Friday, February 8, 2008

tulis lagik!

** Mari Bercerita... **



Wah...nampaknya sudah lama aku tidak mengapdetkan blog ini!
Sungguh bz aku ya...ngeh..ngeh..


Baik, saya akan meng'lung sum' kan cerita2 saya sepanjang minggu ini memandangkan saya bukanlah seorg yg sgt rajin amat utk menaip bg mengapdet blog setiap hari seperti Poonz, Pid mahupun Shai..


Bermula dgn 1 februari,
Owh...rupe2nya aku telah berjaya mengapdet blog dgn entry yg berkisar tntg kelahiran Baby Umayr, anak lelaki Umar Faruq @ Beng (x-ketua tingkatan aku)
Selain itu, pd tarikh ini juga merupakan besday sahabat aku, Cik Azlina Adnan @ Lina yg skrg telah bekerja sbg QS di Damansara dan memiliki Persona purple yg sering menjadi kenderaan tumpangan aku utk pulang ke kg halaman..
Lina, Happy Birthday!!!
Sweet 25th...Semoga ko cepat2 dapat jodoh!!!


2 februari,
Hari Sabtu, mcm biasa...pagi2 lagik aku akan menjoin adik aku menonton kartun2 yg sedia ada kat tiwi..
Aku pulang ke Shah Alam bg merealisasikan plan kitorg nak ke majlis kahwin Marina..
Aku berjaya membeli hadiah utk pasangan pengantin serta aku beli skali hadiah besday Lina..
Huuu..lihatlah..betapa baik hati serta pemurahnya aku!!! (ayat pujian utk diri sendiri!) ngeh..ngeh..


3 februari,
Ahad, plan ke Tapah bg menghadiri wedding Marina (x-3 hidayah) dan suaminya, Azmi..
Wedding pertama dlm tahun 2008..
CONGRATS Marina!!!
Perjalanan bermula dr rumah Poonz, masuk tol terus..
Ahli2 yg mengikuti perjalanan ini adalah aku, Poonz, Mass, Fiza (mereplace tempat Adik yg last minit tak dpt join sbb gi kursus) serta Lina (pemilik kenderaan yg dibawa)
Ini bermakna seramai 5 org telah terlibat dlm ekspedisi ini dan kesemuanya merupakan ahli2 SnA Club yg sedang cuba bergiat cergas bg menjalankan aktiviti2 club di samping cuba men'decrease'kan ahli2nya..
Di majlis tersebut, kami terjumpa serta tertembung (cehh..mcm salah jer perkataan ini) dengan Ayuni dan Madia Baizura bersama tunang masing2...
Mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan pd bulan 5 nanti dan tarikh masing2 akan dinyatakan kemudian..
Waahh..nampaknya kami akan ke wedding sahabat handai lagik sepanjang 2008 ini!!!
Dlm perjlnn pulang, kami telah mengikut peng'owner' kete utk ke Sunway Pyramid bg merealisasikan kehendak beliau yg ingin mengambil sesuatu yg telah ditempah di sana..
Selepas itu, beliau membelanjai kami makan2 di Kenny Rogers bersempena besday beliau pd 1 feb yg lalu..
Thanks Lina for the meal!

4, 5, 6 februari,
Sepanjang hari2 yg dinyatakan ini, tiada aktiviti2 yg menarik dapat dinyatakan..
Namun, aku rasa cam 'hampagas' serta 'hampeh' sepanjang hari2 yg dinyatakan ini!
Hanya DIA yg Maha Mengetahui atas apa yg berlaku...
Iskk..iskk..sadisnya kehidupan ini...penuh dgn onak dan duri..(mcm ayat dlm novel je)

7 februari,
Aku pulang ke kg halaman terchenta, Kg Kuantan dgn menumpang Lina bersama Persona purple nya bg menjimatkan kos perbelanjaan di samping menemankan beliau dlm perjalanan pulang serta menjadik geng utk gossip2 liar...(wahahaha...bertanduk!)
Aku telah meng'edit' blog aku bg cantek2 sket laa..tapi, still takleh lawan kecanggihan serta kecantikan blog2 mereka2 yg lain..
Takpe...kalau ade mase lagik, aku cuba! ;p
Hari ini ialah Tahun Baru Cina, tapi aku tak sambut walaupun aku anak "LEE"...
hehehehe...
To all Chinese, Gong Xi Fa Chai!!! (patutkah aku wish kat entry aku nih?) ;p

8 februari,
Hari ini aku telah berjaya mengapdet blog aku, dgn penuh terelnya secara total sepanjang minggu! ngeh..ngeh..
Kepada Sis Amrah and Sis GD, yang sememangnya agak 'rajin' mengapdet blog sehingga meninggalkan sawang2 yg banyak, silalah ikuti cara saya yg sangat bijak ini! hehe..
Mari mengapdet secara total, global, 'lung sum'!
wahahahahaha...

Sekian, hasil apdet saya utk sepanjang minggu ini..
Jumpa lagi di masa akan datang! ;p

Sebelum itu, mari kita sama2 saksikan antara foto2 di majlis perkahwinan Marina dan suami beliau, Azmi yg telah aku curik sket dr Poonz sbb kalau nak tunggu minah ni bagi, tak tau laa tahun bile baru dapat!! *sigh*





Marina & suaminya, Azmi





makan beradab...





rombongan ke Tapah...

No comments: