Monday, January 28, 2008

kenduri lagik!

** Kenduri Makwe & AJL **

Semalam, 27th Januari aku dan rakan2 telah menghadiri majlis pertunangan Syida @ Makwe yg aku gelar sejak skolah2 lagik..
Beliau telah pun bertunang dgn jejaka pilihan hatinya iaitu Shafiq @ Sapex yg dan dijangka mendirikan rumahtangga di akhir tahun 2008 ini...
Huuuu..maka, akan berkurang lagi laa ahli2 single kawan2 kami... =(

Selepas tamat menggedik2 berposing2 di rmh Syida, kami yg terlibat (Aku, Poon, Mass, Minah, Adik + Zaman serta Azhar @ Apek) telah pergi meneruskan aktiviti sosial iaitu sessi minum2 air kelapa di tepi swimming pool rmh Lina di Bukit Belimbing..
Waahhh...rase cam nak terjun je kat dlm swimming pool tu...tapi, bak kate Mass...(nasib x bwk swimming suit!!) ekekekek...
Dah lps tu pulak, singgah kat rmh aku sbb nak packing2 barang nak balik shah alam...Aku dan Mass dgn tanpa rasa segan silunya menumpang Azhar yg sebenarnya dijemput ke majlis Syida sebagai jurukamera majlis..
Thanks Azhar!!

Setelah selamat sampai di Shah Alam, kami (Aku, Mass, Poon, Minah & Adik) meneruskan sessi gossip menggossip dan ngeteh di tmpt feveret Poon...Hakim baru, Seksyen 7!
Mari makan roti Naan...hehehe...

"Cehh...milo ais Hakim ni lagik mahal dr roti Naan dia...bengong!" -> ujarku dgn nada sedikit tak puas ati...

Selepas tamat sessi ngeteh di Hakim, semua pulang ke destinasi masing2 melainkan Adik yg ingin menonton siaran langsung AJL di bekas rmh sewaku (blok 20)...
Huuu...aku sgt setuju dgn kemenangan yg berpihak kpd Estranged...Itu Kamu!!!
Ye laa..kalau tak, mmg la aku rasa Faizal Tahir akan menang, tp padan laa muka dia..!!
Sape suruh gedik2 tayang badan kat tiwi!!! Haaa...kan dah kene!!! ;p
Aku sgt setuju kemenangan langsung tidak diberikan sama sekali kpd Siti Nurhaliza yg sememangnya aku sgt2 tak suke! Baguss..baguss...(sory Mass...aku mmg x suke beliau!)
Yang pasti, Estranged merangkul wang tunai rm12K + rm25K = rmrm37K...
Mereka merangkul bersih wang tunai tersebut memandangkan lirik & lagu adalah hasil ciptaan sendiri serta tiada penari2 latar...
Waahhh...kayo!!! kayo!!!
Huuu...bak kata Poon, kalau laa wang itu diberikan kpd kami...1st thing yg dilakukan adalah membayo hutang PTPTN yg bertunggak2an....hahahaha...

Sekian, itu sahaja pengemaskinian blog saya pd hari ini...
Saya tidak dpt memasukkan gmbr2 kerana blom dpt gmbr2 tersebut drpd pihak2 terlibat...

No comments: