Friday, January 4, 2008

kematian....

** cerita tentang kematian... **


Walaupun aku membencimu...namun aku tetap dan masih ada rasa simpati dan kemanusiaan terhadapmu...
Hari ini aku sedikit bersedih, tetapi tidak sesedih adik2 lelakiku, Haziq dan Hanif yg sepanjang hari murung dan sepi tanpa bicara keletah seperti selalu...(benarkah?)


Seperti yang pernah aku ceritakan suatu ketika dahulu (dlm entry lepas), adikku Haziq telah memelihara seekor haiwan pendatang tanpa izin ke rumahku yg bernama Nanok iaitu seekor kucing betina yg sedikit cacat (tempang kakinya)
Setelah beberapa lama dlm pemeliharaan adikku (yg tidak direstui aku!!!), si Nanok telah pun berbadan dua tanpa diketahui siapakah suaminya...
Beliau telah ditatang seperti minyak yg penuh oleh kedua2 adikku itu...namun, aku seperti biasa..seringkali berpura2 seperti kura2 dlm perahu terhadap beliau...(anti sungguh aku!)
Walau bagaimanapun, aku telah berubah sedikit, tidak sekejam dulu...membaling serta menyepak makhluk ini seperti sebiji bola sesuka hati (hanya saudari Lela yg tahu peristiwa di Melaka ini)...aku dah insaf dlm bab ini...huuu...


Bertukar kepada tajuk asal...ditakdirkan Ilahi, Nanok selamat melahirkan 4 ekor anak kucing yg kecil berjantinakan 2 jantan & 2 betina pada 26 Disember yg lalu...
Waaahh..bertambah riang ria lah hati adik2 lelakiku itu menyambut kehadiran 'makhluk baru' dlm rumah aku...(yg menambahkan lagi kemenyampahanku!!)


Uhh...belum pun sempat anak2 si Nanok membuka mata utk melihat keindahan dunia, 2 ekor anaknya telah pun ditangkap oleh si kucing putih jahat lagik kejam (10x lebeh kejam dr aku!) ketika kami sekeluarga tiada di rumah..Kucing jahat lagi keji itu telah menggigit serta memakan anak2 kucing yg tidak berdosa itu...(bab ni aku mmg sedih gile!)
Si Nanok turut bersedih di atas pemergian anak2 beliau yg menyayat hati...Beliau semakin berhati2 menjaga 2 ekor lagi anaknya agar tidak lagi menjadi mangsa kekejaman dan kerakusan kucing putih lagi kejam serta keji yg tidak diketahui pemiliknya itu!


" cess...kalau aku dapat kucing brengset tu...aku pijak2 perut dia sampai terkeluar2 isi perut dia! mampus ko..!!!" --> ujarku dalam hati dgn penuh kejamnya.


Begitu jua dengan kami sekeluarga, memberikan tempat penginapan dan persembunyian yg selesa dan selamat buat Nanok dan anak2 beliau..
Namun, cerah tidak sampai ke petang, mendung menyusul di tengahari (betul ke peribahasa ni?)...pada petang semalam, kucing jahat itu kembali semula ke rumah ku tanpa pengetahuan semua pihak (semua tgh sibuk serta khusyuk tengok tv) serta menangkap dan menggigit kedua2 ekor anak Nanok yg tinggal..


Namun, kejadian tersebut telah disaksikan oleh Haziq, lantas dia menjerit sekuat hati menyebabkan kucing jahat itu terkejut beruk serta meninggalkan anak2 kucing itu di dapur rumahku dan berlari menyelamatkan dirinya...


Beginilah jeritan Haziq --> "Mak...kucing jahat tu tangkap anak Nanok...darah..darah anak dia..."


Kami bergegas ke dapur...dan aku mmg sedih sungguh menyaksikan anak2 kucing itu telah pun bermandikan darah kerana mengalami kecederaan serius di leher...sehingga terkulai layu...iskk..isskk...
Kedua2 nya tidak dpt diselamatkan lagi...meninggal di tempat kejadian...innalillah...
Bagi menghormati mayat kedua2 ekor anak kucing itu, aku mengiringi Hanif dan Haziq mengebumikan mayat tersebut...


Kulihat kedua2 adik lelakiku begitu bersungguh2 mencangkul tanah serta menanam mayat anak Nanok serta menyiram dan meletakkan tanda (mcm ala2 batu nisan) di pusara serta adikku Haziq membacakan Al-Fatihah dan beliau begitu sedih sekali...
Pada ketika ini, hatiku sedikit tersentuh...sesungguhnya semua makhluk Tuhan itu mempunyai nilai nyawa yg amat berharga dan sepatutnya tidak perlu digugat dan dikejami oleh sesiapa sahaja melainkan Dia...
Aku menyedari dan menginsafi kejadian yg bergelar kematian ini...


Namun, sesungguhnya kita harus pasrah dan redha atas sebuah kematian kerana setiap yg bernyawa itu pasti akan tetap kembali semula kepada Nya...
Begitulah yg kulihat pada si Nanok sehingga ke hari ini, tetap tabah, pasrah dan redha atas kehilangan dan kematian kesemua anak2nya...




wajah sepi seorang ibu kucing tunggal...

No comments: