Wednesday, December 24, 2008

Telatah Manusia...

Telatah manusia...gelagat manusia...
Hari ni aku spt terpanggil utk wat entry pasal telatah manusia...(topik nak apdet la tu...heheheh)
Walaupun aku rase tiap2 hari pun aku tengok macam2 telatah dan gelagat manusia di sekeliling kita...tapi, ntah...sebab hari ni aku bosan kot tunggu bus lama sangat... =)

Konon2 nya hari ni aku nak naik rapid kl kat sek2, sebab tak nak lambat lagik tunggu sang seranas yg sejak akhir2 ni asyik merundum kelewatannya tiba utk mengambil penumpang setia spt aku! Maka, aku pun tunggu laa 605 yg sepatutnya ikut schedule jalan pkl 8.10 pagi. Puas aku menunggu...dan tunggu...uisshhh...rase mcm nak bakar jer rapid kl yg lain2 (yg tgh parking, no bus lain2) kat sek2 tu! Geram aku! Lama gile! Baik aku tunggu je seranas kat sek7 tu! cehhhh! hampagasss sungguhh!!!

Di saat2 kebosanan menunggu bas itu, aku pon tengok2 laa gelagat2 manusia2 di sekeliling aku sambil berkata2 saje di dlm hati...
"macam2 telatah dan gelagat org...best gak buang masa tgk2 org nih!"

*** Sila baca dgn nada spt anda membaca novel... ***

Pertamanya, aku memerhatikan sekumpulan anak2 belasan tahun, pun sedang menunggu bas spt aku. Mereka masing2 memegang skate board (papan luncur)...Ku kira mereka ini pasti ingin ke Extreme Park, Sek13. Uhhh...pagi2 hari begini ingin meluncur papan kah mereka ini? Ehhmm...bagus...bersukan di pagi hari, lebih elok drpd membuang masa tnpa arah tujuan di musim2 cuti2 sekolah ini...telahanku dlm hati...

Kemudian, ku alihkan pandangan ke arah kelompok pakcik2 driver rapid kl yg sgt segak dan kemas beruniform belang2 putih + biru itu...
Ada pula seorang pakcik berbangsa india (tidak beruniform spt mereka), duduk bersama2 pakcik2 rapid kl. Apa yg dilakukannya di situ? Tanyaku dlm hati. Ku lihat, beliau sibuk mengurut2 + mengetuk2 badan pakcik2 rapid di situ (maksud aku di belakang badan + leher, spt biasa utk menghilangkan kesengalan). Pakcik indian ni buat part time mengurut kah di situ??? Tanyaku sendirian dlm hati...Ku senyum sendirian dan terus memerhati...

Di tempat yg sama, ku lihat, ada seorang pakcik rapid (abang kot, sbb muda lagi) sedang sibuk dgn aktivitinya yg ku kira amat menggelikan mata + tekak aku! Beliau sdg sibuk mengorek hidung dgn bersungguh2 sambil berborak2 ngn rakan2 rapid yg lain...
Uhhh...tak geli kah pakcik2 rapid yg lain melihat perbuatannya itu? Aku yg melihat di kejauhan ni pun rasa mcm nak muntah...Ehhmm...mungkin mereka2 yg lain dah biasa kot ngn aktiviti abang rapid tersebut...ujarku bersangka baik di dlm hati...

Ku alihkan pula pandangan ke depan, melihat kelompok2 pakcik teksi yg kemas beruniform putih + berseluar hitam. Aku pelik, melihat seorang pakcik teksi yg berkaca mata hitam di pagi2 hari, yg ku kira sang mentari pun belum memancarkan cahayanya yg amat panas. Sungguh bergaya sambil tak henti2 menyedut rokok (menyedut ke menghisap?). Ehmm...agaknya beliau sakit mata kot...ataupun kaca mata hitam itu memang ada power rabun spt kaca mata putihku...agak ku secara positif di dalam hati... =)

Ku lihat pula ke arah mereka2 yg sedang berbaris di depan pintu bas rapid bernombor U80 (Shah Alam-KL Sentral). Bagus juga penumpang2 U80 ini, semuanya berbaris panjang spt pelajar sekolah menanti utk menaiki bas sekolahnya. Tapi, yg ku sedari, hanya penumpang bas U80 sahaja yg berbaris utk menaiki bas, tidak pula berlaku kpd penumpang2 bas2 lain...Bagaimana ya mereka boleh berdisiplin begini? Tapi tidak utk bas2 yg lain? Tanyaku sendirian dlm hati...Uhhh..tapi, aku pun hanya berbaris spt mereka kalau menaiki bas U80 sahaja. Bukan aku tak mahu berbaris, tapi ku lihat semua org pun berebut2 dan menolak2 antara satu sama lain utk menaiki bas lain, selain U80!

Sedang sibuk2 aku melihat telatah manusia, muncul pula seranas..Rapid kl 605 yg ku nanti2, tidak jua muncul2. Akhirnya, aku naik seranas dan hanya dapat duduk ketika bas berhenti menurunkan penumpang di PKNS. Huuu...kalau ku tahu akhirnya aku akan naik seranas jua, baik la dr awal2 lagi ku tunggu sahaja di sek7!
Tapi, ada hikmahnya. Dapat jua aku memerhati pelbagai gelagat dan telatah manusia di sekelilingku. Sekaligus membuatkan aku berfikir dgn segala tindak tanduk mereka, yg semuanya datang dr DIA Yang Maha Kuasa...

** Tak lama lagi muncul tahun baru 2009 serta thn baru 1430!
** Selamat Tahun Baru semua....
*** Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun ya... Moga diberkati sepanjang tahun...ameenn...

Saturday, December 20, 2008

Minggu tak Normal!

Lama rupanya aku tak apdet!
Nak apdet je, mesti tak sempat...
Takpe, kali nih aku cuba utk sempat2 kan... =)


Ini cerita minggu ku yg tidak normal sejak cuti raya aji hari tu...
Huuu.. tak sempat nak terjah rumah sape2 raya aji ni...
Psssttt Ismah, Nanti ktorg akan terjah rumah ko mase wedding ko nnti eh! ;p


9 Dis (Selasa) - Pulang ke Shah Alam semula sebab cuti raya aji dah abis. Malam tersebut aku dilanda seram2 sejuk + pening2 + selsema + batuk2 (simptom2 demam telah tiba)

10 Dis (Rabu) - Sebagai pekerja yg dedikasi, aku gagahi jua ke tempat keje (sebenarnya sbb aku dah takde cuti!). Walaupun mata berair2, pedih2, pening2, aku masuk gak ke opis. Sampai tghari je, dah tak larat, terus dibawa ke klinik waktu lunch, dan dpt MC drpd puan doctor...Cehh...rugi...rugi...gi klinik tghari, maka dpt MC pon dah tghari. Balik rmh (dihantar oleh K. Earni), terus tido slps makan dadah (ubat yg dibagi oleh puan doctor)

11 Dis (Khamis) - Tak keje, sbb cuti Besday Sultan Selangor (yg ke berapa, aku pon tak tau)Kondisi masih tak stabil lagi. Tapi, aku bersiap jua pagi2 hari utk ke PPUM bg mendapatkan follow up rawatan kaki aku serta mendapatkan surat pelepasan aktiviti lasak. Pergi dgn keadaan yg sgt pening dan tak sihat sungguh! Huuu...
Slps berjaya berjumpa ngn encik doctor (lps kena tunggu hampir 2 jam lebeh, sempat aku tido2 kat situ!), aku terus bertolak balik, tggu bus rapid menghala ke kl sentral. Pastu, aku pon tak tau nape aku turun kat Mid Valley (mebi sbb ramai org turun kat situ). Jalan2 sorang2 kat Jusco, tgk2 baju, tapi aku tak beli ape2 pon...Masuk toilet Jusco (yg sememangnya cantik, siap ade kusyen, bilik baby) aku makan ubat, dan tak sedar aku tertido kat bilik baby...sampai laa nak dekat kol 4 ptg! Gila kuat penangan dadah (ubat batuk, selsema, demam, kahak, antibiotik)!!!
Dgn penuh sgt terkejutnya, aku terus keluar dan bergerak utk pulang ke Shah Alam...


12 Dis (Jumaat) - Keje lagi, sbb dah takde MC. Masih tak stabil..tak sehat lagi. Aku tido di opis lps makan ubat sampai kol 5. Terus pulang, singgah ke klinik lain di pkns, dapat MC utk esok pulak. Owh...esok adalah hari yg lagi sgt meletihkan! Penuh dgn aktiviti yg dah disusun atur ketika sihat, tapi perlu diteruskan walaupun aku masih dilanda demam slps raya aji! Pulang ke rmh, terus menyiapkan keperluan2 utk aktiviti esok...dan terus tido...


13 Dis (Sabtu) - Pagi2 terus bersiap sedia ke Jalan Elmu, aktiviti pertama aku pd hari itu. Aku tak keje sbb MC, mengikuti program sehari pac ptd yg kukira gagal pd awalnya. Dgn dlm keadaan yg masih tak stabil, aku pegi gak dan disebabkan hujan, program berakhir awal drpd jangkaan. Slps hujan reda, terus menunggu rakan2 di Asia Jaya bg meneruskan aktiviti seterusnya. Singgah di masjid UIA PJ, bersiap2 utk ke annual dinner company di Damansara. Walaupun masih berkondisi demam, kugagahi jua...


14 Dis (Ahad) - Aku dah bersiap2 utk ke mjls perkahwinan kawan2 (aku dpt 5 undangan sekaligus pd hari yg sama), tapi mesti laa aku tak dpt pegi semua2 sekali. Aku dah janji ngn cik bitun utk pegi 3 wedding je. Kak Ellieya (Tg Karang), Kak Wiwiey (Kuala S'ngor) dan Shima (Sg Serdang). Yang lagi 2 wedding terpaksa aku tak pegi sebab jarak yg agak jauh. Kak Ellieya & Kak Wiwiey adalah kakak senior skolah aku (antara akak2 yg baik ngn aku), dan Shima adalah rakan kelas masa form 2 & form 3 dulu...


15 Dis (Isnin) - Demam lagi, tapi gi keje gak...


16 Dis (Selasa) - Dah tak demam, tapi selsema + batuk + pening lagi. Tapi keje gak...


17 Dis (Rabu) - Masih selsema + batuk, tapi tak pening sgt.. Urusetia Dean's List Award ceremony, agak meletihkan...


18 Dis (Khamis) - Bila nak baik selsema + batuk nih?? Today is someone's day...huuuu...

19 Dis (Jumaat) - Belum sihat sepenuhnya lagi...Batuk2 seperti nenek tua yg uzur...Aku dan Azie melepak2kan diri sambil bersantai2 di kedai makan, lama sungguh tak lepak2 kat kedai mamak! (2 kedai kita terjah eh Azie! heeee...)

20 Dis (Sabtu) - Semoga aku semakin sehat...Minggu yg sangat tidak normal! Tapi, bukankah sakit itu penghapus dosa2mu...? Insya Allah...


** Dan...Akhirnya, aku berjaya apdet!!! =)
** Ayat-ayat Cinta itu sangat mengharukan... (at last! aku dapat gak baca novel nih sampai abis!)

Thursday, November 27, 2008

Foto - Terjah Raya 2

Terjah Raya 2 - 19 okt 2008
Ahli2 penerjah Raya - Angah, Irma, Ann, Shiffut, Rahmah, Dinie
Pada sape2 yg ingin diterjah rumahnya ketika raya nnti, sile bgtau...
huhuhu....



Sawan kamera dulu sebelum gerak2 khas...

1st - Rmh Pn Asma' Zahir, Ukay Perdana

Kelihatan tuan rmh, Pn. Asma' sdg menyembunyikan perut beliau yg sdg pregnant...

2nd - Rmh Najiah @ Kenet, Kuala Lumpur


3rd - Rmh Rahmah, Kajang

4th - Rmh Pn. Ayuni - Bdr Baru Bangi
beliau dan suami baru seminggu pindah kat situ...dan diterjah! ;p

5th - Rmh Irma, Klang
berposing kat sudut menarik di rmh beliau...




Kami disaji ngn durian kampung!
makan...makan...terjah...hehehe...

posing lagi di sudut yg ada si Nemo...
hehehe...

ni kat pintu rmh Irma...rmh dia besttt...cantek!!!

Itulah episod kedua terjah raya aku pd tahun ini..

ada lagi gambar terjah raya yg ke3 sebenarnya, tapi aku still tak dpt lagi gambar2 nya...

nanti2 laa kalu ade mase, aku akan aplod!

# seronoknya nak raya haji plak...leh TERJAH lagi kah??? ;p

Thursday, November 20, 2008

Foto - Terjah Raya 1

Aku nak apdet ni..

Ini antara foto2 ketika Terjah Raya 1 yg lalu..
Sebagai bukti menerjah (macam Abg Nas Melodi) plak...huhu...
Ahli terjah : Aku, Irmayanty, Ann, Wan Zokhri & Shima (adik aku)
Biar foto saje laa yg bercerita..
Ini ikut kronologi perjalanan ni..


1st - Rumah aku - Kg. Kuantan, Kuala Selangor


2nd - Rmh Dian Waheeda - Kg. Kuantan, K. Selangor


Me & Zawani



3rd - Rmh Zawani - Sg. Choh, Rawang
( lepas pegi wedding Ita)

4th - Rmh Dinie - Damansara



me & Dinie

5th - Rmh Farah - Batu 3, Shah Alam
Itu je foto2 Terjah Raya 1 yg sempat serta larat aku aplod..
Nanti nak aplod yg Terjah Raya 2 plak...
Kepada sape2 yg nak rumahnya diterjah ketika raya haji ni, sile sms aku! hahahaha...
*** penatnya keje...!!!

Monday, November 3, 2008

lama tak apdet!

Huuuu....lama btol aku x apdet!

November dan Zulkaedah pun dah menjelma, menandakan Syawal dah pun berakhir dgn jayanya. Alhamdulillah, raya kali ini walaupun disambut sederhana dan mmg langsung tiada kuih raya buatan sendiri, namun tetap meriah...seronok...serta sgt bermakna dan 'luar biasa' (aku pinjam ayat Irmayanty jap) huhuhu....

Last wik, aku lepak2 buang mase ngn bekas penolong ketua kelas aku yg bernama Cik Ann. Pada mulanya, beliau bercadang utk tido di rmh aku, tetibe plak tak jadi. Aku rase sebab dia tak nak share tilam ngn aku kot (aku fitnah nih!). Almaklum la, aku tadak toto extra...hehehe...
Akhirnya, kami hanya minum + makan2 di Pak Li Kopitiam atas tajaan beliau.
Beliau telah berjanji ngn aku utk bg gmbr2 terjah raya 1 & 2 (yg aku janji nak aplod) yg dah di burn kat cd. Namun, malangnya...aku rase Ann salah burn ke, hape ke, aku tak tau laa..sbb yg pastinya, cd tersebut takde ape2..kosong! Cehh...ape yg sebenarnya cube si Ann burn nih! (nada marah nih! ;p)
Oleh itu, tak dpt laa aku nak aplod gmbr2 terjah tersebut sampai skrg...(sila tuding jari kesalahan beramai2 pd Ann ye!) hehehe...

Apa lagik nak citer ye...
Owh, spjg mggu lepas asik ade jamuan raya + deepavali saje kat tmpt keje aku...maka, best la aku asik makan free je...sampai dah tak muat2 perut dah nih...ngeh..ngeh..
Tapi, mggu ni...mcm takde je...huuuu...sile laa buat lagik!!! Huuuu....
Aku pulang ke kg halaman terchenta pd Sabtu lps, sejurus abis keje. Dgn penuh riang gumbiranya, mak, bapak serta Haziq (adik bongsu yg poyo) dtg Shah Alam amek aku + adik aku (Shima)..Seronoknya...We had a wonderful weekend together... (^_^)
Selain itu... I've got somethin' from someone... (apakah dia? heeee...besshhhnye!)

Minggu nih, me n someone ada 'plan' & aktiviti yg best!!!
Yosshhh...nantikannya......

Huh...akhirnya, aku berjaya mengapdet dgn lebeh dr 360 patah perkataan (mcm range words utk buat esei SPM)
Hoho...Selamat menjawab SPM pd sape2 la yg amek SPM ke, repeat SPM ke (ada ke??), adik2 yg amek SPM ke, abg ke, akak ke, uisshhh..senang citer, sape2 je laa...
Semoga tenang menjawab soklan...ameeennn...

** teringat mase zaman2 jwb SPM dulu...

Wednesday, October 22, 2008

Foto Wedding Ita..

Wedding : Nurul Arlita & Sideq
Date : 12 Okt 08 (Ahad)
Venue : Serendah, Hulu S'ngor

Dah citer pasal wedding Ita masa entry dulu...
Dapat gambar2 nih dr Irmayanty, so aku dah janji nak aplod..
Jom layan...gambar2 poyosss...huhuhu....


ini laa pengantin... Sideq & Ita


Wanita2 yg bergambar dgn pengantin
dr kiri : Angah, Ita (bride), Irma & Ann

Wan Zokhri yg poyo nak gak bergambar ngn pengantin... ;p

ini adegan bergambar 'aksi bebas' ye...hehe..

thanks kedua pengantin yg sporting!!!


kami yg hadir...memeriahkan suasana + abiskan makanan... ;p


senyum...jangan tak senyum semua...


me wif Ita...

frens forever... ~~

Okeh...itu saje...nnti aku aplod plak gambar2 terjah raya!

Monday, October 13, 2008

Mood Raya lagik!

Hari ni ialah hari ke-13 Syawal.. (masih dlm bulan raya!)
Semalam aku beraya (agak sakan la jugak!) bersama Ann, Yanty, Wan dan adik aku. Dari rumah aku ke rmh Dian, pastu trus ke Serendah (wedding Arlita @ Ita), ke Sg. Choh (rmh Wani), ke Damansara Damai (rmh Dinie), terus ke Batu 3 (rmh Poonz)..Huh..penat perut! Asik makan jerk! hehehe...

Gambar2 bukti kunjungan tersebut akan diaplod kemudian..
Attention to : Irmayanty & Ann (sile bagi gambar2 gedik kite tu segera kat aku ye!) ;p

Disebabkan masih lagik penuh ngn mood raya, maka di sini aku ngn gumbiranya menyampaikan lagu raya buat semua... (anggapkan la aku yg nyanyi ngn penuh merdunya...)
Ditujukan khas utk korang semua... (^_^)



Selamat Berhari Raya
Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah
Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi
( korus )
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada
Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi
** To Ita & husband - Selamat Pengantin Baru...Moga bahagia hingga akhir hayat...

Thursday, October 9, 2008

Untuk Semua...

Salam semua,

Walaupun dah 9 hari Aidil Fitri berlalu, namun aku tetap nak ucap ;

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...
Maaf Zahir & Batin...



kepada semua pembaca blog aku, rakan2, serta seluruh umat Islam seluruh dunia...





ketupat tu utk korang...hehehe...

** Jemput laa datang umah... (^_^)

Monday, September 22, 2008

Ceritera Raya..

Owh...sungguh tak sangka...
Masa berlalu sangat laa pantas..Rasa-rasa macam semalam je start hari pertama puasa..Tapi, rupa-rupanya sudah 22 hari Ramadhan berlalu..Maka, ini bermakna, lagi 8 hari umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh gembiranya!
Huuuu...tak sabar sungguh rasanya aku nak beraya...!!!

Walaupun raya masa dah besar ni, tak sama masa kecik2 dulu (pegi beraya ngn kwn2 ramai2 sbb nak kumpul duit raya), tapi...suasananya tetap sama...(bagi aku laa).

Bercerita tentang menu di pagi raya..
Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan utk membantu mak aku menyediakan juadah utk hari raya; rendang, kuah kacang, nasik impit (ktorg semua tak pandai menganyam ketupat!), ayam masak merah dan mcm2 lagik laa..(alamak! dah terbayang2 nih..). Setiap tahun, kebiasaannya menu hari raya tetap sama. Aku rasa semua rumah orang kat taman aku tu masak sama je kot. Buktinya, setiap pagi raya, jiran kejiranan akan menghantar juadah hari raya ke setiap rumah dan semestinya menu adalah SAMA! Yang berbezanya, mungkin rasa dan warna masakan tersebut (bergantung pd keterelan org yg masak). Huhuu...
Aku rasa, kalau 1 Syawal tu, atas meja penuh dgn juadah dr jiran tetangga je dan tak sempat nak makan masakan mak aku sbb nak rasa org lain punya. Tapi, masakan mak aku tu mesti la malam raya tu ktorg dah rasa puas2 dulu, panas2 tu...(aduuii...sedapnya...)
Dalam banyak2 juadah hari raya tu, aku rasa mak aku punya laa yg paling sangat sedap sehingga menjilat jari! Aku akan makan sikit2 je rendang2 yg dibagi oleh jiran tetangga tu, ye laa..sekadar merasa.

Bercerita tentang duit raya..
Mase aku kecik2 dulu (skolah rendah), ktorg ada group beraya. Biasanya dlm raya ke-3, aku dan geng2 aku (Pena, Rubi, Nurul, Tutie, Cawad, Amy, Keput, Kudin, Bidan) akan memulakan operasi naik bas menuju ke Kuala Selangor. Destinasi yg dituju adalah rumah2 chekgu2 ktorg. Masa tu tambang bas murah lagi, bdk2 spt kami hanya dikenakan bayaran sebyk rm 0.30 shj. So, kos pegi balik adalah rm 0.60 je. Pastu, duit raya akan 'beranak' sekiranya rmh yg ditujui dan di'aim' akan memberikan hasil duit raya yg lumayan. Hehehe...
Aku rasa, masa kecik2 dulu, setakat nak dpt duit raya sampai rm200-300 dlm masa 2 mggu, memang takde hal dan tak mustahil! Tapi, tidak sekarang...itu adalah mustahil..Sebaliknya, aku yg akan kehilangan nilai itu tak sampai pun 2 mggu!!! Waaaaa....
Ehh...tak baik...kena ikhlas... =)

Bercerita tentang tetamu..
Rumah aku memang org suka dtg beraya, ye la dah nama pun hari raya...mesti la org suka dtg beraya. Yang paling sgt suka dtg beraya dan selalunya berkali2 dtg ialah budak2! Dtg segerombolan, pastu tak nak makan kuih ke ketupat ke, kdg2 tu, minum pun tak nak! Nak duit raya je! Uisshhh..geram gak aku..Masa aku kecik2 dulu, takde laa sampai tak nak minum, tak nak makan..Tu la bdk2 zaman skrg, sgt mata duitan...huuuu...
Mulai tahun lps serta bakal diamalkan pd thn ini (atas idea kejam aku!), rmh aku tak bagi duit raya secara banyak. Kami buat mcm besday party, pack gula2, cokolat, wafer dlm plastik, then letak duit rm 0.50 aje!!! Hahahaha...Senang, save bajet sket. Lagipun, rmh aku mmg ada byk stok gula2 dan cokolat yg selalu beli tapi tak makan pun.
Namun, bergantung pd keadaan, sekiranya kanak2 @ bdk2 itu dtg tidak secara segerombolan, mungkin secara sorang @ ber2 aje, beliau akan menerima 'goodies pack' itu berserta duit raya dlm sampul raya. Oleh itu, baik dtg bukan segerombolan..(attn : utk kanak2 shj!)

Ehmm...walaupun mcm2 ragam dan situasi di hari raya, aku tak kesah..Aku tetap rasa gembira bila menjelangnya hari raya. Aku tak kesah la budak2 nak dtg banyak2 kali pun...Tak nak minum ke, tak nak makan ke...sebab itu la yg menunjukkan kemeriahan berhari raya. Tanpa suasana begitu, tak meriah pulak raya, terasa hambar...
Dan yg paling penting, Alhamdulillah aku masih berkesempatan menyambut Syawal bersama kedua ibu bapa tercinta serta ahli keluarga lain. Syukur, masih dipanjangkan usia hingga tahun yg ke 25 di muka bumi ini serta masih sihat tubuh badan, masih boleh merasa keenakan juadah hari raya... Insya Allah...

Yang penting jua, maaf-bermaafan sesama insan...
Tapi, tak semestinya nak tggu raya, baru nak maaf-maafan, ye tak?
Hari raya sinonim dgn ucapan nih...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...
Maaf Zahir dan Batin...

Monday, September 15, 2008

Malaikat Mu...

Siapakah orang yg paling anda sayangi???
Dunia dan Akhirat...?

Hayatilah cerita ini...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."
Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" - tanya si bayi itu lagi.

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

Tanya si bayi lagi kpd Tuhannya; "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku,dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku siapakah nama malaikat tersebut?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU " Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...
Dan pada mereka yg bergelar 'ANAK'...jangan menderhaka pada ibu serta bapamu...
Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kaki ibu...

** Love my MOM so muchh... isk..isk..

Wednesday, September 3, 2008

aku apdet!!

==> apdet 1 :

1 Sept 08 = 1 Ramadhan 1429H
" Selamat Berpuasa kpd semua umat Islam..."

Ramadhan al-Mubarak...kembali lagi... Ahlan Wasahlan...
Semoga kedatangannya kali ini akan memberi 1001 keinsafan, keberkatan dan menambahkan keimanan kita... Insya Allah...
Mohon ampun & maaf sekiranya ada salah silap pada semua...
Aku akan berusaha utk puasa penuh!!! hehehehe...





==> apdet 2 :

Kesihatan masih tak stabil lagi, tapi aku gagahi jua mencari rezeki (ayat seorang pekerja dedikasi!) dengan tujuan aku dpt beraya di Aidil Fitri ini dgn riang gembiranya.. (nak duit!)
Huhuhu...
Aku masih lagi di tahap perlu menjaga & mengurangkan pergerakan agar kaki aku beransur pulih dan kurang bengkak lagi..
Aku akan menjalani MRI (Magnetic Resonance Imaging) selepas raya nanti utk mengetahui sejauh mana kecederaan dan 'kekoyakan' ligamen / tisu dalaman kat lutut aku tu...
Huuuu...serammmmnya aku!
Sila doakan kesihatan saya ya...
Huh...tak sangka, betapa seriusnya kecederaan ini!
Oleh itu, diingatkan sekali lagi, kepada mereka2 yg gemar bersukan - Hati2 ketika bersukan ya!




==> apdet 3 :

Majlis perkahwinan Nurul Qistina @ Qiena (x-3A, smkaks) pd 16 Sept 08 yg lps..
Nama husband beliau ialah Mohd Faizal, lulusan dr Al-Azhar, Mesir dan sekarang menjadi seorang ustaz..
Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Btg Kali, Hulu Selangor..
Qiena memegang diploma di Maahad Tahfiz serta memegang ijazah lulusan UIA..
Di sini antara gambar2 yg sempat ditangkap menggunakan kamera Onique (lama gille baru nak dapat dr minah nih!) ;p
Dah janji nak aplod...
Jom tengok!!!





bersama pasangan pengantin (berbaju warna gold)

dr kiri : Kenet, Angah, Qiena, Lina & Onique

Qiena & Faizal, pastu aku pun nyibuk...hehe..


Me & Qiena (makcikku ketika skolah!)

antara kami yg hadir menghabiskan makanan...ngeh..ngeh...

ni gambar candid...ape la yg dilakukan oleh Ustaz tersebut! ;p


muka ustaz Faizal @ husband Qiena secara dekat...haha..


Angah (me), wif Onique & Kenet - miss u all!!!

** To both of them - Selamat Berbahagia...

** To me - Semoga cepat sembuh!

** To ALL - Selamat berpuasa & selamat berterawikh...

Tuesday, August 19, 2008

MaLasss..

Huu....malasss nye aku!!!
Setelah hampir2 6 minggu aku bercuti di rmh, terasa sungguh malas utk kembali bekerja!
Hampir 6 minggu duduk berehat di rmh, menonton tv, makan disediakan, serta tido saje lps makan ubat, membuatkan aku rasa masa berlalu begitu lambat skali kat opis nih...

Aku kembali menjalankan tugas pd Jumaat lalu (dgn takde perasaan nak keje) lps tamatnya MC pada 14 julai yang lepas..
Pada 14 julai (Khamis) aku pegi check lagi kat PPUM serta menjalankan fisiotheraphy lagi..
Doktor kata aku dah ok sket, dah kurang bengkak sket, makanya dia tak galakkan aku apply unpaid leave seperti yg telah aku pikir2 nak buat sebelum nih..
Cuma, aku still kena pegi buat follow up dan buat fisiotheraphy bagi menguatkan lagi muscle, urat2 dalaman serta kedudukan lutut aku..
Aku masih ada appointment ngn doktor, hujung bulan ni dan mungkin berterusan sampai aku btol2 dah recover..
Yang pasti, aku masih perlu menjaga pergerakan dan kesihatan, kuatkan semangat dan makan ubat...

Disebabkan takde perasaan & takde mood nak keje, aku pulang ke kampung pd Jumaat malam tu dan ponteng keje pada Sabtu esoknya...hahaha...(aku malas!)
Sabtu (16 july) tu, aku & Lina menghadiri wedding kawan lama masa kecik2 kat SMKA dulu, Nurul Qistina @ Qiena.. Antara rakan2 yg turut hadir ialah Kenet dan Onique..

Semalam dtg opis, perghhhhh....bosannnyaaa......
Baru sehari dua kembali bertugas, aku dah rasa macam nak balik tido jer!!!
Aku malasss btol nak keje skang nih...mcm dah takde mood je rasa!
Tu laa...dah cuti lama sangat, dah malas nak pegi keje, tunggu bas, turun naik bas...bangun pagi2...huuuuuuuu.... =(
Tambah2 lagi, member aku (opis sebelah) dah resign sebab dapat keje lain masa aku cuti MC tu...huu..lagi laa bertambah2 kurang semangat nak keje...member gossip & kuar lunch dah takde...
Tapi, yang best nya, boss asyik tak masuk opis je...Beliau hanya akan mentepon opis bagi menanyakan khabar keadaan opis saje... =)
Maka, seronok laa kami di opis...kurang rasa tekanan...
Namun, aku tetap rasa bosan..malas..setiap masa aku akan tengok jam sambil berkata..
"bila nak pukul 5 nih...aku nak balikk!!!!"

Ehmm...cane laa nak hilangkan sikap kemalasan ini serta mengembalikan mood bekerja seperti sedia kala???
Oh Tuhan...tolong lah hamba Mu ini...
Berilah kekuatan kepada ku...
Alhamdulillah...syukur pada Mu, beransur pulih... =)


** CONGRATS to QIENA... May ALLAH bless u & husband..
** THANKS MAK...for taking care of me...love u...

Friday, August 8, 2008

..Rest..

Ehmm..lama sungguh aku x apdet eh...
Aku masih di sini... di rumah... di kg halaman tercinta...
Berehat2...sambil memastikan kesihatan beransur pulih...

Rentetan daripada cuti sakit aku...
Sepatutnya, aku abis mc dah, tapi disebabkan masih x dapat recover lagi, takleh nak jalan bebtol lagi, aku gi hospital lagi dan diberi seminggu extra mc lagi sehingga 25 julai lalu...
Pastu, 26hb (Sabtu) aku gi keje balik walaupun x recover lagi dan still x ok lagi...
Baru sehari keje, aku dah x larat...lutut aku masih x kuat utk naik dan turun tangga...
Dah laa pegi & balik keje naik bas seranas ala2 eskrem cornetto tu... Balik keje, aku dah rasa sengal2 lutut, pastu bengkak balik, nangis2 laa aku letak minyak...
Huu..cane ni? Next week keje lagik, aku nye appointment ngn doktor 31hb (khamis), means aku kene keje sampai Rabu...
Isnin, Selasa dan Rabu tu aku pegi dan balik keje tumpang ada akak yg keje kat situ gak, tapi department lain..
Akak tu pulak, last day keje kat situ sampai 31hb...huuu...memang xde rezeki la aku nak tumpang dia tetiap hari... =(

Khamis (31 julai), aku gi PPUM balik sebab ada appointment lagi..
Doktor check, dia kate aku supposely takleh gerak lagi banyak sebab x recover lagi...
Dia kate, kalau ikutkan aku sepatutnya recover dlm masa 2-3 bulan, baru btol2 ok... (huh..lama gille!)
Tu sebab bengkak lagi, dia kate ligamen dalam dah koyak, so kalau gerak lagi banyak, mungkin akan lagi teruk... Skang pun urat2 dalam bengkak dan tak tau bila akan betol2 baik...
Depends on cemana aku jage pergerakan...huuuu...
Pastu aku kene wat fisiotheraphy bagi membolehkan otot2 dalaman aku semakin kuat dan boleh bergerak seperti sedia kala... (tell me how i feel...)
Doktor bagi aku mc lagi 2 minggu (till 14 aug) utk aku recover btol2...
Perghh...lama btol aku cuti2 rehat sakit di rumah (3 mggu + 2 mggu = 5 mggu)
Imagine...dah lebeh sebulan pun, aku still x ok btol2 lagi...walaupun dah boleh jalan tanpa tongkat, tapi still sakit lagi dan xleh nak jalan banyak2...
Dlm masa 2 mggu mc nih, aku wat exercise yg phisiotherapist tu ajar, tuam ngn air panas...selain itu gi jugak wat urutan batin, dan bapak aku bawak gak gi jumpe sen seh (rawatan tradisional chinese), dgn tujuan aku dapat pulih dlm masa 2 mggu nih!
Insya Allah...

Menurut kata encik doktor yg ensem yg rawat aku setiap kali aku gi appointment tu, sekiranya aku masih x recover lagi mase 14hb (appointment ngn doktor lagi), aku dikehendaki serta dinasihati mengambil unpaid leave sebulan atas nasihat doktor...
Huuu...bosan laa aku kalu kena cuti lama2... ye laa, nanti dah nak raya, xde duit laa...waaa...
Tapi, semuanya bergantung pada semangat, ketahanan dan kemampuan aku utk melawan kesakitan itu...
Oleh itu, aku nak mintak pertolongan rakan2 semua...
Adakah cara lain utk aku berubat yg boleh dicadangkan supaya aku sihat seperti sedia kala?
Kalau ada, sila laa bgtau... I'll really appreciate it!
Dah lama aku menjadi seorang yg tertengkot2 ni... (since 5th july)

** CONGRATS to Aimi & Zaman - wedding on 2nd & 3rd August... May ALLAH bless both of u!
** Doakan semoga saya cepat sembuh ya...

Friday, July 11, 2008

..Hati-hati ya~~

Hati-hati ya...~
Huuu...

Dah seminggu aku terlantar berehat di rmh kampung...
Dan dah seminggu jugak laa aku hidup dgn bertongkat, dipapah serta berpegang di dinding juga disediakan makan minum oleh mak aku seperti zmn kecik2 dulu...

Ya...hati2 pada mereka2 yg suka bersukan dan bermain lompat2 ke...lari2 ke...(nasihat penulis)
Jangan jadi mcm aku!
Huuu...selepas ini aku tidak lagi boleh melompat2 ke, berlari2 ke, atau bersukan sesuka hati dan sesedap rasa mcm dulu2 lagi...

Kejadian terjadi pd Sabtu lepas (5/7/08)
Tempat keje aku mengadakan Family Day yg berlanjutan selama sebulan, dan setiap minggu akan diadakan pelbagai jenis game slps habis working hour ataupun pd hari Sabtu. Mcm2 game ada, futsal, netball, paintball, ping pong, badminton, go-kart, ntah pemende banyak lagik laa..aku pun dah tak larat nak ingat...

Dan pd Sabtu tersebut, diadakan perlawanan netball..Aku ngan penuh semangat kesukanan ni pun main gak sbg GD (goal defend), walau pun seumur idop tak penah pon main posisi itu dan mmg tak terel langsung main netball...main sekadar suka2 aje...nak mensappot Family Day itu..
Huh..malang tidak berbau, hanya tggl 5 minit saje lagi permainan akan ditamatkan, aku telah ditolak oleh pihak lawan sehingga menyebabkan kaki aku terseliuh dan yg paling aku takleh lupa, lutut aku seakan terpusing dan aku takleh lupa bunyi yg kedengaran di sebalik pemusingan itu...uhhhh...ngeri...sakit...
Terbaring di situ, tp masih mengawal malu2 sbb jatuh...cewaahh..konon2 tak sakit laa...padahal hanya Tuhan aje yg tahu...
Aku dibawa ke tepi padang dan diberi rawatan sket, dan alhamdulillah aku ok je pada ketika itu...cuma, susah sket nak jalan, kena bertengkot2 jugak laa..
Aku dihantar pulang ke rmh sek7, dan dgn selambanya tak nak gi klinik atau hospital...ye la, sbb time tu rasa mcm ok je..takde ape2...
Terus bersiap2 utk gi ke pernikahan member UiTM dulu, Syarah di Subang Jaya. Aku berjalan dlm keadaan yg sedikit susah, namun aku gagahi jua bg menghadiri wedding Syarah sbb esoknya (ahad) aku mmg tak dpt nak pegi..
Balik wedding, aku terus baring dan tetiba terasa mcm dah takleh gerak langsung kaki aku..
"ohh...kenapa kaki aku kaku...sakitnya..."

Mujur ada Lela di rmh time tu, terus bawak ke klinik berdekatan. Sampai di klinik doktor marah aku sbb ankle kiri dah bengkak gile, dan lutut kanan dah teruk sampai aku tak mampu nak berdiri...
Doktor terus buat surat utk aku terus gi PPUM mlm tu jugak, wat x-ray dan tengok apa sebenarnya terjadi, takut2 ada keretakan tulang ke patah ke...
Aku dah laa sakit, kena marah plak ngan doktor tu..mesti laa aku ngn tanpa segan silunya menangis2 depan doktor tu (nasib tak meraung2)..huuu...aku tak malu...nasib laa...aku sakit, pastu takut kalau2 kena duduk wad ke, kena simen ke, operate ke...uiisshhh...takut....

Sampai di Trauma & Emergency Unit PPUM, aku ditolak atas kerusi roda...
Tak sangka aku merasa gak duduk kat wheel chair nih...huuhuh..terasa mcm OKU plak...sedeh pon ade...
Lela plak ngn tergelak2 + terharu (ntah ape perasaan dia, aku pon tak tau) menolak aku kat wheel chair tu, jumpe doktor, wat x-ray semua pd mlm tu gak..

"aku tak sangka la Ngah, aku tolak ko kat kusi roda ni..selalu tu aku tengok je org tolak..." -> ujar Lela.

"weih...ko tak sangka sebab tolak aku...yg aku ni ha...lagik laa juta2 kali tak sangka sebab aku yg duduk..ko tolak...sedehnya..." -> aku berkata dlm keadaan sedeh tp gelak2 gak..

Alhamdulillah, slps setel wat x-ray semua, aku disahkan tidak mengalami sebarang keretakan sama ada di ankle serta di lutut tu..Cumanya, ada laa doktor tu ckp pasl ligamen2 laa...ntah pemende aku pon tak paham, yg membuatkan lutut aku akan mengambil masa yg agak lama utk elok mcm biasa..
Aku dinasihatkan takleh bergerak & berjalan sgt, kena guna tongkat dan bersabar atas kesakitan ini..Huu...dugaan Tuhan...
Keesokan harinya, mak & bapak aku dtg Shah Alam amek aku bawak balik kg..Aku dpt MC sampai 10hb, tapi kena pegi semula ke PPUM utk tengok apa yg berlaku seterusnya..

Semalam (10/7/08) aku gi semula ke PPUM..
Keadaan aku dah kurang sikit je, bengkak ankle dah kurang cuma lutut aku still lagi sakit dan nyilu2 aku rase kalau berdiri lama..Aku bosan dok rmh seminggu, dah laa takleh gerak sgt, nak apa2 kena panggil mak aku ke, adik aku ke...
Pegi check di Bahagian Orthopedic, doktor kata ankle aku dah ok and stabil...
Cuma lutut aku mmg tak retak, tapi tu la...ligamen tu...aku tak tau laa..putus ke..pecah ke..koyak ke..dan mengambil masa agak lama gak laa nak baik btol2..
Aku kena kurangkan pergerakan sgt dan bykkan minum susu...huuuu...sedeh sungguh rasa! =(
Ada jugak bpk aku bwk gi urut patah (urut tanpa sentuhan, guna tikar mengkuang)
Ada laa gak kurang sket, sbb aku dah bleh jln dekat2 tak pyh pakai tongkat dan dah bleh gerak2kan sket lutut aku ni ala2 exercise sket...alhamdulillah...
Aku bercuti lagik (cuti sakit) sampai laa 19hb (next saturday)!
Huh...mcm best je cuti lama2..tapi sakit..tu yg x best..dok rmh, bosan2...
Pastu aku kena gi lagik PPUM, check lutut aku balik lepas tu..

Ehmm...itu laa risikonya...
Kalau dah lama tak bersukan, tak melompat2, tak berlari2, tak kena tolak2 ngn pihak lawan...
Jatuh yg kita rasa sikit, simple, dan tak teruk pd mulanya...rupa2nya akan membuatkan kita menderita..mungkin seumur hidup...huuu...
Doktor dah nasihatkan aku, lps ni...no more games...sebab lutut aku dah mmg takkan jadi normal mcm muda2 dulu sbb dah ada pengalaman sakit...
Alahai...tak merasa laa aku nak main futsal, paintball, badminton semua tu....waaa....
Oleh itu, lps ni aku takde laa nak main sukan yg pelik2 lagi...
Atau berjalan sorang diri ke sana ke mari lagi mcm dulu laju2, menonong2 sbb lutut ku dah tak sekuat dan tak sehebat dulu lagi...
Ohhh...lutut...sedehnya aku...

Maka, aku nasihatkan pd semua...
HATI-HATI ketika BERSUKAN!!!
Memang bersukan baik untuk kesihatan, tp kdg kala mungkin memudaratkan!
Believe me....

Kepada semua...doakan saya cepat sembuh...
Boleh bergerak & berjalan seperti biasa, dapat melakukan aktiviti seharian spt sedia kala...
Tapi, alhamdulillah...tiada yg patah atau retak...
semuanya kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa...
Redha atas segalanya, sekurang2nya dpt jugak berehat2 di rmh...2 minggu tu!! hehehe...
aduuhhh...susah jugak pakai tongkat ni eh...tengok org guna, senang jerk!


** To Lela - THANKS for helping me a lot! I owe u lots, dude!
** To Azie - THANKS for taking care of me..
** To Adik - THANKS for visiting me...

** To All - please forgive me for all wrongdoings & pray for my health...

Wednesday, June 18, 2008

rezeki..

Murah rezeki kakak ku...
TAHNIAH kpd beliau, telah mendirikan rumahtangga walaupun di usia hampir mencecah 30-an...
Dan hari ini beliau dan suami berpeluang mengerjakan Umrah atas tajaan BERNAS...
Waahhh...sungguh seronok skali...
Sesuatu yg diidam2kan oleh setiap umat Islam...
Menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah...

Malam tadi aku ke Tabung Haji, Kelana Jaya...
Ditemani Adik dan Azie... (thanks guys! always be there when needed!)
Berjumpa dengannya, sebelum bertolak pada pagi ini...memohon kemaafan, keampunan serta halalkan segalanya sebelum beliau berangkat...
Itulah ikatan kekeluargaan...sedarah sedaging...
Sungguh sedih dan emosi aku di kala itu...
Tak dapat dibendung lagi...
Moga selamat perjalanan mereka...
Selamat tiba di sana, selamat menunaikan segalanya, serta selamat pulang ke sini semula...
Ameen...

Begitulah kita sesama manusia seharusnya...
Kadang kala kita, manusia tidak sedar dan di luar batas akal ketika bertindak dan melakukan sesuatu...
Berkata-kata, bertindak dan beremosi tanpa disedari, kerana ia adalah lumrah seorang manusia yg penuh dgn kekurangan dan ketidak sempurnaan...
Kadang-kala dan selalunya apa yg kita cuba luahkan hanya utk kelegaan diri sendiri dgn penuh emosi dan tanpa niat lain, mungkin menyebabkan insan lain tersalah erti...
Begitu jua ketika seseorang itu khayal dalam melayan perasaan dan menulis apa yg dirasainya...meluah apa yg terbendung dlm hatinya...
Seseorang itu hampir lupa...mungkin ada insan2 lain yg sedih...kecil hati...tersalah anggap dan tersalah erti...walaupun langsung tidak berniat begitu...hanya sekadar ekpressi emosi...
Kerana emosi sukar diekspressi melalui lisan...mudahnya melalui tulisan...

Di situlah perlunya ada kesedaran dan fikiran yg rasional dan positif...
Dan yg paling utama...maaf bermaafan...memohon kemaafan...dan memberi serta menghulur kemaafan...
Itulah yg sebaiknya...

Maka..di kesempatan ini...walaupun bukan hari lebaran yg dinanti2 setiap insan...
Aku yg kerdil dan hina di sisi NYA ini, memohon jutaan keampunan dan kemaafan atas apa yg pernah dilakukan...apa yg pernah dikatakan...apa yg pernah dicoretkan...
Ku mohon pada semua yg bergelar manusia yg mengenali makhluk NYA yg sgt kerdil dan hina ini...
Mana tahu, tidak jumpa lagi selepas ini...ajal maut di tgn NYA...
Percayalah...tanpa niat lain...hanya sekadar mengekspressi emosi, mungkin di luar batasan kawalan akal waras di kala itu...
Mohon ampun dan maaf andai ada yg tersalah anggap dan tersalah erti atas apa yg diekspressi dan diluah di luar batasan waras akal itu...
Sesungguhnya kemaafaan itu sesuatu yg mulia...memohon dan menghulurkannya...
Selagi seseorang itu bergelar "manusia" ataupun "insan"... tiada yg sempurna sesungguhnya...

Manusia itu tidak sempurna dan segala2 nya telah diatur dan ditetapkan oleh Yang Maha Esa...
Segalanya...masa depan, perjalanan kehidupan dan rezeki yg dikurniakan...
Harus kita harungi segalanya dgn bijaksana dan bersyukur atas segala kurniaanNYA dan menerima seadanya segala2nya...
Bersyukur dilahirkan sebagai insan...manusia...
Berdoalah...agar menjadi insan yg ditetapkan iman dan berdoalah jua agar dimurahkan rezeki olehNYA selalu....insya Allah...

--- Life is a journey... ---

** To my dearest sister, Ayong - thanks and sorry 4 everythin'
May HE bless u and ur family always...ameeen...
** Sorry for the emotion...but how to avoid as long as it called as emotion...

Saturday, June 14, 2008

Sedih kah?

Tengok tajuk entry je..dah dpt membayangkan aku dlm keadaan sedih...
I'm in sad... *sigh*
Tapi, nape aku sedih?
Dah lama aku tak rasa sangat sedih...sangat sadis...sangat...it's hard to express... =(
Memang banyak benda yg boleh jd alasan sesuatu kesedihan...masalah kehidupan, peribadi, kerja, keluarga, kawan, dan macam2 lagi...
Aku? Sedih? Sebab? huuuu... *sigh*
Aku pon tak tau nape...
Ntah laa...
Kadang2 kita cuba utk jadi seorang yg memahami, yg cuba utk membantu org lain, yg bertanggungjawab, yg cuba menyelami apa yg dirasai oleh org lain, yg cuba berkongsi apa yg dirasai oleh org lain sbg seorg yg dpt memberikan sesuatu yg terbaik utk seseorg dgn penuh keikhlasan dan kejujuran hati...
Tapi, mengapa?
Selalu dan sentiasa seseorang itu menyalah anggap...menyalah maksud apa yg sebenarnya yg cuba kita lakukan...yg cuba kita berikan...
Tidak semua yg kita lakukan itu...akan menggembirakan dan memuaskan hati seseorang...
dan...tidak semua dan kadang2 tidak mungkin akan dihargai oleh orang tersebut...
Dan ini sekaligus menyebabkan hati seseorang yg ikhlas dan tulus suci itu sedikit terguris...dan terkalis dek apa yg ditunjukkan oleh seseorang itu...
Uhhh...dan inilah yg dinamakan lumrah sebuah kehidupan...
Tak semestinya setiap benda dan sesuatu yg baik dan murni kita lakukan itu akan mendapat penghargaan dan penerimaan yg baik daripada si penerima...
Dan itulah sebenarnya realiti sebuah kehidupan...
Dan akhirnya...kesedihan itu kadang kala tidak dapat dibendung lagi... *sigh*
Iskk...iskk...

** Sekadar gambar hiasan..

comelnya si kucing ini walaupon aku tak suka beliau scr realiti



mudahnya menjadi seekor kucing...

sukar mengekspressi apa terbuku di hati...

hidup tidak selalunya menggembirakan...kan?

** Sedih sungguh...susah nak kawal emoss sedih nih... =(

** May ALLAH bless me always...

Friday, June 13, 2008

Photos @ Irm's Wedding

I'm in MALAS...BOSAN...NGANTUK...SANGAP mode...but a lot of work to be done!!!
Here are some photos during Irminiza @ Irm's Wedding on 24th May 08...
Jom tengok...aku maleh nak type byk2...
Anak sape laa asik maleh je nih! huuuu....


Pelamin mereka...bukan pelamin aku! hehe...


Pengantin - Irm dan Hafiz

Acara potong pulut kuning yg berkaler kuning serta bertingkat 3...



Kelihatan rakan2 yg menggedik2 ngn sang pengantin...
Dari kiri - Adik, Irm (pengantin), Bitun (tdg biru), Aku & Minah...


Bergambar bersama pengantin...rakan2 yg memeriahkan suasana..



Mari berposing depan pelamin..

nape Adik mcm pelakon hindustan tu? huuu...


Say "Cheeseee...." hehehe...


Bergambar ngn 'mak budak', Ella bersama si kecik Nayli yg dah besar! ;p


Dlm bilik pengantin...

(tiada dlm gmbr : pengantin lelaki sbb dia yg snap gmbr ni) hehe..


Tangan Minah yg panjang menangkap gmbr ini...

Bitun, Aku & Minah...

Penatnya wat keje...huuuuu...Rasa nak menganggur balik jer!!!

** Mass - Jangan lupe diri, bongkak serta sombong ya setelah 'naik pangkat!"~~ (hahaha...ingat ini!) ;p --> wish u luck!

Tuesday, June 10, 2008

MenGapDet BloG!!!

Last apdet, aku wat laporan pasal rombongan Cik Lina ke Taiping...
yang mana kalau dibaca dan disemak utk bagi marks oleh chekgu BM aku mase skolah dulu, mesti kena pangkah beso2 punye! Dan semestinya dia ckp aku tak penah blajo wat laporan ke hape eh... ;p

Kemudian, aku mula bz semula...
almaklum laa..banyak toilet2 yg perlu dicuci, tingkap2 yg perlu dilap, sampah-sarap yg perlu dikutip dan dibuang serta pelbagai lagi kerja2 yg perlu aku lakukan meliputi skop kerja yg telah ditetapkan...
Begitu laa yg dinamakan kerja...komitmen...demi mendapatkan bersuap2 nasik utk idop... =)

Entry pd kali ini, saya akan membincangkan beberapa topik ya~

Topik 1 : Harga minyak naik
Aku mmg la sorang pengguna jalanraya, tapi menggunakan secara maksimum kenderaan awam yg terdapat di negara ini, bukan kenderaan peribadi..
Oleh itu, kesan secara langsung masih belum aku rasai lagi setakat ini sbb tambang bas serta kenderaan awam yg lain masih belum naik lagik...(setakat ini dan ketika entry ini masih ditaip!)
Namun, aku percaya, ia tetap jua akan NAIK!!!
Cuma, tak tau lagik bila...Biasa laa, sejak bermenjak ni, negara kita penuh ngn "kejutan" serta "surprise" (kalu seprais besday party ke..bess aa sket!)
Berpengalaman aku menemankan Adik beratur di Petronas hampir 2 jam semata2 utk mengisi tank beliau sehingga penuh pd malam hari terakhir harga minyak belum naik..
Perghhh...aku rasa seakan2 pesta fun fair minyak kat Petronas tu..sungguh meriah serta penuh dgn kegembiraan...huuuu...
Kesan paling utama ialah, kami akan jarang mengeteh pd ptg2 lps balik keje memandangkan semua nak save minyak melainkan sekiranya sahabat handai yg berkete tu sanggup naik public transport mcm aku nih haa...hehehehe...

Topik 2 : Engagement Day
Huuu...suka betol En Lee Ideris & Pn Hasanah, setiap tahun mereka akan mengadakan kenduri kawen yg sangat memenatkan... ;p
Ye laa, anak pompuan ramai sangat...sampai seru, semua kawen, dok ngan husband masing2..
Ahad lalu, 8 jun, adik aku bertunang ngn org Pahang..tahun depan kawen..
2007 - Adik aku ke 3 kawen
2008 - Akak aku kawen
2009 - Insya Allah, adik aku yg ke 4 plak kawen
20?? - Aku kawen... hahahaha...(sila gelak mcm hantu jepon ye~)
Huuu..aku? Ngeh..ngeh...tunggu la kalau ada calon (paling penting!) ;p
Pada hari engagement adik aku tu, aku dapat laa sebentuk cincin emas belah rotan serta sepasang kain ela berserta sepasang tudung..Boleh la wat baju raya..heeee...

Alala..nak letak gambo cincin yg kunun2 mcm aku yg bertunang tu, takde plak..
Nanti2 laa aku aplod eh..
Itu sahaja kot pengapdetan pd kali ini! Sekian... (^_^)

----------------------------------------------------------------------------


** CONGRATS to Mass dapat keje baru! (pasni ko xleh join ktorg menggedik! hehehe)
** To Nad - syukur alhamdulillah, ko semakin sehat...

Wednesday, June 4, 2008

Laporan Rombongan II

-- 1 Jun 2008, Ahad...

Perjalanan diteruskan di hari ke2..
Kami check out dr hotel lebeh kurang dlm kol 9 pagi dan terus ke rmh Ustaz Ziyad utk memulangkan semula iron yg telah dipinjam.. (moral : sila bawa iron sendiri kalu nak travel!)

Kemudian, bergegas meneruskan perjalanan ke Rawang bg menghadiri perkahwinan ex-classmet aku mase form 3, merangkap ketua kelas aku jua, iaitu Shahza yg melangsungkan perkahwinan ngn wanita pilihan hati beliau, Nor Fariza (chekgu skolah menengah)

Kami tiba di tempat kejadian pd jam 12 tghari, tepat2 ketika pengantin sedang bersanding..
Sungguh meriah makanan yg dihidangkan di rmh Shahza, aku rasa ada la dlm lebih kurang 8-9 jenis...Sangat best kami menjamu selera, ditambah pula perut memang sangat kelaparan tika itu.. (cehh..poyo plak ayat aku nih!)

Setelah selesai makan dan bersessi 'sawan gambar' bersama pengantin dan Khodir (ex-clasmet gak), kami pun meneruskan perjalanan ke Klang..Kami terpaksa meninggalkan majlis dan tidak menunggu rakan2 lama yg lain yg bakal tiba di majlis Shahza itu kerana ingin mengejar ke satu lagik wedding di Klang..
huh...letih..asik2 makan lauk kenduri..asik2 kenduri makan lauk.. ;p

Jam lebih kurang 115 ptg, kami menuju ke Klang bagi menghadiri perkahwinan Wan Suriati & Nabil Suffian pula..
Akhirnya, ke jinjang pelamin jua mereka..walaupun ramai yg tidak menyangka kehangatan percintaan mereka! hehehehe... =)
Kami tiba, tepat2 ketika pengantin sedang berarak utk ke pelamin dlm jam 2 ptg..
Terjumpa dgn Ismah & tunang beliau yg sudah hendak pulang..Sempat jua ber'sawan gambar' dgn beliau..
Disebabkan masih lagi dlm arena kekenyangan, kami hanya makan ala2 saje nak isi perut tipu2, selebihnya kami berborak dgn rakan2 yg turut hadir di samping melepaskan 'sawan gambar' lagi..

Setelah berada di majlis mereka dlm lebih kurang sejam, kami meneruskan perjalanan menggedik2 dgn baju kurung ke TUDM, Subang bg menghadiri Sambutan Jubli Emas 50 thn TUDM..
Uisshh..cane aku leh terlibat ni??? (ask myself...) Nih si Zaman punya angkara laa nih! ;p
Sempat jua ber'sawan gambar' ngn abang2 pilot...huuu..

Setelah selesai melihat2 apa2 yg patut di situ, kami pegi makan dan akhirnya pihak rombongan berpisah dan kembali pulang ke rmh masing2..Sebelum berpisah, ketua rombongan, Cik Lina sempat menjemput kami hadir ke majlis kenduri kesyukuran di rmh baru beliau di Subang yg akan diadakan pd Rabu, lepas Maghrib..

Penulis pulang ke rmh di Seksyen 7, dihantar oleh Cik Mass dlm jam 815 malam..Setibanya di rmh, berkemas2 pakaian, mandi...dan terus tidur seawal jam 9 malam..
Kesimpulannya, rombongan tersebut sangat best tetapi sangat meletihkan...

Sekian saje laporan rombongan saya pada kali ini..
Siap buat 2 sessi lagi tu... (mesti cikgu BM aku akan rase cemburu melihat kehebatan aku membuat laporan dgn penuh jayanya ini!) huhuhuhu....


** Bukti kejadian semua (gambar2 ketika 'sawan gambar') ada di blog Poonz
** CONGRATS buat pasangan pengantin... (Yunon & Zamri, Shahza & Fariza, Wan Suriati & Nabil) - Moga berkekalan hingga ke akhir hayat...

Monday, June 2, 2008

Laporan Rombongan I

-- 31st May 2008, Sabtu --


Aku nak jipang wat laporan rombongan! ;p

Begini la laporan tersebut :-

Seperti yg diplanning sejak sebulan yg lalu, misi rombongan Cik Lina ke Taiping utk makan kenduri telah berlangsung ngn jayanya pada 31 Mei 08, bersamaan hari Sabtu..

Rombongan diketuai oleh pemilik Purple Persona, Cik Lina yg diikuti oleh Cik Angah (penulis laporan ini), Che Poonz serta Cik Mass.. Hanya 4 org peserta saje yg terlibat dlm misi rombongan makan kenduri ke Taiping ini..Seorang lagi peserta, Cik Aimi terpaksa membatalkan pemergian beliau kerana ada hal peribadi yg terpaksa diuruskan di saat2 akhir rombongan ingin berlangsung..

Tujuan rombongan diadakan adalah utk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekelas Cik Angah & Che Poonz semasa di form 5 dulu (kira2 sedekad yg lalu), bagi memeriahkan suasana di samping menggedik2 berjalan2 buang masa + duit..
Lupa pula, nama rakan sekelas kami yg melangsungkan perkahwinan itu ialah Puan Nurul Ayuni yg lebih best kami panggil Yunon..Beliau telah selamat menjadi isteri kpd jejaka pilihan hatinya, En Zamri..

Perjalanan bermula jam lebeh kurang pukul 830 pagi, nak dkt2 kol 9 gak laa..Kemudian, berjumpa dgn Ann serta ahli2 kete beliau; Irmayanti & Quraisyah di R&R Tapah bagi mengkonvoi bersama2..
Lebih kurang jam 1230, kami tiba di tempat kejadian..Namun, pengantin masih belum tiba..Oleh itu, kami makan dulu dan menunggu mempelai tiba..Sambil2 menunggu itu, 'sawan kamera' mula mendatang..pelbagai posing telah dilakukan bg menghilangkan keboringan menunggu kehadiran pengantin..

Akhirnya, para mempelai tiba jam 230 ptg..uhhh..penat tunggu..sampai ngantuk2 dok tercongok dpn pelamin! hehehe...
Selepas menghabiskan sessi 'sawan kamera' dgn pengantin dan mengucapkan 'Tahniah' kpd beliau & suami, kami beransur pulang..
Ann dan rakan2 terus ingin pulang ke negeri Selangor, namun pihak rombongan kami terus check in ke hotel yg telah mmg dibook oleh ketua rombongan 2 minggu yg lalu..

Jam 545 ptg, kami dijemput oleh guru Bahasa Arab masa skolah menengah dulu (ustaz Ziyad) yg kebetulan tinggal di Taiping juga utk ke rumah beliau.. Beliau mengambil kami dan membawa kami ke rmh beliau yg indah itu di tgh2 bandar Taiping..
Di rmh beliau, kami dijamu serta kami bergossip2 dan mengimbau kenangan2 tentang kisah2 silam 12 tahun lalu bersama beliau dan isteri beliau, Ustazah Uraidah..
Huu..sungguh seronok bercerita tentang zaman2 muda dulu di samping bergelak tawa dgn guru lama yg telah mengajar aku sampai dpt A mase PMR tu..hehehe..thanks Ustaz Ziyad!
Selepas maghrib, beliau dan isteri membawa kami round2 sekitar bandar Taiping (ala2 tourist guard plak ustaz ngn ustzh mlm tu!) dan menghantar kami pulang ke hotel..

Naik ke bilik, terus kami bersiap2 utk melakukan aktiviti seterusnya...cuba teka..!!! hehehe...Kami pergi bersuka ria di Zoo Taiping @ Nite Safari!!! Waaahhhh....best! Sampai pening2 otak tunggu giliran..
Selepas letih menonton haiwan2 di sana, serta melihat aksi2 'mereka', kami pun bertolak jalan2 carik makan di tgh malam sekitar Taiping..
Makan sampai kenyang..!!!
Selepas selesai aktiviti makan2, kami pulang ke bilik dan melelapkan mata dan bersiap sedia utk aktiviti pada keesokan hari pula..

Disediakan oleh;
Cik Angah Lee


** Laporan aktiviti pd 1 jun akan bersambung nanti krn masalah teknikal! ;p

Friday, May 30, 2008

..Time..

Takde ape nak apdet...
Sekadar nak kongsi...
I've got this;


Beautifully stated....

--- As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let you down probably will.

--- You will have your heart broken probably more than once and it's harder every time.

--- You'll break hearts too, so remember how it felt when yours was broken.
--- You'll fight with your best friend.

--- You'll blame a new love for things an old one did.

--- You'll cry because time is passing too fast, and you'll eventually lose someone you love.

So take too many pictures, laugh too much, and love like you've never been hurt because every sixty seconds you spend upset is a minute of happiness you'll never get back.


"Don't be afraid that your life will end, be afraid that it will never begin." ~anonymous~


Btol gak kate2 nih eh?
Huuu...jiwa kacau kah???


** Dear Nadd - sabar atas segala dugaanNya...moga Dia mengurniakan yg lebih2 baik dr segalanya... ameen...

---------------------------------------------------------------------------------

~ Meh TRY!! ~


Try this out!

1) key-in the first 3 digit of your handphone number (not the 01x number) into the calculator

2) multiply by 80

3) add 1

4) multiply by 250

5) plus last four digit of phone number

6) plus last four digit of phone number again

7) minus 250

8) divide by 2 at last

Is it your handphone number????


AMAZING ISN'T IT !!!

Btol eh...no hp korang?? (^_^)

** bosan tahap cipan! ~

Sunday, May 25, 2008

Mari bercerita..

Semalam (24 Mei) aku ada banyak event!
Mula2, pagi2 lagi aku dah pegi exam KPLI kat SAAS, Kosangor..
Aku gi ngn Adik yg setia bersama2 aku walau apa pon yg berlaku.. Thanks dude! =)

Aku sepatutnya mmg keje on Saturday, tapi dr awal2 lagik aku telah bertekad nak amek MC atas alasan kunun2nya kene ceri-beri (cirit-birit) sbb mmg nak gi wedding Irm..
Tp, tanpa diduga, rupa2nya exam KPLI jatuh pd hari yg sama!
Cehh...niat asal nak pegi wedding Irm di awal hari, akhirnya terpaksa jua ditunda ke waktu yg agak lambat disbbkan exam tersebut! huuu....

Selesai exam, terus ajak Minah (dpt tmpt exam sama ngn aku) pegi ke sebuah klinik di Kosangor (nama terpaksa dirahsiakan) sbb nak amek MC + ceri beri...hehehe...
Dengan muka kunun2 sakit...aku pun masuk bertemu en doktor tersebut..

En Doktor : "Ya miss...kenapa? demam kah?"

Pesakit : "Bukan..saya kena cirit birit laa doktor...dah banyak kali gi toilet ni...Dari ptg semalam sakit2 perut ni..."

En Doktor : "Ooo..ni you kena food poisoning ni.." - cehhh..mana plak laa dia tau aku kene keracunan mknn ke ape...memandai jer en doktor ni.

Pesakit : "Ye la agaknya doktor...tak tahu makan apa...Tu laa, pagi tadi saya dah siap2 nak gi keje, tapi tak larat sbb asik ulang alik gi toilet je.." - huh, tipu sunat nih!

En Doktor : "Ok..takpe, nnti saya bagi MC.."

Ngeh..ngeh..berjaya!
Aku rase en doktor tu mmg dah tau aku sebenonya tak sakit pon, nak MC aje..
Sebab beliau langsung tidak meng'check' aku...cuma suh aku bukak mulut jer..huh..
Setibanya di kaunter ubat & pembayaran..

Pembantu klinik : "Cik, ni ubat cirit birit..ubat bla..bla..bla..makan bla..bla..bla..dan nih mc skali.."

Pesakit : "Baik..ok..ehhhmm..berapa eh semua?"

Pembantu klinik : "Semuanya rm40.."

Mak aaiii...aku rasa mcm nak nangis je bila dia sebut rm40!!!
Dahh laa blom gajik! Duit pon cukup2 jer nih!
Bapak gile mahal! aku bajet rm25 ke 30 ke... Nasib laa ade gak duit dlm purse aku! Kalu tak, mau aku cakap tak jadik laa...hehe...
Cehhh...keji punya doktor!!! huhhh...
Tapi, takpe laa...demi seorang kawan...!!! Dan demi nak save cuti! Takpe, lagipon aku leh claim balik! heeeee... =)

CONGRATS to Irm yg telah selamat diijabkabulkan ngn jejaka pilihan hati beliau, Mohd Hafiz..
Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat...ameenn..

Gambar2 perkahwinan akan diaplod nnti sebab blom dapat lagik dr Bitun..
Antara rakan2 SMKA yg hadir masa mjls persandingan ; Aku, Adik (pengapit), Minah, Bitun, Ella, Mass, Noe, Suzie, Najwa, Haza, Mad..


** Lepas gi wedding Irm, gi wedding Inor (junior SMKA) kat Kg Permatang, siap ada lauk ayam KFC lagik! heehehe...
Lepas tu aku & Adik gi menziarah Ayim & her family kat Tg Karang..
Takziah atas pemergian bapa beliau pd hari Khamis yg lalu.. (feel sorry to her, just arrived Malaysia on Friday..tak sempat tengok arwah..sabar Ayim..)

** Kesan dari aku kunun2nya ceri-beri itu... aku mmg BETOL2 kena ceri-beri lps balik kenduri smlm! Aku asik gi toilet sepanjang mlm tadik! Sampai skrg (ketika entry ditaip), aku masih 'bergumbira' ulang alik ke toilet!!!
Akhirnya...berguna jua ubat2 rm40 tersebut! huuu....
Padan muka aku!!!!! (aku harus INSAF!!! adakah ini balasan Tuhan kpdku?? huuu...)

** Di bawah aku letakkan antara gambar2 menarik Pusat Pelancongan Kelip2 di kampung aku.
Pusat Pelancongan Kelip2 Kg Kuantan...
Besttt weihh...jom laa ramai2 dtg melawat kampung aku! (cehh..dah berbelas2 tahun, baru aku ada inisiatip nak promot kg sendirik!) ;p
Bleh singgah minum sirap kat rmh aku! hehehe..



wif Irm (ketika masih blom jd wife)


Pintu nak masuk ke kawasan..

The Rules...




Pemandangan di situ..life jacket yg di sidaian...





Ada play ground gak...


tunjuk arah...


Jeti Kg Kuantan...


Elektrik = kelip kelip kah??

** Untuk keterangan lanjut, anda buleh laa mencarik info kat internet atau pun kontek jer ngn MDKS (majlis daerah kuala selangor)
** Meh laa datang...naik sampan yg didayung tau! bukan guna enjin!!!