupanya suasana mengundi ya.. penuh dgn lobi2an dan 'influence'2an..

Kemudian, aku meneruskan perjlnn ke meja semak daftar pengundi SPR, diberi no ke saluran 3, dan masuk ke dewan undian..
Memberi ic kpd penjaga di situ dan diberi kertas undian yg ada calon BN dan PAS&PKR di kedua2nya, Parlimen dan DUN..

Parlimen : Hj Jahaya Ibrahim (BN) vs Dr Zulkifly Ahmad (PAS)
DUN : K. Parthiban (BN) vs Murthiah a/l Maria Pillay (PKR)

Sape yg aku pangkah??
Ngeh..ngeh..anda tak perlu tau...kerana...
UNDI itu adalah RAHSIA!!! =)



bergambar sebelum masuk mengundi..

ketika konpius nak gi khemah mana satu..




saya dah mengundi...huhuhu...
*** gembira dapat duit rm30 sebab jadik pengundi luar... ;p
*** sedeh...huuuuuuu...(Mass, cane nih??) =(

No comments: