Monday, September 24, 2007

kejamkah aku?

kejam kah aku?
aku rase xde laa sangat... ;p
mari kite bersama2 bace cerite aku yg benar ini...
bukan atas dasar kejam ye...ini mmg dunia realiti!

aku nih mmg nyampah gille ngn haiwan yg bernama 'kucing'...
aku pon xtau nape...nak kate haiwan tu jahat...xde laa sangat eh...
maybe sbb aku ade sejarah ngn haiwan tersebut pd satu mase dulu kot...
tapi...yg peliknya, aku sangat laa suke ngn gambar2 haiwan ini...atau apa2 barangan yg berkenaan ngn gambar2 haiwan ini...sebab sangat comel...
namun, sejarahnya...haiwan ini pernah menggigit tangan aku sehingga berdarah ketika aku dgn mulianya nak memberi makanan kpd beliau...
jadinya, sehingga kini aku sangat laa nyampah bile tgk ade je haiwan2 ini berkeliaran di sekitar2 aku serte berada di rmh aku secara realiti!!!

namun, adik bongsu aku telah berjaya menjaga seekor haiwan ini di rmh aku kerana beliau adalah seekor haiwan yg pendatang tanpa izin (PATI), yatim piatu...serte yg m'buatkan aku 'agak' simpati sket adalah beliau seekor kucing yg tempang kakinya!!!
sian.... =(
oleh itu, ade laa seekor haiwan bernama kucing yg diberi nama Siti Nor Nanok oleh adikku itu dipelihara ngn baiknya di rmh aku!
tapi, kdg2 aku rase cam nak pijak2 gak!!! (keji gak aku nih!)

nak dijadikan cerite...
setelah adenya kucing peliharaan di rmh aku nih, maka ade la sekeluarga kucing lain yg terdiri drpd ibu kucing serte 2 ekor anak beliau yg suke menyibuk2 dtg kat rmh aku...
konon2 jadik bes fren ngn si Nanok tu laa...(meluat aku!)
yg m'buatkan aku x suke pd beliau sekeluarga ni adalah..mereka2 nih suke bebeno mencurik mknn di rmh aku serte sesuka hati membuang najis merata2...(kuang ajau punye kucing!)
tu yg buat aku sangat hangin satu badan!

disbbkan aku dah sgt bengang serte tinggi thp amarahnya, maka pd suatu hari, aku telah merancang satu rancangan yg sangat kejam! (hahaha....tanpa pengetahuan mak aku nih!)
aku telah menangkap ibu kucing tu, pastu aku letak minyak cap kapak kat hidung beliau (dgn tujuan beliau x dpt cium bau jalan), pastu aku masukkan beliau kat dlm plastik beg...
kemudian, aku mengajak adik aku naik motor membawa beliau ke taman perumahan agak berjauhan sket je dr rmh aku...
dan....aku meninggalkan beliau di sana seorang diri....(hahaha...dibaca dgn nada kejam + bertanduk di kepala!)

dlm lebeh kurang 2 hari, mak aku agak pelik sbb anak2 kucing yg 2 ekor tu asik mengiau2 mencarik mak mereka sambil menangis2 (agaknya laa) sbb nak menyusu...

"mana pegi mak kucing tu ye? lama dah x nampak? ko tau ngah?" --> soal mak aku.

belom pon sempat aku nak menjawab, tetibe adik aku yg xleh simpan rahsia negara tu berkate, "angah dah buang mak..siap letak minyak cap kapak kat hidung kucing tu..."

cess...ape lagik! mesti laa aku kene ceramah ngn mak aku..aku disuruh mencarik kembali ibu kucing itu..tapi, aku ckp nnti2 laa...ngn penuh kemalasannya serte nyampah...

huuu..DIA amat berKUASA... pd mlm hari itu, tetibe ibu kucing itu telah mengiau2 memanggil anak2 beliau di rmh aku!
perghh...cemana beliau boleh balik nih? sape yg bagi tumpang nih?
sehingga kini aku masih berpikir2...naik ape ye mak kucing nih sampai ke rmh aku???

*** sampai skang aku masih tercarik2 jwpn...cemana kucing tu buleh balik?! aku kan dah letak minyak cap kapak kat idung dia!!! pelik btol...

*** pengajaran buat kucing2 itu sekeluarga, dorang dah tak berani nak masuk umah aku...sekadar menjenguk2 di luar pintu jer...hahaha..padan muka!

*** kesedaran buat aku...sesungguhnya ALLAH itu Maha Kuasa...tapi, kejamkah aku??

Friday, September 14, 2007

kenali dirimu... =)

di kala aku kebosanan di rmh...
di samping jua aku dgn bersenang2 saje di rmh di bln Ramadhan Al-Mubarak ini...
memandangkan MEMBACA adalah salah satu HOBI aku sejak kecik2 lagik...
aku tlh membace hampir byk sungguh novel2 serte aku ada laa bace satu buku motivasi ini...
hasil karya Dr. H.M. Tuah Iskandar (aku nye feveret motivator nih!)

yg aku nak kongsi bersama...
mari mengenal diri atau pasangan anda berdasarkan gabungan huruf2 dan buat definisi sendiri...

"ingat, tak wajib betul, harus salah, sekadar ingin mengenal diri serta pasangan atau sesiapa sahaja..." -> ujar beliau.

okeh...jom tengok!!!

A - Anda boleh jd terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
B- Anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C- Anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D- Anda ada masalah dlm mempercayai org lain.
E- Anda sentiasa seorg yg exited.
F- Semua org menyayangi anda.
G- Anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H- Anda bukan seorg judgmental, tiada otak keadilan.
I- Anda mudah senyum dan boleh buat org lain turut tersenyum.
J- Anda seorg yg cemburu.
K- Anda suka mencuba perkara2 baru.
L- Anda sgt percaya dgn cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.
M- Kejayaan mudah datang kepada anda.
N- Anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O- Anda seorg yg berfikiran terbuka (open-minded)
P- Anda seorg yg mudah berkawan dan mudah memahami.
R- Anda seorg yg gemar bersosial.
S- Anda sgt broad-minded.
T- Anda ada sikap canggih, amat canggih.
U- Anda merasakan anda ada ciri2 istimewa setanding dgn org lain.
V- Fizikal anda baik sekali.
W- Anda suka menyendiri.
X- Anda tidak akan benarkan org lain beritahu anda apa yg patut anda buat atau lakukan.
Y- Anda selalu jd penyebab kpd banyak masalah.
Z- Anda selalu bergaduh dengan seseorang.

Cuba gabungkan makna2 huruf ini mengikut ejaan nama korang...
contoh - TUAH, jadinya :

T- Anda ada sikap canggih, amat canggih.
U- Anda merasakan anda ada ciri2 istimewa setanding dgn org lain.
A- Anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
H- Anda bukan judgmental, tiada otak keadilan.

Bak kata Dr. Tuah lagi...

" Di situ kita mungkin kenal diri kita, buatkan juga utk pasangan kita dan tengok persamaan, jauh dr perbezaan. Hendak cari persamaan memang seratus kita akan jumpa, dan hendak cari perbezaan, seribu yg akan menjelma.
Tak wajib betul, harus salah, setakat suka2, sekurang2nya kita ada panduan utk mengenal pasangan kita atau saingan kita. Semuanya ALLAH punya kuasa, tp tentu setiap sesuatu itu ada rahsia yg tersembunyi. Kalau sekarang baru tahu, bukan bermakna ia tak ada, tp kita yg belum jumpa..."

Sekian...selamat mencuba!!! ~~

Monday, September 3, 2007

september

ye..
bulan september..
xde ape2 yg menarik...

cume, semalam 2 september, ahad...
aku ikut minah gi menceburkan diri ke Plaza Alam Sentral (PAS) di shah alam bg memeriahkan suasana acara bermain boling beramai2, ala2 ALUMNI SMKAKS...
antara mereka2 yg hadir adalah, aku, minah bersama 2 org adik beliau, kak am bersama husband dan anak beliau ain, che poonz, iylia bersama bf beliau, rayer dan adiknya, golox yg dtg jauh dr batu pahat semata2 nak berentap, aimi bersama bf beliau, hezlin dan bf beliau, afiza, jibam, sipot, serte kacap selaku pemantau..

pada awalnya, aku mmg tak decide nak main memandangkan sumber ekonomi aku x memberangsangkan, namun setelah tiba di sana, ada laa sorang hamba Allah yg sangat2 bersimpati pd aku lalu menyumbangkan bayaran bg game aku dan berharap agar satu hari nnti aku pulak yg akan membelanjai beliau..(sila tuntut sekirenya aku dah m'punyai kestabilan ekonomi ye..!)

keputusan permainan adalah aku mestilah kalah...tempat pertama dimenangi oleh saudara golox yg mmg x sia2 beliau turun dr BP semata2 nak menunjukkan kehandalan beliau..
kemudian disusuli oleh saudari che poonz yg hanya tewas beberapa pin shj drpd saudara golox dan tempat ketiga digondol oleh saudara rayer yg bersungguh2 mengangkut 'lucky ball' beliau yg berat serte cantek itu..

aku telah menyumbang bekalan makanan yg berupa kuih muih serte jajan2 bg menghilangkan kepenatan dan ketensenan semasa bermain..alhamdulillah, semuanya habis 'dibalun' oleh para2 pemain serte yg x bermain pon..

selepas tamat sesi bermain boling, kami pon bergerak ke kedai kopi bg menghilangkan kehausan tekak di samping meneruskan borak2 kosong di kedai kopi..
amat memeranjatkan semua pihak apabila saudara sipot membawa keluar sebuah hamper yg sgt besar berupa beraneka jenis makanan dan jajan dari perut kete baru beliau..
maka, dgn penuh poyo nya, kami membawa masuk ke dlm kedai kopi itu (ala2 mcm baru lps menang tournament gempak laa..!)

memandangkan aku & minah adalah antara pengunjung yg dtg dr jauh, maka kami mengundurkan diri terlebih dahulu drpd mereka2 yg lain...

sekian, terima kasih...

** lenkali aku akan memastikan aku menang pulak! tapi, xpe...aku masih berjaya men'strike' kan diri sebanyak 2x kot...hehe....