Sunday, February 17, 2008

exam PTD!

** Exam PTD... **

Semalam, Sabtu (16 feb)...dgn jayanya, aku telah menduduki peperiksaan PTD buat yg kedua kalinya..Macam pelik sket sbb yg hari tu punya exam, aku dah dapat surat ckp yg aku telah pun tidak berjaya, ataupun ngn kata lainnya, 'failed!'

Namun, seakan2 tidak percaya yg aku diberi peluang utk menyusahkan diri amek exam itu sekali lagi..huu..Aku dpt pusat peperiksaan di Akademi Percukaian M'sia, LHDN, kat Bdr Baru Bangi..Makk aii..memang aku xtau langsung kat mana arah tuju tempat tersebut!!
Nasib baik laa ade 'mak buyung' sorang ni, kwn satu course aku mase kat Melaka dulu, yg telah pun bergelar Puan Zurina Razali sudi menumpangkan aku kat rmh beliau serta bersusah payah menghantar aku ke exam tersebut pd keesokan paginya..
Thanx a lot Ina!!!

Macam dulu jugak (cehh..belagak, dah ade experience!) exam tu ade 5 paper, start dr kol 9 dan berakhir kol 4.30 ptg, tapi ade sessi laa..Soalan berkisar tntg Malaysia dan global, sahsiah, Matematik, pemahaman bm dan bi, esei bm dan esei bi..Aku masih ingat, soalan2nya tak byk berbeza dr dulu terutama soalan sahsiah, sbb aku rase penggubal soalan dah mmg kering idea nak reka soalan, kan? hehehe..

Aku mmg tak lupa ada 2 soalan sahsiah yg kite kene jawab Ya atau Tidak..
Sebab soalan ni pun macam pendek serta jawapannya kene laa jujur..Begini bentuk soalan2nya..

i) Adakah anda pernah kecewa dalam bercinta?

ii) Adakah anda pernah mengumpat?

Ngeh..ngeh..ape jawapan korang? Sila jawab...hahahaha...Yang penting kene jujur ye rakan2.. ;p
Bagi aku, exam2 sebegini kadang2 bergantung pada rezeki seseorang serta keikhlasan menjawabnya..kan? Sebabnya, kadang2 ada orang, amek exam ni sekali jer, dah terus berjaya ke stage2 seterusnya...tapi, ade orang sampai berpuluh2 kali..tapi, still x lepas2..huu..tapi, aku baru 2 kali ye..diulangi..2 kali je baru... ;p

Mase exam tu, aku terberkenalan ngn ade sorang akak ni, dia skang keje kat radio rtm, klasik nasional, tapi nak jadi PTD...aku ingat dia cakap..

"Dik, ko muda lagi..ambik exam ni ratus2 kali pun takpe..jgn putus asa..akak ni, masuk kali ni dah nak dekat 10 kali ambik..tak pernah nya lulus..!"

Perghh..biar beno akak nih! Sungguh gigih beliau berusaha utk berjaya dlm karier..
Oleh itu, kita selaku warga2 yg masih 'muda' ini...perlulah menanam semangat jatidiri seperti akak yg aku terberkenalan itu, namun terlupa tnya nama dia..(sungguh serabai aku ini!)

Wahh...apa pendapat aku tentang result exam itu nanti? Mengikut daya jawapan yg telah aku buat, berkemungkinan besar utk lulus dgn jayanya, adalah amat jauh serta tipis..
Ini adalah kerana, aku rasa seperti mmg pun aku tak buat sepoyo2 mungkin memandangkan aku sudah lupa2 sket nak buat Matematik, serta mengarang2 ayat yg indah sebagai esei...
Kalau Shai, mungkin laa pemeriksa tu sampai tak larat2 nak baca kot! hehehe...panjang bebeno dikarangnya nnti...tak macam aku! huuuuu...

Tapi pun, aku tak kesah jer...bak kata akak rtm tu, jangan putus asa! hehehe...maknanya, aku masih boleh terus dan terus pegi je exam tu banyak2 kali...apa salahnya kan..?
Menimba pengalaman yg berharga..ye la..anda bukan sahaja dapat menimba pengalaman dlm menjawab soalan serta mengetahui reka btk soalan, malahan anda jua berpeluang berjalan dan pergi ke tempat2 yg baru serta tak pernah pergi ditambah lagi anda juga dapat berkenalan ngn rakan2 baru walaupun tak ingat nak tanya nama! :D

Ehmm..nampaknya itu sahaja cerita saya mengenai peperiksaan PTD yg saya hadiri semalam..
Ye saudari Poonz dan Shai, nampaknya tiada pula soalan mengenai pilihanraya mahupun masalah2 berkaitan keraguan tentang pertadbiran ketika parlimen dibubarkan itu dalam soalan esei ataupun soalan aneka pilihan..
Maka, tidak berkesempatanlah saya utk menjawabnya sebagaimana yg telah diterangkan dgn panjang menjela oleh saudari Shai di blog beliau! ;p
But, thanks for the explanation Shai!

Oho..aku akan pulang ke Shah Alam bagi memulakan kerjaya baru pada hari Isnin ini...
Nombor 18...amat bermakna buat aku...huuuuu...
18 haribulan februari ini...nantikan...heeeee...
Sekian...nantikan pengapdetan blog ku lagik!!! wokeh...

** ditulis dgn semangat 'jangan putus asa!'
chaiyo!!! fighting!!! *sigh*

No comments: