Wednesday, February 20, 2008

kerjaya...

** Kerjaya kah berjaya? **


Pada 18hb februari, bersamaan dgn hari Isnin, aku serta Masitah (rakan yg sama2 mengharungi ranjau dan duri) telah pun memulakan kerjaya baru demi masa depan kami..
Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna kami berkerjaya di bawah satu company mahupun bentuk kerjaya yg sama..tetapi, ditakdirkan olehNya mendapat rezeki permulaan kerjaya pada tarikh yg sama..Alhamdulillah..
Bak kata rakan kami yg baru seminggu pulang dr Germany bagi menghabiskan sisa2 cuti musim saljunya;

"ala...aku balik jer korang dapat keje, kan? kiranya aku ni bawak tuah laa..so, 1st gaji ni kene belanja aku la eh.."

Huhu...mungkin benar jua apa yg diperkatakan oleh cik Ayim itu..dan mungkin jua ada hikmahnya kerana Dia mungkin tak membenarkan kami berjingga ramba menghabiskan duit (yg sememangnya takde duit!) utk sama2 'tolong' menghabiskan cuti dgn cik Ayim tersebut..

Baiklah, berbalik kepada cerita asal yg aku nak cerita di sini sebenarnya..
Ya rakan2 semua, begini ceritaku ini..Mari baca ya..! (uhhh..perlukah aku menggayakan struktur ayat sebegini?)

Nak guna kata ganti nama "Aku" ke "Saya" eh? Mana best? Ehmm... Saya laa..nampak mcm poyo + bersemangat sikit! ;p

Alhamdulillah, setelah saya mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai 'cleaner' cuci kapal2 besar di Maritim yg bertauliah, saya telah berjaya mendapat kerjaya baru bg menampung kehidupan dan masa depan saya ini supaya semakin cerah dan indah..
Mesti anda semua tertanya2 kan..mengapakah saya meletakkan jawatan sbg 'cleaner' tersebut? Saya bukanlah seorg yg memilih kerjaya atau dlm kata lainnya 'choosy'..Saya tidak kisah asalkan saya dpt bekerja, mendapat gaji dan tidak lagi diberi gelaran sbg 'penganggur'..
Namun, atas sebab2 tertentu yg sgt2 tidak dpt dielakkan, saya terpaksa meletakkan jawatan tersebut walaupun kerjanya amat mudah dan seronok! Owhh..mungkin rezeki saya bukan di kapal milik Maritim negara agaknya...

Kerjaya baru saya ini berada dlm skop yg saya pelajari sebelum ini, Alhamdulillah, tidak jauh menyimpang atau tersasar..Ditambah lagi kemudahan pengangkutan yg mudah utk ke tmpt kerja..Memandangkan saya antara salah seorang insan yg masih tidak tahu memandu apatah laagi lesen memandu, maka saya perlu memastikan public transport mudah utk didapati utk ke tmpt kerja..
Sekarang saya menetap di Seksyen 7, Shah Alam iaitu rmh lama saya semasa belajar dulu, dan kebanyakan ahli2 rmh adalah rakan2 lama ketika belajar dulu..Saya ke tempat kerja hanya menaiki bas Seranas yg tambangnya rm 0.80 shj, terus menuju ke pintu depan tempat kerja saya di Seksyen 13..Wahh..sungguh mudah sekali saya utk ke tmpt kerja.. =)

Saya sepatutnya masuk ke opis pd jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 ptg, namun disebbkan saya seorg pekerja yg berdedikasi serta berkaliber (ye ke?), dan yg paling utama saya menaiki kenderaan awam, maka selalunya saya akan men'thumb print' attendance pd jam 8.15 pagi..Huuu...sungguh awal kan saya tiba di opis? Ya..begitulah keadaannya sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan sendiri..
Di opis, saya ada 2 org lagi wanita yg bekerja bersama saya, seorang bos serta seorang pembantu bos, kira dia ni org kedua laa...Ini bermakna, hanya ada 5 org sahaja di dlm opis secara rasminya..Namun, opis ini selalu didatangi oleh ramai org utk mndptkan bantuan serta perkhidmatan drpd kami di sini..
Setakat ini, saya masih belum ada kerja yg amat spesifik utk dilaksanakan, namun saya sering bertanya dan meminta tunjuk ajar dr mereka yg lain, bak kata bos saya, "work as a team work.."
Huuuu...sungguh dedikasi saya rasa... ;p

Sehingga hari ini, saya rasa gembira bekerja di sini..Ini kerana saya boleh mengapdet blog serta melayari internet setiap hari dan setiap masa, sekiranya tiada kerja yg perlu diselesaikan..Namun begitu, yg sangat2 tidak best ialah, web2 yg mempunyai 'pop-up ad' tidak dpt dibuka smaa sekali!!!
Waaaaaarrgghhh..tensen!!! Bermakna, tiada friendster, YM, MIRC atau apa2 sahaja website yg ada benda tersebut! Bengong! Ada ke patut di block nya!!! Huh..tak adil sungguh! Tapi, nasib baik laa web blogger boleh bukak, tapi yg tak best jugak, kat blog saya ni, tak appear pun shout out box dan comment box saya di setiap entry saya! Cehhh...hampeh!
Takpe, saya masih bersyukur...Alhamdulillah..

Oleh itu rakan2, mungkin lepas ini takde sape2 lagi nak kutuk mengutuk saya kerana membiarkan 'sawang' berkeliaran dan berterbangan di blog saya yg indah ini... (attn : Poonz and Shai)...
ngeh..ngeh..takabbur serta riyak sungguh aku ini!!! ;p

Okeh laa..saya rasa ini dahulu buat permulaan cerita tentang kerjaya saya..Nanti saya akan cuba bercerita lagi ya..
Uhmmm...rase cam poyo plak gune ganti nama diri "saya" nih...Teringat aku mase wat karangan masa zaman2 skolah dulu...huhuhu...

** For the girl name Ayim -> Babe, thanks for the tea time at Starbucks Coffee!!! hehhee...terasa kaya sungguh minum2 petang je dah nak dekat 70 hinggit! (kalu aku tak sampai ati kot!)
** For Masitah -> Thanks weih..atas pertolonganmu! Oitt..mana cerita pengalaman 1st day keje ko? hehehe..
** For Poonz and Adik -> Nantikan kekayaanku!!! hahaha...Akulah 'kawan kaya' korang!! ;p
** For Bro Cport -> Tunggu la lagi 5-6 bulan, baru aku akan bermurah hati belanja ko makan! ngeh...ngeh...Tak kesampaian ko nak tengok kapal yg aku cuci ek? ;p

Sekian, itu sahaja pengapdetan blog saya pada kali ini!
Terima kasih serta jangan ragu2 dgn cerita saya ini ya rakan2... ;p

No comments: